Anak Halal

Filem Malaysia 2007 arahan Osman Ali

Anak Halal merupakan sebuah filem aksi ngeri Malaysia 2007 yang dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin dan Fasha Sandha diarahkan oleh Osman Ali. Filem ini merupakan filem kedua arahan beliau dan mendapat pujian berbanding filem pertamanya dahulu.[1]

Anak Halal
PengarahOsman Ali
PenulisOsman Ali
Lakon layarOsman Ali
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 13 Disember 2007 (2007-12-13) (Malaysia)
Masa tayangan
119 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Plot penceritaan bermula apabila seorang penjenayah, Hisyam (Rosyam Nor) sedang diburu polis atas kesalahan jenayahnya. Dalam kekalutan untuk menyelamatkan diri dan nyawa anaknya, beliau terlihat akan seorang perempuan sakit jiwa bernama Mariam (Mislina Mustaffa) tinggal di lorong tersebut lalu menyerahkan bayinya kepada perempuan itu. Hisyam akhirnya diberkas polis selepas berlaku kejadian tembak-menembak. Mariam akhirnya membesarkan anak tersebut dan memberikan nama Inderaputera. Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna (Maya Karin) (Jo) seorang gadis ‘tomboy’ yang dalam diam menyukai Putera. Namun, kebahagiaan Putera bersama ibunya berakhir apabila mereka dipisahkan oleh pihak berkuasa.

Putera kemudiannya dibesarkan oleh Bu Leha (Kartina Aziz) yang membawa Putera dan Jo berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan hidup mereka akan menjadi lebih baik. Putera dan Jo membesar sebagai remaja jalanan. Putera bekerja di bengkel kereta. Manakala, Jo dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit demi sesuap nasi.

Manakala, Erzan (Ady Putra) dan Milya (Raja Farah) pula adalah antara sahabat rapat Putera dan Jo. Mereka menyara hidup dengan menjaja burger. Bersama Danial (Bront Palarae) dan Shah (Remy Ishak), mereka melalui perit getir dalam kehidupan di kota metropolitan ini.

Plot penceritaan mula berkembang apabila kehadiran Amira Atikah (Fasha Sandha), seorang remaja yang mempunyai masalah denga najis dadah, hadir dalam hidup mereka. Kehadiran beliau memberi satu warna baru buat Putera, yang mula ingin mengenali apa erti cinta. Keadaan semakin kusut apabila Erzan terpaksa menanggung beban hutang keluarganya dari Tajul (Zul Huzaimy). Beliau sering diganggu oleh pembantu Tajul iaitu Jeff (Fauzi Nawawi) dan Lut (Fizz Fairuz). Tindakan Erzan yang terpaksa mengedar dadah untuk melunaskan hutang keluarganya dengan Tajul. Ini membuatkan Putera berasa marah dengan tindakan Erzan. Situasi menjadi cemas apabila Tajul mendapat tahu akan barang yang diambil oleh Ijam (Jehan Miskin) untuk diedar telah diambilnya. Tajul memburu Ijam dan Erzan dan membunuh Ijam atas kesalahan beliau. Tajul meminta Erzan memberikan semua dadah yang ada padanya.

Pada hari dimana Erzan ingin memmulangkan dadah yang ada padanya, beliau telah ditembak mati oleh Jeff dan Lut. Putera bersama Shah mengejar mereka tetapi tidak berjaya apabila mereka mempunyai senjata api. Langkah drastik diambil oleh Putera setelah kematian Amira Atikah akibat najis dadah. Beliau membuat keputusan untuk memburu Tajul dan rakan atas kematian orang yang Putera sanyangi. Hasilnya, Jeff telah mati ditikam dan Putera menyerang mereka sehingga ke tempat tinggal Tajul. Hisyam yang telah bebas dari penjara dan masih meneruskan kegiatan gelapnya, menyuruh Tajul menghabiskan apa yang telah beliau mulakan. Tajul berjaya menangkap Putera tetapi mati ditembak Johanna. Selepas mencari petualang yang menyebabkan hidupnya huru-hara, beliau akhirnya terjumpa dengan ayahnya, Hisyam dan ibu angkatnya, Mariam. Pertemuan itu akhirnya membawa tragedi apabila Putera tertembak bapanya sendiri. Mereka melarikan diri setelah Lut membawa lebih ramai orang untuk memburu Putera dengan rakan-rakan. Putera, Mariam dan rakan-rakannya melarikan diri dan akhirnya mereka diberkas polis.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon tambahan sunting

Penerbitan sunting

Babak dipotong sunting

Pada Jun 2021, Fauzi Nawawi mendedahkan adanya penggambaran suatu babak melibatkan dirinya (Jeff) merogol Milya, tetapi dipotong dalam hasil penerbitan akhir atas permintaan ibu bapa Raja Farah yang memegang watak tersebut dalam Rumah No. 107, sebuah rancangan televisyen di Astro Warna. Namun begitu, pendedahan itu serta gaya pendedahannya mengundang kontroversi beberapa bulan kemudian pada Oktober sehingga Fauzi Nawawi, Shuk Sahar dan pihak penerbitan kemudian memohon maaf.[2]

Sambutan sunting

Keseluruhan sunting

Keseluruhan filem ini boleh dikatakan menarik. Osman Ali berjaya menarik perhatian penonton dengan memaparkan kehidupan anak-anak jalanan yang membesar di lorong-lorong dengan begitu baik sekali. Dari segi lakonan, pujian harus diberikan kepada Maya Karin, yang berjaya merubah personaliti beliau untuk menjiwai watak Johanna. Lakonan Fauzi Nawawi boleh diberi pujian atas keberkesanan membawa watak jahat yang gila-gila, bersama Fizz Fairuz. Zul Huzaimy Marzuki berjaya membawa watak ketua orang jahat. Walaupun sedikit pergerakan dan kurang penampilan watak dalam filem ini. Kita boleh merasa kejahatan yang dibawa oleh watak beliau.[3][4]

Kutipan sunting

Filem ini mendapat kutipan yang memberangsangkan daripada penonton. Penonton berasa terhibur dengan persembahan mereka.

Anugerah dan pencalonan sunting

  • 21st Malaysian Film Festival, Best Actress - Maya Karin
  • 21st Malaysian Film Festival, Best Original Story - Osman Ali

Rujukan sunting

  1. ^ Wanda Idris (17 Julai 2006). Anak Halal papar gejala sosial masyarakat Diarkibkan 2018-06-21 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Mac 2014.
  2. ^ Karim, Hayati (20 Oktober 2021). "Saya jahil – Fauzi Nawawi mohon maaf isu adegan rogol Raja Farah". Kosmo!. Dicapai pada 20 Oktober 2021.
  3. ^ http://www.cinema.com.my/news/features.aspx?search=2008.halal_nomination_2810
  4. ^ Siti Azira Abdul Aziz (11 Disember 2007). Watak antagonis lebih menonjol dalam "Anak Halal" Diarkibkan 2017-03-19 di Wayback Machine mSTAR Online. Dicapai pada 18 Mac 2014.

Pautan luar sunting