Ampang, Kuala Lumpur

Koordinat: 3°9′38″N 101°44′9″E / 3.16056°N 101.73583°E / 3.16056; 101.73583

Untuk Ampang, Selangor sila lihat: Ampang, Bagi penjelasan tentang Ampang, sila lihat juga: Ampang (nyahkekaburan).

Ampang adalah merupakan sub-bandar di Kuala Lumpur (KL) yang terletak di bawah Parlimen Titiwangsa. Selain di Kuala Lumpur, terdapat juga bandar Ampang yang terletak di negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Ampang, Selangor terletak hanya bersempadan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang disebelah timurnya. Ampang, Kuala Lumpur juga mendapat nama dari aktiviti perlombongan bijih timah yang meninggalkan banyak kesan lombong sama seperti di Ampang, Selangor. Ampang, Kuala Lumpur boleh dikenal pasti dengan mudah dimana ia terletak di sepanjang Jalan Ampang dan Ampang Hilir yang terletak dibawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ampang, Kuala Lumpur
امڤڠ، كوالا لومڤور
Pemandangan dari Jalan Ampang, dengan Menara Berkembar Petronas disebelah kiri.
Pemandangan dari Jalan Ampang, dengan Menara Berkembar Petronas disebelah kiri.
NegaraMalaysia
NegeriWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
ConstituencyTitiwangsa
Pentadbiran
 • Pihak Berkuasa TempatanDewan Bandaraya Kuala Lumpur
 • Datuk BandarAhmad Fuad Ismail
Zon waktuUTC+8 (MST)
Postcode
68xxx
Kod telefon+60 3
PolisDang Wangi
BombaPudu

Sejarah sunting

Asalnya Ampang, Kuala Lumpur berada sekali dibawah naungan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan sebelum dijadikan sebahagian dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974. Sejarah Ampang, Kuala Lumpur sendiri sebenarnya sangat berkait rapat dengan Sejarah Kuala Lumpur. Pada tahun 1857, Raja Abdullah, wakil Sultan Selangor, pada mulanya telah membuka Lembah Kelang untuk tujuan perlombongan dan pengeksportan Bijih timah[1]. Maka atas prospektor tersebut, seramai 87 orang Cina telah menyusuri Sungai Klang dan mula membuka prospektor di kawasan Ampang yang sebelumnya dipenuhi paya dan hutan belantara. Malangnya 69 orang dari mereka telah meninggal dunia akibat taraf kesihatan dan suasana yang tidak sesuai bagi mereka. Lama-kelamaan lebih banyak buruh cina baru diambil untuk menjalankan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bijih timah semakin menjadi-jadi dan dari situ Kuala Lumpur semakin bertambah besar dan maju. Kuala Lumpur dahulunya adalah ibu negeri Selangor pada tahun 1880 dan menjadi ibu negara bagi Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Seni bina sunting

 
Bangunan sebelum perang dekat Jalan Ampang. Hanya satu dari bangunan di gambar yang masih mengekalkan tetingkap yang asli.

Terdapat banyak banguna sebelum zaman perang di sepanjang Jalan Ampang. Dewan Perhimpunan The Eng Choon dekat Jalan Ampang adalah contoh bangunan yang dibina pada tahun 1930. Struktur dalaman dibina semula untuk menyokong ketinggian bangunan dari dalam. Eu Tong Sen, seorang ahli perniagaan terkemuka pada awal 1900, telah membina villa pada tahun 1935 di Jalan Ampang[2]. Tempat yang sama iaitu di villa itu telah digunakan oleh Kerajaan British untuk dijadikan tempat latihan ketenteraan. Kemudian dalam tempoh yang lama, bangunan villa tersebut telah diubahsuai dan dibuka semula sebagai Galeri Kesenian Negara pada 27 Ogos 1958[3][4] dan lama-kelamaan tempat tersebut telah ditukar menjadi Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Ampang yang bersebelahan dengan Restoran Saloma Bistro[5]. Eu Tong Sen juga sendiri memiliki lombong bijih timahnya sendiri di Ampang dimana lobong bijih timahnya adalah lombong pertama ketika era itu yang menggunakan generator elektrik pada tahun 1914[6].

Pada Mac 1896, Kelab Lumba Kuda Selangor (The Selangor Turf Club) yang menjalankan acara lumba kuda pernah menjadi tempat paling popular dikunjungi di Ampang sehingga ia dihancurkan pada 1 Mac 1997 untuk memberi laluan kepada projek pembinaan Menara Berkembar Petronas[7][8].

Rujukan sunting

  1. ^ Ho Kay Tat (October 27, 1986), "Not enough visitors to the Gedung", New Straits Times Malaysia, m/s. 5
  2. ^ John Kam (July 31, 1980), "What a magnificent heritage", New Straits Times Malaysia, m/s. 16
  3. ^ Lam Seng Fatt (July 7, 1985), "Art's big brother", Sundate, New Sunday Times Malaysia, m/s. 1
  4. ^ "MaTiC History". Malaysia Tourism Centre. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-05-11. Dicapai pada 2009-06-23.
  5. ^ Ooi Kok Chuen (December 11, 1994), "Documenting the works of artists", New Sunday Times Malaysia, m/s. 14–15
  6. ^ D. Devika Bai (September 4, 1995), "Where the Old World still beckons", New Straits Times, m/s. 1
  7. ^ "Historic turf club reduced to rubble", New Straits Times Malaysia, m/s. City Extra, March 1, 1993
  8. ^ Annie Frieda Cruez (August 26, 1992), "Celebrating with a tinge of sadness", New Straits Times Malaysia, m/s. 6