All Together Now Malaysia

All Together Now Malaysia ialah rancangan televisyen realiti versi Malaysia yang diadaptasikan dari rancangan All Together Now dari United Kingdom. Rancangan ini adalah yang pertama seumpamanya di Asia.[1][2][3] Ia mula disiarkan pada 6 Jun 2021 yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan dibintangi oleh 50 juri yang diketuai oleh Dato' AC Mizal (musim 1) & Datuk Syafinaz Selamat (musim 2).[4][5][6]

All Together Now Malaysia
PengarahHaniq Halim
PengacaraSherry Alhadad
JuriDato' AC Mizal (musim 1)
Datuk Syafinaz Selamat (musim 2)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod10 + 3 episod khas
(sehingga 24 April 2023)
Penerbitan
LokasiPutrajaya, Malaysia
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran90 minit
Syarikat penerbitan
Banijay Asia
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar16:9; 1080i HDTV
Format audioDolby Digital
Siaran asal6 Jun 2021 (2021-06-06) – 5 Februari 2023 (2023-02-05)
Pautan luar
Laman sesawang

Format sunting

Berbanding dengan versi asalnya, versi Malaysia hanya mempunyai 50 juri untuk musim ini disebabkan sekatan pandemik COVID-19. Juri terdiri daripada ketua juri, yang dikenali sebagai kapten, yang diketuai oleh Dato AC Mizal, diikuti oleh 49 juri yang lain. Setiap juri mewakili dua markah untuk memilih peserta didalam setiap pusingan dengan menekan buzzer.

The Heat sunting

Pada pusingan ini, peserta harus mengatasi pesaing mereka untuk mendapatkan tempat di tiga podium teratas. Setiap kali peserta mendapat markah yang tinggi daripada para juri, peserta yang berada di podium ketiga akan disingkirkan. Dari setiap pusingan ini, cuma dua peserta yang layak beraksi di pentas akhir. Pada hujung pusingan ini, peserta yang mendapat markah tertinggi dan berada di podium pertama secara automatik layak ke pentas akhir. Peserta yang berada di podium kedua dan ketiga akan berentap di pusingan seterusnya untuk melayakkan diri berada di kedudukan dua teratas. Sekiranya peserta berada dikedudukan seri, keputusan hanya boleh dibuat oleh Kapten untuk memilih salah seorang peserta yang terbaik. Jika Kapten memilih peserta yang baru, maka peserta yang berada di podium akan digantikan dan begitu juga sebaliknya.

Sing-off sunting

Pada pusingan ini, markah akan ditetapkan semula kepada 0 dan peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga akan membuat persembahan dengan lagu pilihan peserta itu sendiri. Peserta yang mendapat markah tertinggi di pusingan ini akan melayakkan diri ke pentas akhir.

Rumusan siri sunting

Musim Mula Tamat Juara Naib Juara Tempat Ketiga Pengacara
1 6 Jun 2021 14 November 2021 Idris Brown Dem Lepak Boyz Pancit Sitaya Sherry Alhadad
2 11 Disember 2022 5 Februari 2023 Khairul Nizam Jazper Nimoi Lazarul

Kontroversi sunting

Episod sulung rancangan ini mendapat perhatian negara kerana memperlihatkan para juri tidak memakai pelitup muka dalam suasana pandemik COVID-19 di Malaysia serta ketiadaan penjarakan fizikal. Di samping itu, kritikan ramai juga dihalakan kepada seorang juri dalam episod itu, Dafi yang juga merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan negara, Ismail Sabri Yaakob; Ismail dianggap berperanan penting dalam perlaksanaan langkah-langkah pencegahan COVID-19 negara.[7] Hal ini menyebabkan rancangan diletakkan di bawah siasatan Majlis Keselamatan Negara serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia lalu menyebabkan rancangan ini perlu ditunda secara seketika.[8][9] Sementara itu, pihak penerbit rancangan berkata bahawa langkah-langkah penjagaan telahpun dilakukan seperti peletakan penghadang lut sinar di antara juri dan ujian saringan pihak terlibat.[7]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Khai Azfar (6 November 2020). "Pertama di Asia! All Together Now Malaysia bakal bersiaran". Murai.my. Dicapai pada 8 Jun 2020.
  2. ^ "Rancangan realiti All Together Now pertama di Asia Tenggara dengan barisan 50 juri selebriti". Remaja. 25 Mei 2021. Dicapai pada 8 Jun 2021.
  3. ^ "Adaptasi format All Together Now pertama di Asia Tenggara". Utusan Borneo. 30 Mei 2021. Dicapai pada 8 Jun 2021.
  4. ^ Najiy Jefri (1 Jun 2021). "Teruja dalam gugup". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2021.
  5. ^ Najiy Jefri (4 Jun 2021). "Beri keceriaan saat sukar". Harian Metro. Dicapai pada 5 Jun 2021.
  6. ^ Sudirman Mohd Tahir (30 Mei 2021). "RM50,000 siapa punya?". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2021.
  7. ^ a b "Anak Ismail Sabri, Dafi dikecam kerana terlibat dalam All Together Now Malaysia". Utusan Malaysia. 9 Jun 2021. Dicapai pada 10 Jun 2021.
  8. ^ "Disiasat MKN, program All Together Now Malaysia dihentikan sementara waktu". Kosmo!. 8 Jun 2021. Dicapai pada 10 Jun 2021.
  9. ^ Noor Atiqah Sulaiman (9 Jun 2021). "Siasat rakaman All Together Now Malaysia". Harian Metro. Dicapai pada 10 Jun 2021.

Pautan luar sunting