Amr Ibn Ubayd ibn Bāb (meninggal dunia 761) adalah salah seorang pemimpin utama aliran teologi rasionalis Muktazilah yang diasaskan oleh Wasil ibn Ata. Seorang dari pelajar kepada Hasan al-Basri, beliau memimpin gerakan Muktazilah pada zaman awal khalifah Abbasiyah[1].

Kehidupan sunting

Datuk beliau ditangkap semasa orang Islam menawan Kabul di bawah Abd Allah ibn Samora pada tahun 663 dan sekali lagi pada tahun 665. Bapa Amr pula didakwa adalah sarjan di bawah al-Hallaj, dan berkemungkinan besar Amr mula kenal dengan Wasil ibn Ata kerana ini. Hubungan akrab mereka terbukti apabila Wasil mengahwini adik beradik perempuan Amr. Walau pun pada mulanya mereka tidak bersefahaman, Wasil berjaya menyakinkan doktrin Muktazilah kepada Amr setelah satu perdebatan panjang. Amr merupakan salah seorang anak murid yang rapat kepada Hasan al-Basri.

Pemimpin gerakan Muktazilah sunting

Amr memainkan peranan penting dalam gerakan Muktazilah setelah kematian Wasil pada tahun 749. Sikap Amr kepada pemerintahan Abbasiyah yang pada masa itu menghadapi cabaran politik dari keturunan Saidina Ali di Iraq adalah neutral, walau pun kebanyakan golongan Muktazilah bersimpati dengan penyokong gerakan Ali (Alid). Mereka bukan percaya gerakan itu sebagai al-Mahdi tetapi lebih kerana tidak puas hati dengan pemerintah Abbasiyah. Amr meninggal dunia sebelum tercetusnya pemberontakan[2].

Nota sunting

Prosa mengandungi pemetikan khusus dalam teks sumber yang dapat dilihat melalui mod sunting.

  1. ^ John Esposito, The Oxford Dictionary of Islam, Oxford University Press 2003
  2. ^ Van Ess, L'Histoire de la Mu'tazila lue en arriére, ch. 5, Revnue d'Etudes Islamiques 47, 1979