Albert Bandura OC (/bænˈdʊərə/; lahir 4 Disember 1925 - 2021) ialah seorang ahli psikologi Kanada-Amerika serta profesor psikologi di Universiti Stanford. Beliau bertanggungjawab atas sumbangan dalam bidang pendidikan serta cabang-cabang bidang psikologi seperti teori kognitif sosial dan mempengaruhi peralihan antara behaviorisme dengan psikologi kognitif. Banduran mengasaskan prinsip teori kognitif sosial yang dahulunya dipanggil sebagai teori pembelajaran sosial serta teori efikasi kendiri, dan bertanggungjawab atas uji kaji patung Bobo pada 1961 yang menunjukkan konsep pembelajaran berdasarkan pemerhatian. Beliau merupakan salah satu ahli-ahli psikologi yang paling banyak dirujuk serta diiktiraf sebagai salah satu ahli-ahli psikologi paling berpengaruh sepanjang masa.[1][2]

Albert Bandura OC
Kelahiran (1925-12-04) 4 Disember 1925 (umur 98)
Mundare, Alberta, Kanada
WarganegaraKanada/Amerika
Pusat pendidikanUniversiti British Columbia
Universiti Iowa
Terkenal keranaTeori kognitif sosial
Uji kaji patung Bobo
Kerjaya saintifik
BidangPsikologi
InstitusiUniversiti Stanford
PengaruhRobert Sears, Clark Hull, Kenneth Spence, Arthur Lester Benton, Neal Miller
Dipengaruhi olehPsikologi kognitif
Psikologi sosial

Awal hidup sunting

Bandura dilahirkan di sebuah kampung di Alberta sebagai anak bongsu kepada keluarga dengan enam orang ahli. Bapa Bandura berasal dari Kraków, Poland manakala ibunya berasal dari Ukraine. Beliau dikatakan dapat berdikari dalam pembelajarannya disebabkan oleh kekangan pendidikan di kawasan terpencil yang didiaminya.[3] Beliau mula menetap di Amerika Syarikat pada 1949 dan mendapat naturalisasi pada 1956. Beliau berkahwin dengan Virginia Varns (1921–2011) pada 1952 dan dikurniakan dua orang anak perempuan, Carol and Mary.[4][5]

Kerjaya sunting

Pada asalnya, beliau mengambil kursus psikologi hanya untuk mengisi masa lapangnya, dan mula memiliki minat terhadap subjek tersebut. Beliau mendapat ijazah B.A. dalam masa tiga tahun pada 1949 di Universiti British Columbia sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Iowa, tempat beliau memperoleh ijazah sarjana pada 1951 dan doktor falsafah pada tahun berikutnya. Penasihat akademiknya ialah Arthur Benton.[6] Selain itu, Clark Hull dan Kenneth Spence merupakan rakan-rakan akademik yang rapat dengannya. Sepanjang berada di Iowa, beliau mula mendukung konsep psikologi berdasarkan penyiasatan berdasarkan ujian yang berulang.

Kerjaya pascakedoktoran sunting

Setelah bergraduasi, beliau melakukan latihan amali di Wichita Guidance Center. Pada 1953, beliau menjadi pengajar di Universiti Stanford dan masih memegang jawatan tersebut hingga kini.[7] Pada 1974, beliau dilantik sebagai presiden Persatuan Psikologi Amerika (APA), persatuan ahli psikologi terbesar dunia.[8] Meskipun begitu, beliau menyatakan bahawa beliau hanya menyertai pengundian APA semata-mata untuk memperoleh kemasyhuran sementara.[9]

Kajian sunting

Teori pembelajaran dan kognitif sosial sunting

Fasa awal kajian Bandura adalah berdasarkan analisis asas-asas pembelajaran manusia serta kecenderungan kanak-kanak dan dewasa untuk menuruti perilaku yang diperhatikan seperti agresi. Beliau mendapati bahawa model-model tertentu adalah penting dalam pembelajaran tingkah-tingkah laku baharu serta penerimaan perubahan perilaku. Pada 1980-an, kajian Bandura mula menjadi lebih menyeluruh dan kajian-kajian beliau mula cenderung kepada pembinaan huraian yang lebih mendalam berkenaan kognitif manusia berdasarkan pembelajaran sosial, menyebabkan teori yang dikembangkan beliau daripada teori pembelajaran sosial menjadi teori kognitif sosial, dan beliau mengubah nama teori tersebut pada 1986.[10]

Pada 1961, beliau melakukan uji kaji patung Bobo yang menampakkan kesan pemerhatian model kepada pembelajaran tingkah-tingkah laku diri. Uji kaji ini menjelaskan kesan pemerhatian terhadap tingkah laku orang dewasa kepada tingkah laku kanak-kanak. Maklumat-maklumat ini diguna pakai dalam implikasi tertentu seperti kesan media berunsur ganas terhadap kanak-kanak.[11]

Teori Bandura ini memberi kesan terhadap bidang pendidikan dalam kalangan pelajar serta guru. Teori ini boleh diguna pakai dalam pemupukan motivasi dan pembelajaran para pelajar dan guru.[12][13] Berdasarkan konsep efikasi kendiri, para pelajar dan guru yang memiliki efikasi kendiri yang tinggi akan menetapkan matlamat-matlamat yang lebih tinggi dan lebih cenderung untuk memupuk sikap dedikasi yang lebih besar untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut.[14] Dalam hal ini, efikasi kendiri merujuk kepada keyakinan para pelajar dan guru untuk melakukan tingkah-tingkah laku yang membolehkan mereka untuk mencapai suatu matlamat.[15]

Anugerah sunting

Bandura memperoleh sekurang-kurangnya 16 ijazah kehormat dari pihak universiti seluruh dunia. Pada 2014, beliau memperoleh pingat Darjat Kanada atas sumbanyannya dalam psikologi sosial.[16] Selain itu, beliau dikurniakan Pingat Sains Kebangsaan oleh Barack Obama.[17]

Bibliografi sunting

  • Bandura, A. (1997). Self-efficacy: the exercise of control. New York: W.H. Freeman.
  • Bandura, A. (1986). Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory. Englewood Cliffs, N.J.: Prentice-Hall.
  • Bandura, A., & Walters, R.H. (1959). Adolescent Aggression. Ronald Press: New York.
  • Bandura, A. (1962). Social Learning through Imitation. University of Nebraska Press: Lincoln, NE.
  • Bandura, A. and Walters, R. H.(1963). Social Learning & Personality Development. Holt, Rinehart & Winston, INC: NJ.
  • Bandura, A. (1969). Principles of behavior modification. New York: Holt, Rinehart and Winston.
  • Bandura, A. (1971). Psychological modeling: conflicting theories. Chicago: Aldine·Atherton.
  • Bandura, A. (1973). Aggression: a social learning analysis. Englewood Cliffs, N.J.: Prentice-Hall.
  • Bandura, A., & Ribes-Inesta, Emilio. (1976). Analysis of Delinquency and Aggression. Lawrence Erlbaum Associates, INC: NJ.
  • Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
  • Bandura, A. (2015). Moral Disengagement: How People Do Harm and Live with Themselves. New York, NY: Worth.

Rujukan sunting

  1. ^ Haggbloom S.J. (2002). The 100 most eminent psychologists of the 20th century, Review of General Psychology, 6 (2). 139–152.
  2. ^ "10 Most Influential Psychologists". Psychology.about.com. September 24, 2010. Dicapai pada December 30, 2010.
  3. ^ "Bandura, Albert." Psychologists and Their Theories for Students. Ed. Kristine Krapp. Vol. 1. Detroit: Gale, 2005. 39–66. Gale Virtual Reference Library. Web. 3 Apr. 2012.
  4. ^ "Virginia Belle Bandura, Dec. 6, 1921 - Oct. 10, 2011, Stanford, California" at Lasting Memories: An online directory of obituaries and remembrances of Mid-peninsula Residents. (dicapai pada 6 Disember 2012)
  5. ^ "Marquis biographies online: Profile detail, Albert Bandura". Marquis Who's Who. Dicapai pada August 6, 2012.
  6. ^ "See end of page for Bandura's own statement". Des.emory.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-15. Dicapai pada December 30, 2010.
  7. ^ "Microsoft Word – BanduraCV.doc" (PDF). Dicapai pada December 30, 2010.[pautan mati kekal]
  8. ^ "Book of Members, 1780–2010: Chapter B" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). American Academy of Arts and Sciences. Dicapai pada 17 Mei 2011.
  9. ^ Bandura, Albert. Lindzey, M. G.; Runyan, W. M. (penyunting). "Autobiography: Albert Bandura" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2008.
  10. ^ Grusec, J.E. (1992). "Social learning theory and developmental psychology: The legacies of Robert Sears and Albert Bandura". Developmental Psychology, 28 (5), 776-786.
  11. ^ McLeod, Saul. "Bobo Doll Experiment | Simply Psychology". Dicapai pada 2015-10-06.
  12. ^ Golas, J. (2010. "Effective teacher preparation programs: Bridging the gap between educational technology availability and its utilization". "International Forum of Teaching & Studies, 6" (1), 16-18
  13. ^ Bandura, A.; Barbaranelli, C. (1996). "Multifaceted impact of self-efficacy beliefs on academic functioning". Child Development, 67" (3), 1206-1222
  14. ^ Bandura, A.; Wood, R. (1989). "Effect of perceived controllability and performance standards on self-regulation of complex decision making". Journal of Personality and Social Psychology, 56 (5), 805-814
  15. ^ Elrich, R.J.; Russ-Eft, D. (2011). "Applying social cognitive theory to academic advising to access students learning outcomes". NACADA Journal, 31 (2), 5-15
  16. ^ "Governor General Announces 95 New Appointments to the Order of Canada". December 26, 2014.
  17. ^ Albert Bandura to receive National Medal of Science APA website

Pautan luar sunting