Alexander Hamilton

Alexander Hamilton (11 Januari 1755 atau 1757 – 12 Julai 1804) merupakan seorang negarawan dari Amerika Syarikat di mana beliau merupakan salah satu Bapa Pengasas negara tersebut.

Potret lukisan John Trumbull, 1806.

Beliau juga merupakan pengasas kepada akhbar New York Post.

Awal kehidupan sunting

Alexander Hamilton lahir dan membesar di Charlestown, ibu pulau Nevis di Kepulauan Lindung Angin yang diperintah British pada ketika itu. Beliau dan abangnya James Jr. (1753–1786)[1] merupakan anak luar nikah Rachel Faucette, seorang kacukan British dan Huguenot Perancis,[2]:8 dan James A. Hamilton, seorang berbangsa Scotland dari Grange, Ayrshire.[3] Rachel meninggal akibat demam kuning tanggal 19 Februari 1768.[4]

Hamilton menjadi seorang kerani untuk syarikat import-export Beekman and Cruger yang melakukan urusan perniagaan di New York dan New England. Beliau dan James Jr. mula-mula dijaga sepupu mereka Peter Lytton; namun Lytton membunuh diri pada Julai 1769. Adik-beradik tersebut membawa diri selepas kejadian itu sehingga berpisah.[5]

Pendidikan sunting

Pada musim luruh 1772, Hamilton tiba di Elizabethtown Academy, sebuah sekolah grammar di Elizabethtown, New Jersey. Pada tahun 1773, beliau berguru dengan Francis Barber di Elizabethtown sebagai persiapan diri sebelum memasuki perguruan tinggi. Pemikirannya pada kala itu dipengaruhi oleh William Livingston, seorang intelek dan revolusioner ternama yang sempat tinggal bersama Hamilton di Liberty Hall.[6] Hamilton melanjutkan pendidikannya di King's College, New York (sekarang Universiti Columbia) pada musim luruh 1773 "sebagai seorang mahasiswa tidak didaftarkan" sebelum perkara tersebut diselesaikan secara resmi pada Mei 1774.[7] Pada penampilan terbuka pertamanya tanggal 6 Julai 1774 di King's College, sahabat Hamilton, Robert Troup, memuji kemampuan Hamilton untuk menjelaskan dengan ringkas hak-hak dan alasan golongan patriot layak melawan pihak Great Britain.[8] Hamilton, Troup, dan empat mahasiswa lainnya membentuk sebuah persatuan pencinta sastera tanpa nama yang disebut-sebut sebagai pendahulu Philolexian Society.[9][10]

Ketika biarawan Gereja Inggris Samuel Seabury menerbitkan serangkaian pamflet yang mendukung perjuangan kaum Loyalis tahun 1774, Hamilton menanggapinya secara anonim lewat artikel politik pertamanya, A Full Vindication of the Measures of Congress dan The Farmer Refuted. Seabury cuba menakut-nakutkan penduduk koloni dan mencegah persatuan koloni.[11] Hamilton menulis dua artikel lain yang mengkritik Undang-Undang Quebec[12] dan mungkin juga menulis 15 artikel anonim "The Monitor" di New York Journal.[13] Meski Hamilton merupakan pendukung pihak Revolusi sebelum perang, beliau tidak menyetujui kerusuhan bergerombol melawan kaum Loyalis. Pada tanggal 10 Mei 1775, Hamilton mendapat nilai tambahan karena menyelamatkan presiden universitas Myles Cooper, seorang Loyalis, dari serangan kerumunan dengan berbicara panjang lebar sehingga Cooper dapat menyelamatkan diri.[14]

Penglibatan dalam penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat sunting

Keterlibatan beliau dalam pentakrifan Perlembagaan ini sepertimana yang ditunjukkan dalam Federalist Papers kekal berpengaruh sehingga sering didalami dalam bidang pengkajian dan konteks perbicaraan.[15] Beliau sangat menekankan kuasa persekutuan melebihi kedudukan negeri-negeri dalam isu pemerintahan se-Amerika Syarikat.[16]

Dalam Perang Revolusi sunting

Berikutan serangan British terhadap pihak jajahan Amerika di Lexington dan Concord pada 1775, Hamilton dan beberapa rakan sepelajaran King's College menyertai suatu militia relawan New York iaitu The Corsicans[nota 1] yang kemudiannya dinamakan semula sebagai Hearts of Oak.

Beliau terlibat dalam Pertempuran Princeton pada 3 Januari 1777. Beliau melakukan pembedilanke atas Dewan Nassau yang menjadi tempat pertahanan pihak British sehingga mendesak 194 orang askar pihak tersebut menyerah diri dengan bendera putih seterusnya menamatkan peperangan tersebut pada pihak Amerika.[17][18] Atas usaha inilah beliau diberikan tawaran menjadi adikung kepada William Alexander, Lord Stirling dan Nathanael Greene ataupun Alexander McDougall.[19] Beliau menolak tawaran tersebut kerana melihat kedudukannya di medan tempur lebih tinggi. Beliau bagaimanapun menerima tawaran sebagai adikung George Washington berpangkat leftenan kolonel.[20]

Sebagai Setiausaha Perbendaharaan Negara sunting

Antara tindakan yang dilakukan Hamilton dalam jawatan ini ialah mendirikan bank pusat pertama dalam Amerika Syarikat, namun keputusan ini ditentang habis-habisan oleh Thomas Jefferson, Setiausaha Luar Negeri pada ketika itu. Hamilton beralasan bahwa penubuhan bank pusat serta peluasan kekuasaan persekutuan lainnya bersesuaian dengan kuasa yang diberikan Perlembagaan Amerika Syarikat kepada Kongres untuk mencetak wang, mengatur perdagangan antara negeri serta bagian, dan melakukan segala tindakan yang "perlu dan layak" demi melaksanakan amanah yang termaktub dalam Perlembagaan itu. Di sisi lain pula, Jefferson menafsirkan Konstitusi secara ketat di mana tiada sebarang ungkapan yang mengizinkan pendirian sebuah bank pusat. Kontroversi ini berakhir selepas keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat dalam perbicaraan McCulloch v. Maryland yang mendukung pandangan Hamilton lalu memberikan kebebasan kepada pemerintah persekutuan untuk melaksanakan tindakan terbaik mengikut kekuasaan yang ditetapkan dalam perlembagaan, khususnya doktrin kekuasaan tersirat.[21] Namun demikian, Perang Saudara Amerika dan Zaman Progresif mencerminkan segala krisis dan politik yang ingin dihindari dalam pentadbiran Hamilton.[22]

Dasar-dasar yang dilaksanakan Hamilton dalam jawatannya sebagai Setiausaha Perbendaharaan sangat mempengaruhi tindakan pengurusan kewangan pemerintah Amerika Syarikat sehingga masih berbekas pada masa kini. Pentafsiran kandungan perlembagaan versi beliau, khususnya Klausa Perlu dan Layak, berdampak kepada kebolehan kuasa persekutuan federal yang masih digunakan di pengadilan dan dianggap sebagai acuan penafsiran perlembagaan.

Hidup kemudian sunting

Pada tahun 1795, beliau membuka sebuah syarikat perkhdimatan perundangan di Bandar Raya New York. Beliau cuba mengendalikan dasar-dasar pemerintahan John Adams ketika beliau menjadi Presiden antara 1797 dan 1801). Pada tahun 1798 dan 1799, Hamilton menuntut suatu pasukan tentera diwujudkan untuk melawan Perancis berikutan berlaku Skandal XYZ serta diangkat sebagai komandan pasukan baru yang ia persiapkan untuk berperang. Namun begitu, Perang Kuasi yang meletus dari skandal ini tidak diumumkan secara rasmi malah sama sekali tidak melibatkan angkatan tentera darat. Presiden Adams akhirnya mengusulkan diplomasi untuk menghindari perang besar melawan Perancis.

Penolakan Hamilton terhadap pencalonan kembali Adams menyebabkan beliau kalah dalam pilihan raya Presiden tahun 1800. Ketika Jefferson dan Aaron Burr memiliki jumlah wakil elektoral yang sama pada tahun 1801, Hamilton membantu Jefferson mengalahkan Burr yang dianggap sebagai seorang tidak berprinsip dan memilih Jefferson meski berbeza pandangan. Hamilton meneruskan kerjaya perundangan dan perdagangannya di Bandar Raya New York City, tetapi jatuh mukanya dalam kalangan anggota Parti Federalis. Setelah pilihan raya gabenor New York di mana Burr dikalahkan Morgan Lewis, akhbar Albany Register menerbitkan beberapa surat ditulis Charles D. Cooper yang mendakwa Hamilton kononnya membuat cemuhan - yakni meluahkan "perasaan yang sangat tidak senang" - terhadap Burr dalam suatu majlis makan malam di New York.[23][24] Burr merasa tercabar dengan kenyataan ini lalu mendesak Hamilton menulis surat memohon maaf. Hamilton enggan melakukan demikian kerana merasakan diri tiada melakukan perkara yang didakwa Cooper, malah menyangka akan dituduh berat sebagai seorang yang penakut terhadap Cooper.[25]:423–24 Setelah kedua-dua mereka gagal berdamai, mereka memutuskan beradu tembak pada 27 Jun 1804.[25]:426

Lawan tembak ini dilangsungkan pada 11 Julai 1804 di tebing barat Sungai Hudson di Weehawken, New Jersey.[26] Burr menembak ke arah Hamilton dahulu lalu mengena abdomen bawah Hamilton;[25]:429[27] Hamilton pula cuba menembak balik tetapi tersungkur,[28] peluru Hamilton mengenai sebatang dahan kayu di atas kepala Burr.[29] Hamilton dibawa kembali ke Greenwich Village di rumah milik sahabatnya, William Bayard Jr. (kini terletak sekitar 80–82 Jane Street); beliau meninggal dunia akibat luka yang dialami pada jam 2 petang keesokan harinya.[30][31] Mayat Hamilton disemadikan di Tanah Perkuburan Gereja Trinity, Manhattan.[32] Gouverneur Morris membantu secara rahsia mengumpul duit untuk menampung janda dan anak-anak Hamilton.[33]

Nota sunting

  1. ^ Barisan ini dinamakan sempena Republik Corsica yang ditumpaskan enam tahun sebelumnya serta dicontohi golongan "Patriot" ketika itu

Rujukan sunting

  1. ^ Ramsing, Holger Utke (1939). "Alexander Hamilton". Personalhistorisk Tidsskrift (dalam bahasa Denmark): 225–70.
  2. ^ Chernow, Ron (2005). Alexander Hamilton. Penguin Press. ISBN 978-0-14-303475-9.
  3. ^ Randall, Willard Sterne (2004). Foreword. Practical Proceedings in the Supreme Court of the State of New York. Oleh Hamilton, Alexander. New York: New York Law Journal. m/s. ix.
  4. ^ Brockenbrough, Martha (2017). Alexander Hamilton, Revolutionary. m/s. 19. ISBN 9781250123190.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan chernow25-30 tidak disediakan
  6. ^ Adair and Harvey.
  7. ^ Newton, p. 69.
  8. ^ Randall, p. 78
  9. ^ Chernow, p. 53.
  10. ^ "A History of the Philolexian Society of Columbia University from 1802-1902".
  11. ^ Miller, p. 9
  12. ^ Mitchell 1:65–73; Miller, p. 19.
  13. ^ Newton, pp. 116-117 and 573
  14. ^ Mitchell, I:74–75
  15. ^ Susan Welch, John Gruhl and John Comer, Understanding American Government (2011) m/s. 70
  16. ^ Melvyn R. Durchslag, State sovereign immunity: a reference guide to the United States Constitution (2002) p xix
  17. ^ Ketchum, Richard (1999). The Winter Soldiers: The Battles for Trenton and Princeton (ed. 1st Owl Books). Holt Paperbacks. m/s. 310. ISBN 978-0-8050-6098-0.
  18. ^ Stryker, William S. (1898). The Battles of Trenton and Princeton (page image). Boston: Houghton, Mifflin & Co. m/s. 290.
  19. ^ Newton, pp. 189–190.
  20. ^ Lefkowitz, Arthur S., George Washington's Indispensable Men: The 32 Aides-de-Camp Who Helped Win the Revolution, Stackpole Books, 2003, m/s. 15, 108.
  21. ^ Thomas Frederick Wilson (1992). The Power "to Coin" Money: The Exercise of Monetary Powers by the Congress. M.E. Sharpe. m/s. 94.
  22. ^ Jeffrey Tulis (1987). The Rhetorical Presidency. Princeton University Press. m/s. 31. ISBN 0-691-02295-X.
  23. ^ Freeman, Joanne B. (April 1996). "Dueling as Politics: Reinterpreting the Burr–Hamilton Duel". William and Mary Quarterly (subscription). Third Series. 53 (2): 289–318. doi:10.2307/2947402. JSTOR 2947402.
  24. ^ Kennedy, Burr, Hamilton, and Jefferson, p. 72.
  25. ^ a b c Schachner, Nathan (1946). Alexander Hamilton. New York: D. Appleton Century Co. ASIN B0006AQUG2.
  26. ^ Adams, pp. 93–4.
  27. ^ Emery, p. 243
  28. ^ Cooke, p. 242
  29. ^ Chernow, p. 117.
  30. ^ Chernow, pp. 705–08.
  31. ^ Hamilton, John Church (1879). Life of Alexander Hamilton: A History of the Republic of the United States of America, as Traced in His Writings and in Those of His Contemporaries, Volume VII. Boston: Houghton, Osgood and Company. m/s. 836. At two in the afternoon, my father died.
  32. ^ Keister, Doug (2011). Stories in Stone New York: A Field Guide to New York City Area Cemeteries & Their Residents. Gibbs Smith. m/s. 127. ISBN 9781423621027.
  33. ^ Chernow, pp. 712–13, 725.

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting