Amaran ribut petir

Amaran ribut petir dikeluarkan oleh agensi meteorologi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia jika radar cuaca mengesan ribut petir dahsyat yang menghasilkan hujan lebat, angin kencang atau hujan air batu, yang berpotensi mengakibatkan kerosakan ketara seperti banjir dan kerosakan harta benda. Tidak semua ribut petir yang dikesan dikeluarkan amaran; ribut petir kecil yang lemah, hanya bertahan tidak sampai sejam serta berlaku hanya di satu dua tempat sahaja tidak memenuhi kriteria bagi amaran ribut petir.

Satu contoh amaran ribut petir yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman sesawangnya.

Kriteria amaran ribut petir juga berbeza mengikut negara. Di Amerika Syarikat misalnya, kejadian kilat dan banjir yang diakibatkan oleh ribut petir tidak diambil kira sebagai kriteria bagi amaran ribut petir.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Severe Thunderstorm Warning". NOAA National Weather Service Glossary. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-04. Dicapai pada 2010-01-10.

Pautan luar sunting