Alfred Dent (12 Disember 1844 – 23 November 1927) merupakan seorang saudagar British dan juga seorang usahawan, juga merupakan pengasas kepada Syarikat Borneo Utara British.[1]

Alfred Dent.

Kehidupan sunting

Beliau dilahirkan di London, anak kepada Thomas Dent. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Eton di mana beliau memulakan pengajian dari tahun 1858 sehingga 1862 dan kemudiannya menjadi rakan kongsi dalam perniagaan keluarga iaitu Dent & Co.

 
ejabat syarikat Dent & Co. in Hong Kong, 1858.

Di Borneo Utara sunting

Ketika menjalani kursus perniagaannya, beliau telah mengembara ke Asia Timur dan Asia Tenggara. Pada tahun 1878, beliau telah menjalankan pemindahan hak dengan Sultan Sulu bagi memindahkan hak dan tuntutan ke atas Borneo Utara kepada sindiket yang dibentuk oleh beliau dan juga Baron von Overbeck, penganjur utama juga adalah Sir Rutherford Alcock, Sir Harry Keppel dan Richard Biddulph Martin. Dan selepas itu, Persatuan Sementara Borneo Utara British telah ditubuhkan pada tahun 1881 dan kemudian memperoleh piagam diraja dan menjadi Syarikat Borneo Utara British pada Mei 1882, ianya juga dikenali sebagai Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.[2]

Beliau menjadi ketua firma Brothers Dent dan Co, iaitu sebuah perniagaan dan ejen komisen di London. Jawatan perniagaan lain yang dipegang oleh beliau termasuklah menjadi pengerusi Estet Teh Caledonia (Ceylon), Elektrik Shanghai dan menjadi pengarah Bank Berpiagam India, Australia dan China, serta Westminster Bank dan Persatuan Royal Exchange Assurance.[2]

Kehidupan seterusnya sunting

Pada tahun 1896, beliau telah berkahwin dengan Margaret Aird dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu, Leslie Alfred Dent yang dilahirkan pada tahun 1897. Pada tahun 1898 pula, beliau telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Mata Wang India, dan pada tahun yang sama beliau telah dijadikan sebagai Komander Pahlawan Perintah St Michael dan St George (KCMG). Beliau mempunyai sebuah rumah di Eastbourne, di selatan-timur England dan berkhidmat sebagai Sheriff Tinggi Sussex pada tahun 1908.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Alfred Dent". Parsons Family. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-03. Dicapai pada 2013-01-19.
  2. ^ a b c "Sir Alfred Dent". Obituary. The Times. 1927-11-24. Unknown parameter |curly= ignored (bantuan)