Aleksandar Kolarov

Pemain bola sepak Serbia

Aleksandar Kolarov (Serbia: Александар Коларов; sebutan Serbia: [alɛksǎːndar kɔlǎrɔʋ]; lahir 10 November 1985) ialah seorang pemain bola sepak profesional Serbia yang bermain untuk kelab Itali, Roma dan pasukan kebangsaan Serbia. Beliau bermain di posisi pertahanan kiri namun, beliau juga kadang kala naik ke posisi sayap ketika pasukan beliau melancarkan serangan. Beliau telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Serbia pada tahun 2011.

Aleksandar Kolarov
Kolarov bersama Serbia di Piala Dunia FIFA 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Aleksandar Kolarov
Tarikh lahir (1985-11-10) 10 November 1985 (umur 38)
Tempat lahir Belgrade, RPS Yugoslavia
Ketinggian 1.87 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Nombor 11
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2006 Čukarički 44 (2)
2006–2007 OFK Beograd 38 (5)
2007–2010 Lazio 82 (6)
2010–2017 Manchester City 165 (11)
2017– Roma 35 (2)
Pasukan kebangsaan
2006–2007 Serbia B21 11 (1)
2008– Serbia 79 (11)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 Mei 2018
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Jun 2018

Kolarov memulakan kerjayanya di Red Star Belgrade, tetapi beliau gagal untuk menembusi skuad utama dan berpindah ke Čukarički pada tahun 2004. Dua tahun kemudian beliau menyertai OFK Beograd sebelum berpindah ke luar negara buat pertama kali dengan menyertai Lazio dalam Serie A, dimana beliau memenangi Coppa Italia dan Supercoppa Italiana pada tahun 2009. Pada tahun 2010, beliau menyertai Manchester City, dan telah memenangi dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Liga.

Kerjaya kelab sunting

Kolarov memulakan kerjaya bola sepaknya ketika bersama kelab Red Star Belgrade pada usia remaja. Beliau bersama kelab itu selama lima tahun, tetapi beliau tidak membuat sebarang penampilan.

Čukarički sunting

Pada bulan Januari 2004, Kolarov yang berusia 18 tahun pada ketika itu berpindah ke kelab FK Čukarički yang bermain di dalam Liga Serbia-Montenegro. Selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun, beliau mengakhiri musim 2003–04 di dalam skuad remaja pasukan ini dan semasa musim panas tahun 2004, beliau diperkenalkan ke dalam skuad utama. Beliau membuat 27 penampilan liga di dalam musim sulungnya namun gagal membantu pasukannya mengelakkan penyingkiran.

Kolarov memulakan musim 2005–06 bersama Čukarički yang beraksi di dalam divisyen kedua, tetapi ketika musim sejuk, beliau berpindah ke kelab liga teratas, OFK Beograd.

OFK Beograd sunting

Kolarov menyertai kelab OFK Beograd pada bulan Februari 2006 dan menjaringkan gol liga pertamanya.

Lazio sunting

Pada musim panas tahun 2007, OFK Beograd menjual Kolarov kepada kelab Itali, Lazio (yang menduduki tempat ketiga di dalam Serie A 2006–07) dengan yuran perpindahan sebanyak €925,000.

Gol pertama Kolarov bersama Lazio datang pada 30 September 2007 dengan sepakan dari jarak 38 meter untuk membantu pasukannya seri menentang Reggina. Ketika musim pertama Kolarov di Rom, pemain Serbia berusia 21 tahun itu juga mengambil bahagian di dalam Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali dengan membuat penampilan pertamanya pada 24 Oktober 2007 ketika menentang Werder Bremen.

Dalam musim keduanya bersama Lazio, Kolarov menjadi pilihan pertama Lazio di posisi pertahanan kiri dan beliau juga menjaringkan gol cantik ketika menentang Lecce di Stadio Via del Mare.[1] Pada 13 Mei 2009, Kolarov bermain di dalam perlawanan akhir Coppa Italia 2009 menentang Sampdoria. Perlawanan itu berkesudahan seri 1-1 selepas masa tambahan dan Kolarov menjaringkan gol untuk Lazio ketika penentuan tendangan penalti, dan akhirnya membantu Lazio menjuarai trofi dan ia menjadi musim yang hebat bagi pemain Serbia itu.[2]

Lazio dan Inter Milan bergerak ke Beijing pada bulan Ogos 2009 untuk bermain di dalam kejohanan Supercoppa Italiana 2009. Kolarov menerima pingat kemenangan kedua selepas membenam Inter 2-1. Ketika penamat musim 2009–10, Kolarov dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Lazio dengan Manchester City dan Real Madrid dikatakan berminat untuk mendapatkan beliau.

Manchester City sunting

Pada 24 Julai 2010, Kolarov diumumkan telah telah menandatangani bersama Manchester City[3] dengan yuran perpindahan dilaporkan sebanyak £16 juta.[4] Pada 17 Ogos 2010, Kolarov membuat penampilan pertama di dalam Liga Perdana Inggeris ketika seri 0-0 menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane.[5] Pada 18 Januari 2011, Kolarov menjaringkan gol pertamanya untuk City ketika menang 4–2 ke atas Leicester City di dalam Piala FA Cup. Pada 2 Februari 2011, Kolarov menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris pertamanya menerusi sepakan percuma ketika seri 2-2 menentang Birmingham City. Beliau bermain 90 minit penuh ketika City menjuarai Piala FA 2011.[6]

Pada 14 September 2011, beliau menjaringkan gol penyamaan untuk City ketika seri 1–1 menentang Napoli di dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2011–12.[7] Beliau menamatkan musim itu dengan membuat 12 penampilan liga, sudah cukup untuk mendapat pingat selepas Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris 2011–12.[8] Pada 18 September 2012, beliau menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika kekalahan 3–2 kepada Real Madrid di dalam Liga Juara-Juara.[9]

Pada 11 Mei, beliau memenangi trofi Liga Perdana bersama City selepas membuat 30 penampilan liga dan 44 dalam semua kejohanan. Pada 12 Jun 2014, Kolarov menandatangani kontrak baru selama tiga tahun, di mana beliau kekal bersama City sehingga 2018. Beliau juga menukar jersi skuad dari nombor 13 ke nombor 11.[10]

Kolarov menjaringkan gol ketika kemenangan 3–2 ke atas Bayern Munich di dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada 10 Disember 2013 untuk mengesahkan tempat di dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah City.[11] Beliau menjaringkan satu-satunya gol di dalam musim Liga Perdana Inggeris 2013–14 pada 1 Januari 2014 ketika City mengalahkan Swansea City 3–2.[12] Pada 11 Mei, beliau memenangi trofi Liga Perdana Inggeris keduanya bersama Manchester City selepas membuat 30 penampilan di dalam liga dan 44 di dalam semua pertandingan. Pada 12 Jun 2014, Kolarov menandantangani perjanjian baru selama tiga tahun bersama City untuk mengekalkannya di kelab ini sehingga tahun 2018. Beliau juga menukarkan nombor skuad daripada 13 kepada 11.[13]

Roma sunting

Pada 22 Julai 2017, Roma mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani Kolarov dengan perjanjian selama tiga tahun dan yuran perpindahan sebanyak €5 juta.[14]

Kerjaya antarabangsa sunting

Kolarov merupakan sebahagian daripada skuad Serbia bawah-21 yang melangkah ke perlawanan akhir dalam kejohanan bawah-21 2007 di Belanda. Sebagai pemain penting pasukannya, Kolarov dinamakan di dalam Pasukan Terbaik UEFA di dalam kejohanan itu. Dalam perlawanan separuh akhir, beliau menjaringkan gol melalui sepakan percuma ketika menentang Belgium.

Beliau juga mewakili Serbia di Piala Dunia FIFA 2010 dan memaikan peranan penting di dalam perlawanan kelayakan UEFA Euro 2012 dan perlawanan persahabatan. Kolarov dianugerahkan untuk prestasi baik pada tahun 2011 dengan anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Tahunan Serbia.[15]

Pada 11 September 2012, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Serbia ketika menang besar 6–1 ke atas Wales dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014.[16] Pada 7 Jun 2013, beliau menjaringkan gol sepakan percuma ketika menentang Belgium di dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014. Pada 7 September 2014, beliau menjaringkan gol ketika seri 1–1 menentang Perancis.[17]

Selepas membantu Serbia layak ke Piala Dunia FIFA 2018, Kolarov menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan pembukaan menentang Costa Rica menerusi sepakan percuma.[18]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga akhir musim 2017–18
Penampilan dan gol mengikut kelab, musim dan pertandingan
Kelab Musim Liga Piala Kebangsaan Piala Liga Eropah Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Čukaricki 2004–05 Liga Pertama 27 0 27 0
2005–06 Liga Kedua 17 2 17 2
Jumlah 44 2 44 2
OFK Beograd 2005–06 Liga Pertama 11 1 2 0 0 0 13 1
2006–07 Serbian Superliga 27 4 2 0 2[a] 0 31 4
Jumlah 38 5 4 0 2 0 44 5
Lazio 2007–08 Serie A 24 1 5 2 3[b] 0 32 3
2008–09 25 2 6 1 31 3
2009–10 33 3 2 1 5[c] 1 1[d] 0 41 5
Jumlah 82 6 13 4 8 1 1 0 104 11
Manchester City 2010–11 Liga Perdana Inggeris 24 1 8 1 0 0 5[c] 1 37 3
2011–12 12 2 1 1 5 0 8[e] 1 1[f] 0 27 4
2012–13 20 1 3 1 1 1 5[b] 1 1[f] 0 30 4
2013–14 30 1 2 1 5 1 7[b] 1 44 4
2014–15 21 2 2 0 2 0 4[b] 0 1[f] 0 30 2
2015–16 29 3 2 0 2 0 6[b] 0 0 0 39 3
2016–17 29 1 2 0 1 0 8[b] 0 0 0 40 1
Jumlah 165 11 20 4 16 2 43 4 3 0 247 21
Roma 2017–18 Serie A 35 2 0 0 12[b] 1 0 0 47 3
Jumlah keseluruhan 364 26 37 8 16 2 65 6 4 0 486 42
  1. ^ Penampilan di dalam Piala UEFA
  2. ^ a b c d e f g Penampilan di dalam Liga Juara-Juara
  3. ^ a b Penampilan di dalam Liga Europa
  4. ^ Penampilan di dalam Supercoppa Italiana
  5. ^ Lima Penampilan di dalam Liga Juara-Juara dan tiga di dalam Liga Europa
  6. ^ a b c Penampilan di dalam Perisai Komuniti

Antarabangsa sunting

Sehingga 17 Jun 2018
Pasukan kebangsaan Serbia
Tahun Pmncln Gol
2008 2 0
2009 7 0
2010 8 0
2011 10 0
2012 11 1
2013 7 3
2014 7 2
2015 7 1
2016 7 1
2017 6 2
2018 5 1
Jumlah 77 11

Gol antarabangsa sunting

Sehingga 17 Jun 2018
# Tarikh Stadium Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 11 September 2012 Stadium Karađorđe, Novi Sad, Serbia   Wales 1–0 6–1 Kelayakan Piala DUnia 2014
2. 7 Jun 2013 Stadium Raja Baudouin, Brussels, Belgium   Belgium 1–2 1–2 Kelayakan Piala Dunia 2014
3. 10 September 2013 Stadium Cardiff City, Cardiff, Wales   Wales 2–0 3–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
4. 15 Oktober 2013 Stadium Jagodina City, Jagodina, Serbia   Macedonia Utara 3–0 5–1 Kelayakan Piala Dunia 2014
5. 26 Mei 2014 Red Bull Arena, Harrison, New Jersey, Amerika Syarikat   Jamaica 2–0 2–1 Persahabatan
6. 7 September 2014 Stadium Partizan, Belgrade, Serbia   Perancis 1–1 1–1 Persahabatan
7. 8 Oktober 2015 Elbasan Arena, Elbasan, Albania   Albania 1–0 2–0 Kelayakan UEFA Euro 2016
8. 29 Mac 2016 A. Le Coq Arena, Tallinn, Estonia   Estonia 1–0 1–0 Persahabatan
9. 2 September 2017 Stadium Partizan, Belgrade, Serbia   Moldova 2–0 3–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018
10. 5 September 2017 Stadium Aviva, Dublin, Ireland   Ireland 1–0 1–0
11. 17 Jun 2018 Cosmos Arena, Samara, Russia   Costa Rica 1–0 1–0 Piala Dunia FIFA 2018

Penghargaan sunting

Lazio

Manchester City

Antarabangsa sunting

Serbia

Individu sunting

  • Pemain Terbaik Tahunan Serbia: 2011

Rujukan sunting

  1. ^ "Kolarov Goal On Lecce". Lazio4Arab.com – via YouTube. Dicapai pada 24 Julai 2010. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  2. ^ "Lazio Edge Sampdoria On Penalties To Claim Fifth Coppa Italia". Goal.com. 13 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-16. Dicapai pada 14 Mei 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Us Tour:Kolarov deal is done". laman rasmi Manchester City F.C. 24 Julai 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-28. Dicapai pada 24 Julai 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Bevan, Chris (24 Julai 2010). "Manchester City complete signing of Aleksandar Kolarov". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-23. Dicapai pada 24 Julai 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Tottenham Hotspur 0 – 0 Manchester City". ESPN Soccernet. 14 Ogos 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-17. Dicapai pada 17 Ogos 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ McNulty, Phil (14 Mei 2011). "Man City 1-0 Stoke". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-19. Dicapai pada 12 Jun 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Bevan, Chris (14 September 2011). "Man City 1 – 1 Napoli". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2014. Dicapai pada 12 Jun 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Phil McNulty (13 Mei 2012). "Man City 3–2 QPR". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2014. Dicapai pada 1 Februari 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ Bevan, Chris (18 September 2012). "Real Madrid 3 – 2 Man City". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2014. Dicapai pada 12 Jun 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ "DONE DEAL: Aleksandar Kolarov signs three-year contract extension at Manchester City". Daily Star. 12 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-13. Dicapai pada 12 June 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "City comeback halts Bayern's record run". UEFA. 10 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2014. Dicapai pada 12 Jun 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ "Premier League: Manchester City open new year with victory away at Swansea". Sky Sports. 1 Januari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2014. Dicapai pada 12 Jun 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ "DONE DEAL: Aleksandar Kolarov signs three-year contract extension at Manchester City". Daily Star. 12 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2014. Dicapai pada 12 Jun 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ "Kolarov completes Roma move". asroma.com. 22 Julai 2017.
  15. ^ "Dream team Under 21". UEFA – Magazine – via Google translate. 29 Jun 2009. Dicapai pada 24 Julai 2010.
  16. ^ "Serbia 6–1 Wales". BBC Sport. 11 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-12. Dicapai pada 12 September 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ "Serbia vs France September 7 2014 Match report". ESPN FC. 7 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2014. Dicapai pada 7 September 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ Harris, Daniel (17 Jun 2018). "Costa Rica 0-1 Serbia: World Cup 2018 – as it happened". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2018. Dicapai pada 17 Jun 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting