Koordinat: 54°30′N 115°00′W / 54.500°N 115.000°W / 54.500; -115.000

Alberta (البرتا) /ælˈbɜrtə/ adalah sebuah negeri di Kanada. Anggaran populasi negeri ini ialah 3.6 juta pada tahun 2011,[1] menjadikanya negeri prairi paling padat penduduknya di Kanada. Alberta dan negeri jirannya, Saskatchewan telah ditubuhkan sebagai negeri pada 1 September 1905.[3] Negeri Alberta terletak di Barat Kanada di mana ia bersempadanan dengan British Columbia di barat, Saskatchewan di timur, Wilayah Barat Laut di utara serta negeri Montana Amerika Syarikat (A.S.) di selatan. Ia juga adalah satu daripada tiga negeri dan wilayah yang bersempadanan dengan hanya sebuah negeri di A.S. dan salah satu daripada dua negeri yang dikelilingi oleh daratan.

Alberta
البرتا
Bendera Alberta البرتا Jata Alberta البرتا
Bendera Jata
Moto: Fortis et liber
("Kuat dan bebas")
Peta Kanada dengan Alberta البرتا digelapkan.
Ibu kota Edmonton
Bandar terbesar Calgary
Bahasa rasmi Inggeris
Kerajaan
Wizurai Don Ethell
Ketua menteri Alison Redford (PC)
Perwakilan persekutuan di Parlimen Kanada
Dewan Rakyat 28
Senat 6
Gabungan Kanada 1 September 1905 (berpisah dari Wilayah Barat Laut) (ke-11)
Luas 
Jumlah 661848km²
Daratan 640081km²
Perairan (%) 19531km² (2.95%)
Penduduk  Kedudukan ke-4
Jumlah (2011) 3645257 (anggaran)[1]
Kepadatan 5.7/km²
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 
Jumlah (2009) C$178.225  bilion[2]
Per kapita C$49,563
Kependekan
Kependekan pos Kanada AB
ISO 3166-2 CA-AB
Zon waktu UTC-7
Poskod T
Bunga   Ros Artik
Pokok Pain pantai
Burung Great Horned Owl
Laman sesawang www.alberta.ca

Edmonton, ibu kota Alberta, terletak berhampiran dengan pusat geografi negeri dan ia merupakan hab perkhidmatan dan bekalan utama bagi minyak dan pasir di Kanada serta sumber dari bahagian utara negara yang lain. 300 kilometer (190 batu) ke selatan ibu kota ini terletaknya hab bagi pengangkutan dan pengedaran merangkap bandar terbesar di Alberta iaitu Calgary.

Nama Alberta diambil sempena nama Puteri Louise Caroline Alberta (1848–1939),[4] anakanda perempuan ke-4 kepada Ratu Victoria, Ratu Kanada sehingga tahun 1901 dengan Putera Albert. Nama Gunung Alberta juga diambil daripada Puteri Louise sebagai tanda penghormatan.

Galeri sunting

Panorama di Edmonton dan Calgary sunting

 
Edmonton
 
Calgary

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Population and dwelling counts, for Canada, provinces and territories, 2011 and 2006 censuses". Perangkaan Kanada. 24 Januari 2012. Dicapai pada 2012-02-08.
  2. ^ Perangkaan Kanada (11 November 2009). "Real gross domestic product, expenditure-based, by province and territory 2004-2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-04. Dicapai pada 5 Disember 2009.
  3. ^ "Alberta becomes a Province". Alberta Online Encyclopedia. Dicapai pada 2009-08-06.
  4. ^ "History". Government of Alberta. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-17. Dicapai pada 2010-07-26.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting