Amelia Thripura Henderson (lahir 20 Oktober 1995) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seni sebagai model iklan, seterusnya memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi beberapa drama dan filem.[1] Antara drama lakonannya ialah Keluarga Pontimau (2015), Jangan Benci Cintaku (2018), Cinta Non Grata (2019) dan Cik Ayu Mee Sanggul (2021). Beliau juga telah berlakon dalam beberapa filem termasuk Talentime (2009), J2: J Retribusi (2021) dan Pulau (2023).

Amelia Henderson
Amelia ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 9 Ogos 2016.
Kelahiran
Amelia Thripura Henderson

(1995-10-20) 20 Oktober 1995 (umur 28)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, penerbit
Tahun aktif2006–kini
PasanganDato’ Indera Tunku Harunnarasheed Putra (k. 2015; c. 2018)
Ibu bapa
  • Jaya Rudralingam (ibu)
  • Graham L. Henderson (bapa)
Saudara
  • Alexander Rudrakeith Henderson (adik lelaki)
  • Lydia Henderson
Laman web rasmiameliath.com

Kerjaya

 
Amelia semasa sesi fotografi bersama Utusan Malaysia pada tahun 2015.

Beliau mula menceburi bidang seni sebagai model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun.[2] Selepas itu, beliau memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi sitkom Keluarga Adam.[2] Beliau juga pernah melibatkan diri dalam persembahan pentas muzikal teater iaitu The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2007.[2]

Selain itu, beliau berpeluang untuk mengembangkan bakatnya ke Amerika Syarikat kerana kelebihan beliau yang amat fasih berbahasa Inggeris dengan menggunakan slanga British dan Amerika.[2] Beliau merupakan salah seorang kanak-kanak di Malaysia yang menjadi pelakon suara untuk filem animasi popular iaitu Barbie in a Christmas Carol. Beliau kemudiannya berlakon di dalam filem tempatan iaitu Talentime arahan Yasmin Ahmad. Beberapa tahun selepas itu, beliau ditawarkan untuk menjadi hos rancangan The English Room iaitu rancangan bagi mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.[2][3]

Beliau amat menggemari tarian balet dan pernah memenangi Kategori 3 dalam program Cecchetti International Summer School yang diadakan di Melbourne, Australia.[2]

Sejak 2022, beliau mengendalikan siniar yang bertajuk Studio Sembang yang disiarkan di saluran YouTube beliau, ATHQ Media setiap Khamis.[4][5][6]

Amelia menyumbangkan suaranya untuk watak Kapten Zee dalam filem animasi Didi & Friends The Movie (2023).[7] Selain menyumbangkan suara, beliau turut menyanyi rap dalam filem ini.[8]

Kehidupan peribadi

Ibu beliau ialah seorang doktor gigi yang berketurunan India dan Sri Lanka bernama Jaya Rudralingam. Selain itu, bapa beliau adalah seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham Henderson. Beliau merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik. Adik lelakinya bernama Alexander Rudrakeith Henderson.[9][10][11]

Sebelum melangsungkan perkahwinan, Amelia telah memeluk Islam dengan nama baharunya iaitu Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah. Beliau kemudian sah bergelar isteri kepada YTM Dato’ Indera Tunku Harunnarasheed Putra, anakanda kepada YTM Tunku Bendahara Kedah, Almarhum Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan YABhg. Toh Puan Bendahara Kedah, To’ Puan Seri Utama Puan Sri Dato’ Seri Noor Suzanna Abdullah pada 14 Ogos 2015 bertempat di Carcosa Seri Negara. Beliau kemudian bergelar “Yang Berbahagia Datin Indera Amelia Thripura Henderson”.

Namun begitu, mereka sudah bercerai pada tahun 2018. Perkahwinan yang terlerai itu tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.[12][13]

Kontroversi

Amelia menjadi subjek kontroversi pada Jun 2022 apabila penerbit dan pelakon, A. Aida menuduhnya dan seorang lagi pelakon, Idris Khan kerana menarik diri di saat akhir dari penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali sekaligus melanggar kontrak yang dimeterai. Berdasarkan daripada kontrak yang ditandatangani pada Februari 2022, beliau dan Idris sepatutnya menjalani penggambaran drama itu pada 16 Jun 2022, namun mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai hero dan heroin drama itu sehari sebelum sesi penggambaran bermula.[14] Amelia kemudian menjelaskan situasi sebenar dengan menafikan bahawa beliau telah melanggar kontrak penggambaran drama itu selepas mengetahuinya di media sosial.[15] Beliau turut mendakwa skrip dan watak berbeza menjadi punca beliau menarik diri.[16] Pada 7 April 2023, beliau telah diarah oleh Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur supaya membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak penggambaran Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan A. Aida Production.[17][18]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Barbie in A Christmas Carol Kelly / Tammy Suara
2009 Talentime Melati
Barbie and the Three Musketeers Miette Suara
Sing Along With Barbie
Pisau Cukur Bella (kecil)
2012 Seefood Ruby Suara
War of the Worlds: Goliath Young Girl
2014 Ribbit Marcella Alih suara (versi Bahasa Inggeris)
2021 J2: J Retribusi Amy
2023 Didi & Friends The Movie Kapten Lee Suara
Pulau Kat
2024 Harimau Malaya: The Untold Story Inaya

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Keluarga Adam TV2 Drama pertama
2008 Kasut Tumit Tinggi Astro Prima
2015 Keluarga Pontimau Sabrina TV3
2016 Oh My English!: After School Amelia
2018 Jangan Benci Cintaku Damia TV3
Pengantin 100 Hari Erina
2019 Cinta Non Grata Darlina
Voice Note Mira
Hilang Kasih di Sarajevo Emina Mediacorp Suria
2020 Rindu Yang Terindah Airis Warda TV3
Pengantin Satu Malam Zulaikha Nasreen
2021 Romantika 4 Hari 3 Malam Lana Analia
Cik Ayu Mee Sanggul Cik Ayu Astro Ria
Kisah Cinta Kita Natasha / Aleesa TV3
2023 One Million Dollar Voice Zara Astro Ria
2024 I.D. Anggun Zahara Astro Premier

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Anak Mat Salleh Tapi Melayu Mary TV3
2018 Renjana Nora ntv7
DM Hati Awak Izza
30 Hari Membunuh Cinta Rara Astro Citra
Nadi Luna Fira TV3
2022 Bourgainvillea Nina TV2

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Sugar Pals Gloria/Bernice TV2 Siri animasi; pelakon suara
2009 The English Room Pengacara Astro TVIQ
2010 The English Room: Let's Talk!
2013 SPM English Literature Component Astro Tutor TV SPM
2015 MYEG Daily/SuperSport Daily/Dashing Daily Astro Supersport
2015–2016 GO TRAVEL GOASEAN
2016 B Healthy Astro Bella
Origanimals Zoe Zebra ZooMoo Siri animasi; pelakon suara
2019 Dewi Remaja Pengacara Astro Ria
2020 Kelas #DudukRumah Astro Tutor TV
Ohsem!!! Awesome TV
2022 Roller Kata (Musim 2)
2022–kini Gempak Most Wanted Astro Ria bersama Sean Lee, Isha Norsham & Daniel Cheang
2023 Gempak Most Wanted Awards 2022 bersama Sean Lee, Radin Amir Affendy & Elly Mazlein
Sepahtu Reunion Al-Puasa Sally Astro Warna Episod: "Di Mana Jodohku"
TikTok Awards Malaysia 2023 Pengacara TV3 bersama Izzue Islam & Sherry Alhadad
2024 Gempak Most Wanted Awards 2023 Astro Ria bersama Sean Lee, Sherry Alhadad & Zizan Razak

Siniar

Tahun Tajuk
2022–kini Studio Sembang

Videografi

Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2020 "Khayalan Dalam Rindu" Sam Suhaid
2022 "Sama Seperti Dulu" Hael Husaini
2023 "Kau Aku Satu" Alif Satar & The Locos

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan Ruj.
2016 Anugerah Stail EH! ke-5 Selebriti Harapan Tercalon [19]
2017 Anugerah Stail EH! ke-6 Selebriti Wanita Paling Seksi Tercalon
2019 Face of Malaysia Awards Celebrity Star of the Year Menang [20]
Anugerah Model Asia ke-14 Anugerah Bintang Model – Malaysia Menang [21]
Anugerah Instafamous ke-2 Anugerah Instafamous Bergaya Menang [22]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Artis Baharu Wanita Popular Jangan Benci Cintaku Tercalon [23][24]

Rujukan

  1. ^ Fatin Farhana Ariffin (31 Julai 2021). "Amelia belum fikir soal jodoh". Berita Harian. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  2. ^ a b c d e f Kak Hazel (27 Mac 2012). "Amelia Serba Boleh". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 April 2015. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ Dzireena Mahadzir (22 November 2009). "Mind your English". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-03. Dicapai pada 27 Mac 2012.
  4. ^ Ain Mahthir (3 Januari 2023). "Amelia Henderson Cerita Mengenai 'Studio Sembang', Idam Nak Jemput Neelofa, DSV Sebagai Tetamu". Syor. Dicapai pada 28 April 2023.
  5. ^ Wafa Awla (30 Disember 2022). ""Saya Wujudkan Podcast Ini Sebab…" Banyak Komen Positif, Studio Sembang Menang Favourite Independent Podcast!". Getaran. Dicapai pada 28 April 2023.
  6. ^ Mohd Haikal Isa (20 Februari 2023). "Podcast buka aib orang? Ini jawapan padu Amelia Henderson". Kosmo!. Dicapai pada 28 April 2023.
  7. ^ Marcus Lee (2 Mac 2023). "We Spoke to Amelia Henderson About Didi & Friends the Movie and Her Role As Captain Zee" (dalam bahasa Inggeris). Rojak Daily. Dicapai pada 26 April 2023.
  8. ^ "Amelia Henderson menyanyi, rap dalam "Didi & Friends The Movie"". Miss Mynah. 17 Februari 2023. Dicapai pada 26 April 2023.
  9. ^ Yeoh, Angelin (1 September 2016). "Amelia Henderson is a real life warrior princess". TheMalayMailOnline. Dicapai pada 23 November 2016.
  10. ^ Chu, Mei Mei (14 June 2019). "Klang-born model Amelia Henderson turns racist comments into opportunity to preach love". The Star. Dicapai pada 12 December 2019.
  11. ^ "Do You Still Remember This Girl? You Will Be Amazed To See How She Looks Like Now!!!". The Coverage. 31 October 2016. Dicapai pada 12 December 2019.
  12. ^ Fuad, Farhana (25 Ogos 2015). "Amelia Henderson Sudah Berkahwin". EH!. Dicapai pada 12 Mei 2016.
  13. ^ Mawar, Raja (26 Ogos 2018). "Memang kami sudah berpisah". Berita Harian. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  14. ^ Ridzuan Abdul Rahman (24 Jun 2022). "'Amelia Henderson, Idris Khan mengarut, tak profesional!' - A Aida [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 11 April 2023.
  15. ^ Farizan Zainal (26 Jun 2022). "Amelia Henderson Nafi Langgar Kontrak Drama A. Aida". Rotikaya. Dicapai pada 11 April 2023.
  16. ^ "[VIDEO] Amelia Henderson nafi langgar kontrak drama A. Aida, skrip dan watak berbeza punca tarik diri". mStar Online. 26 Jun 2022. Dicapai pada 11 April 2023.
  17. ^ Faris Fuad; Affan Rostam (7 April 2023). "Amelia Henderson diarah bayar lebih RM200,000 kepada A Aida". Berita Harian. Dicapai pada 11 April 2023.
  18. ^ Suwarni Mokhtar (8 April 2023). "Langgar kontrak: Amelia Henderson diperintah bayar lebih RM200,000". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 April 2023.
  19. ^ "ANUGERAH STAIL EH! 2016". EH!. 31 March 2016.
  20. ^ Thomas Tan (21 Mei 2019). "Lee Xuan wins Face of Asia-Pacific 2019". cj.my. Dicapai pada 12 Disember 2019.
  21. ^ Annie May (10 Jun 2019). "Malaysian Model Amelia Henderson Wins Award In South Korea". hype.my. Dicapai pada 12 Jun 2019.
  22. ^ "Senarai Penerima Anugerah Instafamous 2019 Dibawakan Oleh Hurr.tv". mahagosip.com. Dicapai pada 12 Disember 2019.
  23. ^ Farihad Shalla Mahmud (August 16, 2019). "Bintang baharu, lama hangatkan saingan Top 5 ABPBH 32". Berita Harian.
  24. ^ Zul Husni Abdul Hamid (September 22, 2019). "Mira Filzah Bintang Paling Popular ABPBH 32". Berita Harian.

Pautan luar