All Your Love

album ke-16 oleh Siti Nurhaliza

All Your Love (Melayu: Segala Cintamu) merupakan album studio ke-16 dan album Inggeris sulung penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza. Album ini dilancarkan secara digital pada 16 September 2011[1] dan secara fizikal pada 26 September 2011[2] dan diterbitkan oleh What’s Up Entertainment, yang dimiliki dan diuruskan oleh anak tirinya, Adib Khalid. Semua lagu-lagu di dalam album ini telah ditulis dan diterbitkan oleh dua komposer Australia, Bryan Bouro dan Christian Alexanda.

All Your Love
Album studio oleh
Dilancarkan pada16 September 2011 (Digital)[1]
26 September 2011 (Fizikal)[1]
Dirakamkan padaJanuari 2011 – September 2011
GenrePop, Dance, R&B
Panjang42:57
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatWhat's Up Entertainment
PenerbitBryan Bouro, Christian Alexanda, Tom Diesel
Kronologi Siti Nurhaliza
CTKD
(2009)
All Your Love
(2011)
Fragmen
(2014)
Single daripada All Your Love
  1. "Falling In Love"
    Dikeluarkan: 9 Julai 2011
  2. "Remember You"
    Dikeluarkan: 1 Mac 2012
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Menerusi lagu "Remember You" dan "I’ll Wait Forever", beliau bekerjasama dengan Sean Kingston dan Christian Alexanda. Proses rakaman dan pembikinan album ini dijalankan pada lewat Januari 2011[3] dengan rakaman suara untuk semua 10 lagu yang mengambil masa dua minggu di Kuala Lumpur, manakala proses adunan dan mastering dijalankan di beberapa studio rakaman di Australia dan Los Angeles, California, Amerika Syarikat.[4]

Single pertama album ini, "Falling In Love" telah dilancarkan dan dipromosikan pada 9 Julai 2012, di mana beliau menyanyikan lagu ini untuk salah satu konsert promosinya untuk rangkaian kosmetik dan produk kecantikannya, SimplySiti di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ia juga dipersembahkan secara langsung sekali lagi seminggu kemudian di Anugerah Industri Muzik ke-10. Sehingga Mac 2012, album ini telah terjual sebanyak 70, 000 unit samada dalam bentuk digital dan fizikal.

Latar belakang dan rakaman sunting

  I want an English album as a memento of my career as a singer. I don't want to think much about how to sing or the pronunciation of the English lyrics because I'm an Asian. What most important is that the pronunciation is clear and the messages [of the songs] are received [by them].."
—Siti Nurhaliza dalam ucapan bahasa Inggersinya.[5]
[a]

Dalam satu temu bual semasa Minggu Setiausaha pada Mac 2011, Siti mendedahkan bahawa beliau sedang menyiapkan album berbahasa Inggeris sepenuhnya, dengan enam daripada 10 trek telah dirakamkan seawal akhir bulan Januari tahun yang sama.[3]

Buat pertama kali, beliau bekerja di bawah pengurusan What's Up Entertainment, yang dimiliki oleh anak tirinya, Adib Khalid[3][6] yang hanya baru berusia 21 tahun.[7] Ditulis dan diterbitkan sepenuhnya oleh Christian Alexanda[7] dan Bryan Bouro,[4] semua trek telah diadun dan menjalani proses 'mastering' di pelbagai studio, termasuk studio mixHaus di Los Angeles, Oasis Mastering di Burbank, California dan Whyte Hype Studios di Perth, Australia.[8]

Idea di sebalik album itu bermula apabila Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melawat syarikat rakaman anak tirinya, What's Up Entertainment, dan menyatakan minat terhadap dalam mempunyai beberapa lagu yang ditulis oleh Alexanda (artis rakaman di bawah pengurusan Adib).[7] Dalam masa kurang daripada dua bulan, Alexanda selesai menulis 10 lagu untuk Siti, beliau dan Bouro memantau sebutan bahasa Inggeris Siti sepanjang proses rakaman di samping mengekalkan identiti "Suara Asia".[7] Selain trek solo, All Your Love juga menampilkan vokal dari Alexanda, dalam "I'll Wait Forever", serta Sean Kingston, yang ditampilkan di dalam trek akhir album, "Remember You".[5] Beberapa pertimbangan diberikan kepada penampilan Pitbull menerusi album, tetapi oleh kerana masalah kewangan idea itu digugurkan.[5]

Karya seni dan tajuk sunting

Kulit album utama dikatakan dipengaruhi oleh hasil karya pelukis terkenal Amerika Syarikat, Andy Warhol, terutamanya dengan tampilan warna terang dan potret digayakan penyanyi.[9] Ketika ditanya mengapa beliau memilih All Your Love sebagai tajuk, beliau berkata, "tajuk album yang didedikasikan kepada semua peminat saya, keluarga dan rakan-rakan yang telah begitu menyokong saya selama ini. Saya mahu mereka berbangga dengan menghasilkan album yang berpotensi menembusi pasaran antarabangsa."[10]

Pelancaran dan promosi sunting

 
Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid dan anak tirinya, Adib Khalid pada majlis pelancaran album All Your Love.

Walaupun pengumuman rasmi untuk tarikh versi fizikal telah ditetapkan pada 26 September 2011, All Your Love sudah disediakan untuk pasaran seawal juga 24 September;[11] ia dijual lebih 3000 salinan dari cetakan pertama [12] dan setakat ini telah menjual lebih daripada 70, 000 unit sehingga Mac 2012.[13][14] Versi digital album itu bagaimanapun dikeluarkan 10 hari sebelum itu dan ia adalah album pertama Siti untuk dikeluarkan secara digital melalui ITunes.[11] Album ini dikeluarkan secara rasmi pada 26 September, di Shook Restaurant, Starhill Gallery, Bukit Bintang.[11] Beliau juga mempromosikan album beliau melalui beberapa program televisyen termasuk di Wanita Hari Ini (TV3) Bella (ntv7) dan Hello On Two (TV2).[15] Untuk mempromosikan single keduanya, beliau melawat beberapa pusat membeli-belah utama di Malaysia termasuk The Curve (10 Mac) dan Pusat Beli-belah One Utama (16 Mac).[16]

Persembahan secara langsung sunting

Single pertama dari album ini, "Falling In Love", yang diadun dengan elemen muzik Flamenco dan Eurodance,[6] muncul dalam salah satu konsert promosi beliau untuk SimplySiti di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 9 Julai 2011.[7] Seminggu kemudian, beliau membuat persembahan kepada penonton dari Malaysia, Singapura dan Indonesia di Anugerah Planet Muzik ke-10.[17] Beliau kemudian mempersembahkan lagu ini untuk kali ketiga dalam program televisyen Aidilfitri bertemakan sendiri, Gegar Raya Kampung Pening Lalat, pada 2 September 2011.[18] Beliau juga menyanyikan "Falling in Love" dan "Remember You" secara langsung semasa Countdown Singapura 2012 di Marina Bay, Singapura pada 31 Disember 2011[19] dan pada 2 Mac, "Remember You" telah dikeluarkan secara rasmi dan disiarkan semasa beliau ditemubual secara langsung di Fly FM.[20]

Single sunting

  • Single pertama, Falling In Love telah dikeluarkan pada 9 Julai 2011 manakala muzik videonya telah dirakamkan selama 5 jam pada 12 September 2011, di sekitar ruang masuk ke Pavilion Kuala Lumpur.[21] Muzik video ini diarahkan oleh Khairul Azmi dengan konsep flash mob yang mengambil seramai 200 penari yang kebanyakannya ialah pemninat-peminatnya.[21] Muzik video Falling In Love telah disiarkan pada 13 Oktober 2011 di laman web rasmi MTV Asia.[22]
  • Single kedua, Remember You, menampilkan Sean Kingston telah dikeluarkan pada 1 Mac 2012.[20]

Senarai lagu sunting

No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."All Your Love"Christian AlexandaBryan Bouro, Christian Alexanda4:37
2."Nobody Else"Christian Alexanda, Bryan BouroBryan Bouro3:53
3."Tonight"Christian Alexanda, Bryan BouroBryan Bouro4:09
4."All Over Again"Christian Alexanda, Bryan BouroBryan Bouro3:26
5."I'll Wait Forever" (menampilkan Christian Alexanda) Christian Alexanda, Bryan BouroBryan Bouro4:23
6."Falling In Love"Christian Alexanda, Bryan BouroBryan Bouro3:02
7."I Cry Out"Christian Alexanda, Bryan BouroBryan Bouro4:51
8."Fight for Love"Christian Alexanda, Bryan BouroBryan Bouro4:15
9."Stand Up"Christian Alexanda, Bryan Bouro, Tom Diesel, Ron E JonesBryan Bouro, Tom Diesel4:56
10."Remember You" (menampilkan Sean Kingston) Christian AlexandaBryan Bouro5:25
Jumlah masa: 42:57


Tenaga kerja sunting

Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album All Your Love[8]

  • Christian Alexanda - komposer, penerbit, vokal
  • Bryan Bouro - komposer, penerbit
  • Richard Brown - penolong
  • Tom Diesel - komposer, penerbit, gitar
  • Fendy - dram
  • Richard Furch - jurutera, adunan
  • Annay H. - penggaya
  • Ron E. Jones - komposer
  • Adib Khalid - penerbit eksekutif
  • Sean Kingston - vokal
  • Bustamam Mokhtar - fotografi
  • Chris Patton - jurutera, adunan
  • Nizam Rahmat - penciptaan
  • Eddy Schreyer - mastering
  • Nurul Shukor - solekan, dandanan rambut
  • Shazwan Taib - penciptaan
  • Steve Thornton - perkusi

Anugerah sunting

Intuned Music Awards sunting

Pada 30 Januari 2012, All Your Love memenangi anugerah Album Terbaik, dan single pertama, "Falling In Love" memenangi anugerah Video Muzik Terbaik dari Intuned Music Awards, yang merupakan acara anugerah dalam talian di mana peminat boleh mengundi dalam talian untuk artis kegemaran mereka. Bagi acara yang julung kali diadakan, dengan lebih daripada 132 000 undi,[23] Siti Nurhaliza memenangi semua tujuh anugerah daripada tujuh pencalonan yang diterimanya.

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2011[23] Artis kegemaran Menang
Penyanyi Solo Wanita Terbaik Menang
Artis Harapan Menang
Kegunaan Terbaik di Media Sosial (Facebook/Twitter) Menang
Penyanyi Wanita Seksi Menang
All Your Love Album Terbaik Menang
"Falling in Love" Muzik Video Terbaik Menang

Anugerah Industri Muzik sunting

Pada 3 Oktober 2012, dua daripada lagu-lagu dari album dicalonkan untuk dua kategori yang berbeza untuk Anugerah Industri Muzik ke-19 dan ia adalah kali pertama beliau pernah dicalonkan menerusi lagu Inggeris dan bukannya lagu-lagu Melayu beliau.

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2012[24] "I Cry Out" Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) Tercalon
"Stand Up" Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Tercalon

Kedudukan carta sunting

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2011

Falling in Love

- 15 1 -
2012

Remember You

- - - -

Sejarah keluaran sunting

Rantau Tarikh dikeluarkan Format Label
Malaysia 16 September 2011[1] Muat turun digital What's Up Entertainment
26 September 2011[2] CD

Catatan penjelasan sunting

  1. ^ Terjemahan: "Saya mahukan sebuah album Inggeris sebagai kenang-kenangan kerjaya saya sebagai penyanyi. Saya tidak mahu berfikir banyak tentang bagaimana untuk menyanyi atau sebutan lirik bahasa Inggeris kerana saya orang Asia. Apa yang penting ialah sebutan yang jelas dan mesej [lagu] diterima [oleh peminat]."

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Siti Nurhaliza All Your Love". iTunes (U.S.). Apple Inc. Dicapai pada 2012-04-22.
  2. ^ a b Nitha Subramaniam (28 September 2011). "Siti Nurhaliza Releases Her First Ever English Album". Galaxie. Dicapai pada 2011-09-29.[pautan mati kekal]
  3. ^ a b c Norliza Mohd Zakaria (3 Mac 2011). "Siti rakam album Inggeris". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-03. Dicapai pada 2011-09-23.
  4. ^ a b Abie Abdullah (24 Julai 2011). "Tiba masa Siti". Metro Ahad. Dicapai pada 2011-09-21.
  5. ^ a b c Norhadiani Baharom (20 September 2011). "Siti bangga dapat Sean Kingston". Harian Metro. Dicapai pada 2011-09-23.
  6. ^ a b Mohd. Rasdan Ahmad (24 Julai 2011). "Kerjasama dengan anak tiri". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-03. Dicapai pada 2011-09-23.
  7. ^ a b c d e Zubir Mohd Yunus (7 Ogos 2011). "All Your Love Siti bakal jengah Eropah". Berita Minggu. Dicapai pada 2011-09-21.
  8. ^ a b All Your Love (Catatan Media). Siti Nurhaliza. What's Up Entertainment. 2011.CS1 maint: others (link)
  9. ^ YTLCommunity Staff (27 September 2011). "Siti commands All Your Love". YTLCommunity.com. Dicapai pada 2013-02-18.
  10. ^ Fiona Ho (7 Oktober 2011). "Siti Nurhaliza's first English album". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-12. Dicapai pada 2013-02-18.
  11. ^ a b c Budiey Isma (26 September 2011). "Dato' Siti Nurhaliza Lancar Album Inggeris ALL YOUR LOVE". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2011-09-29.
  12. ^ Nur Hatina Shuib (28 September 2011). "Impian terlaksana". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. Dicapai pada 2011-09-29.
  13. ^ "Foster among top stars to write for Siti Nurhaliza". The Star. 17 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-21. Dicapai pada 2012-03-18.
  14. ^ Siti Nurhaliza (17 Mac 2012). "Sedih nasib Adik Dirang". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. Dicapai pada 2012-04-22.
  15. ^ Shazryn Mohd. Faizal (28 November 2011). "Mengharap sinar tahun baru". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2012-03-09.[pautan mati kekal]
  16. ^ The Star Staff (7 Mac 2012). "New single from Dato' Siti Nurhaliza". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-07. Dicapai pada 2013-02-18.
  17. ^ Syafiqah Jalal (16 Julai 2011). "APM 2011: Kali Terakhir Buat Siti Nurhaliza Sertai?". Murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-19. Dicapai pada 2011-09-21.
  18. ^ Amirul Haswendy Ashari (28 Ogos 2011). "Jenaka raya". Metro Ahad. Dicapai pada 2011-09-24.
  19. ^ William Tan (27 Disember 2011). "Similarities of Singapore Wishing Sphere & Taiwan Sky Lantern". Marinabaycountdown.sg. Dicapai pada 2012-03-09.
  20. ^ a b What's Up Entertainment (2 Mac 2012). "What's Up Entertainment (whats_up_ent) on Twitter". Dicapai pada 2012-03-09.
  21. ^ a b Muzaffar Mustafa (13 September 2011). "Flashmob Dalam Klip Video Falling In Love Siti". Gua.com.my. Dicapai pada 2012-03-18.
  22. ^ MTV Asia Staff. "Siti Nurhaliza". MTV Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-29. Dicapai pada 2012-03-18.
  23. ^ a b Sultan Muzzafar (30 Januari 2012). "Siti Nurhaliza Menang Besar Di Intuned Music Awards 2011". Gua.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-01. Dicapai pada 2012-01-30.
  24. ^ Sultan Muzaffar (3 Oktober 2010). "Senarai Penuh Pencalonan Akhir Anugerah Industri Muzik 19". Gua.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-07. Dicapai pada 2012-10-19.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting