America Georgina Ferrera iaitu seorang pelakon wanita kelahiran Amerika Syarikat (AS) dilahirkan pada 18 April 1984. Beliau mula dikenali menerusi filem Real Women Have Curves dan The Sisterhood of the Traveling Pants. Namun nasib lebih menyebelahi beliau apabila berpeluang memegang watak sebagai Betty Suarez menerusi drama komedi terbitan ABC, Ugly Betty.

America Ferrera
America Ferrera di Anugerah Spirit.
Kelahiran
America Georgine Ferrera

(1984-04-18) 18 April 1984 (umur 39)

Latar Belakang sunting

Ferrera merupakan anak bongsu daripada enam orang adik-beradik dan dilahirkan di Los Angeles, California. Bakat lakonannya mula diasah sedari lapan tahun lagi menerusi teater masyarakat dan sekolah. Beliau merupakan graduan dari El Camino Real High School, Woodland Hills dan University of Southern California dalam jurusan Teater & Hubungan Antarabangsa. Pada 2002, filem sulungnya The Sisterhood of the Traveling Pants dilancarkan. Hanya pada 2005 beliau dianugerahkan 2005 Movieline Breakthrough Award dan Disember 2005 menyaksikan beliau terlibat dalam Dog Sees God: Confessions of a Teenage Blockhead yang diarahkan oleh Trip Cullman. Pada 2006, beliau ditawarkan berlakon sebagai watak utama di dalam drama komedi Ugly Betty yang diadaptasikan menerusi telenovela Latin, Yo Soy Betty La Fea. Beliau memegang watak sebagai Betty Suarez yang mana merupakan seorang gadis biasa yang tidak mempunyai tubuh yang ramping, wajah yang jelita sebagaimana peragawati-peragawati dan kakitangan tempatnya bekerja. Menerusi drama komedi inilah beliau dinobatkan sebagai Best Performance by an Actress in a Television Series - Comedy or Musical menerusi 2007 Golden Globe Award dengan menundukkan pesaing-pesaing hebat terutama para pelakon Desperate Housewives. Pada 28 Januari 2007 sekali lagi lakonan beliau menerusi Ugly Betty mendapat pengiktirafan apabila Screen Actors Guild Award meletakkan Ferrera sebagai Best Female Actor in a Comedy Series. Beliau kini sedang berpacaran bersama Ryan Peirs Williams dan terdapat khabar angin mengatakan mereka telah bertunang tetapi pantas dinafikan oleh Ferrera.

Lakonan sunting

Filem sunting

Televisyen sunting

Penerbit - filemografi sunting

Anugerah & Pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2007 Golden Globe Awards Best Performance by an Actress in a Television Series - Comedy or Musical Menang
2007 Satellite Awards Best Actress in a Series - Comedy or Musical Pencalonan sahaja
2007 Screen Actors Guild Awards Outstanding Performance by a Female Actor in a Television Comedy Series Menang
2007 Screen Actors Guild Awards Outstanding Performance by an Ensemble in a Comedy Series Pencalonan sahaja
2007 NAACP Image Awards Outstanding Actress in a Comedy Series Pencalonan sahaja