Alex Komang (lahir Saifin Nuha; 17 September 1961–13 Februari 2015) merupakan pelakon popular Indonesia dan pernah berlakon dalam beberapa filem Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pelakon yang berkhidmat di Teater Populer di bawah pimpinan Teguh Karya.

Alex Komang
Kelahiran
Saifin Nuha

(1961-09-17)17 September 1961
Meninggal dunia13 Februari 2015(2015-02-13) (umur 53)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1985–2015
PasanganNori

Filemografi sunting

Meninggal dunia sunting

Pada 13 Februari 2015, Alex menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Dr. Kariadi, Semarang, Jawa Tengah kerana menderita penyakit kanser hati pada usia 54 tahun. Ramai artis popular Indonesia yang menyampaikan salam takziah di laman sosial Twitter termasuk rakan seperjuangan Allahyarham Alex, Joko Anwar. Anak saudara Alex, Izar Fauzi memberitahu, bapa saudaranya itu menghidap penyakit hepatitis B.

Alex pernah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Indonesia 1987. Beliau juga pernah membintangi beberapa buah filem dan drama terbitan Malaysia.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Alex Komang meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-17. Dicapai pada 2015-04-15.

Pautan luar sunting