Alexander Nanta Linggi

YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi (lahir 16 Jun 1958) merupakan ahli politik Malaysia dari Parlimen Kapit, negeri Sarawak dan kini beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya selepas Kerajaan Perpaduan mempunyai mejoriti didalam Parlimen. Beliau mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 03 Disember 2022.[2] Beliau adalah dari parti Gabungan Parti Sarawak dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan kini bersama dengan komponen parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat Kerajaan Persekutuan. Beliau juga adalah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sehingga Mei 2018.


Alexander Nanta Linggi

PJN; PNBS, PBS, ABS (Swk); MP
أليکزيندر ننتا ليڠݢي
Menteri Kerja Raya
Memegang jawatan
3 Disember 2022
Raja Pahang

Al-Sultan Abdullah

Johor Sultan Ibrahim Ismail
Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Dato Sri Haji Abdul Rahman Mohamad
Didahului oleh Dato Sri Fadillah Yusof
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kapit, Sarawak
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
1999 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh James Jimbun Pungga
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Dato' Haji Rosol Haji Wahid
Kawasan pilihan rayaKapit
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
Timbalan Dato' Haji Rosol Haji Wahid
Didahului oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Kawasan pilihan rayaKapit
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 10 Mei 2018
Berkhidmat dengan
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub
RajaAbdul Halim
Muhammad V
Perdana Menteri Mohammad Najib bin Abdul Razak
MenteriDatuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal (2013-2015)
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (2015-2018)
Didahului olehDatuk Joseph Entulu Anak Belaun
Digantikan olehSivarasa K. Rasiah
Butiran peribadi
LahirAlexander Nanta Linggi
(1958-06-16) 16 Jun 1958 (umur 65)
Crown Colony of Sarawak (Sekarang Sarawak, Malaysia)
Parti politik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional Barisan Nasional (BN) (sehingga-2018)
Gabungan Parti Sarawak (GPS) (2018-Sekarang)
Perikatan Nasional (PN) (2020-2022)
PasanganDatin Angelina Celestine Ujang Anak Jilan
SaudaraWilson Ugak Kumbong (sepupu)
PekerjaanMalaysia Anggota Parlimen
GajiRM43,637.33 sebulan[1]
Nilai bersihRM8.5 ke 10 juta[1]
KabinetKabinet Malaysia 2020

Beliau adalah cucu kepada Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pertama iaitu Jugah anak Barieng dan anak bekas ahli politik Leonard Linggi.[3] Beliau juga merupakan ahli perniagaan, setelah berkhidmat sebagai Pengerusi syarikat perkapalan Swee Joo Bhd.[4]

Alexander menerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) pada tahun 2010, yang membolehkan beliau menggunakan gelaran kehormat 'Datuk'.[5] Pada 16 Mei 2013, selepas kemenangannya dalam pilihan raya 2013, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di bawah kabinet baru Perdana Menteri Najib Razak.[6]

Keputusan Pilihan Raya sunting

Parlimen Malaysia[7]
Tahun Kawasan pilihan raya Undian Peratusan Lawan(s) Undian Peratusan Jumlah % Majoriti
1999 Kapit Alexander Nanta
Linggi
(PBB)
12,157 85.97% Richard Nujong Abit (BEBAS) 1,141 8.07% 14,442 65.75 11,016
Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda (PKR) 843 5.96%
2004 Alexander Nanta
Linggi
(PBB)
Tidak bertanding
2008 Alexander Nanta
Linggi
(PBB)
Tidak bertanding
2013 Alexander Nanta
Linggi
(PBB)
13,446 78.35% Ramli Malaka (DAP) 3,715 21.65% 17,474 66.71 9,731
2018 Alexander Nanta
Linggi
(PBB)
14,302 78.91% Paren Nyawi (DAP) 3,823 21.09% 18,485 57.82 10,479

Pilihan raya Malaysia 2008 sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Alexander Nanta Linggi bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kapit , negeri Sarawak. Alexander Nanta Linggi telah menang tanpa bertanding.

Anugerah sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  2. ^ "SENARAI KABINET 2020". www.bharian.com.my. 2020-03-13. Dicapai pada 2020-03-19.
  3. ^ Teo, John (25 January 2003). "Political legacy of paramount chief of Ibans lives on". New Straits Times. New Straits Times Press.
  4. ^ "Swee Joo To Expand Tanker Business With Regional Focus". Bernama. 2 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2011. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  5. ^ "King Presents awards to 39 people at investiture". The Star. 5 June 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2010. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  6. ^ "Alexander Nanta Linggi, New Rural And Regional Development Deputy Minister". Bernama. 15 May 2013. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  7. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 24 April 2010..
  8. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-03-28.
  9. ^ Bernama (10 Oktober 2020). "Manyin dahului senarai penerima pingat kebesaran sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Sarawak".