Algarve (IPA: [aɫ'gaɾv(ɨ)]; berasal daripada perkataan Arab الغرب — Al-gharb, yang bermaksud "Barat") ialah wilayah paling selatan di tanah besar Portugal. Bandar-bandar besar dalam wilayah Algarve antara lain ialah Faro, Albufeira, Lagos, Olhão, Tavira, Portimão dan Silves. Pusat pemerintahan Algarve terletak di bandar Faro, yang memiliki sebuah lapangan terbang antarabangsa (Lapangan Terbang Faro, FAO/LPFR) dan sebuah universiti awam (Universiti Algarve).

Lokasi wilayah Algarve di Portugal