Anak Mami The Movie

Anak Mami The Movie ialah sebuah filem komedi keluarga Malaysia 2002 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Filem ini juga merupakan sekuel kepada filem Anak Mami Kembali.

Anak Mami The Movie
PengarahProf Madya A. Razak Mohaideen
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
Dibintangi
Disunting olehMariam Ibrahim
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 21 Februari 2002 (2002-02-21) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 2.94 juta

Plot sunting

Mengisahkan Aniq yang tinggal di Pulau Pinang. Dia mempunyai kakak-Aisya, dan adik-Sabrina. Aniq berkenalan dengan Amelia tetapi mereka mempunyai masalah untuk memberitahu keluarga kerana sikap keluarga yang mengaturkan perkahwinan anak-anak. Kedua-dua mereka yang menuntut di universiti berpakat kononnya universiti mengadakan program keluarga angkat. Amelia tinggal sebagai anak angkat di rumah keluarga Aniq, manakala Aniq pula ke rumah keluarga Amelia untuk memikat bakal mertua masing-masing. Pada masa yang sama, Mami Jarum ingin mengahwinkan anaknya Mehran dengan Aniq. Sebaliknya, Mehran pula menyintai Saiful.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon undangan sunting

Pembikinan sunting

Filem ini berdasarkan telefilem dan drama bersiri Anak Mami, Menantu Mami dan Cucu Mami yang ketiga-tiganya diarahkan oleh Professor Madya dan disiarkan di TV3. Sambutan hebat diterima oleh drama-drama itu dengan purata bilangan penonton sebanyak tiga juta orang bagi setiap drama. Selepas enam tahun, skrip filem ini berjaya dihasilkan. [1]

Sambutan sunting

FIlem ini dikeluarkan pada 21 Februari 2002. Selepas seminggu ditayangkan, filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM 1.4 Juta.[2] Filem ini menamatkan tayangan dengan kutipan sebanyak RM 2.94 juta.

Rujukan sunting

  1. ^ Musthafa, Saharudin (24 Jun 2001). "Pembikinan Anak Mami meriah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 4 Julai 2016.
  2. ^ "Anak Mami kutip RM1.4 juta seminggu tayangan". Utusan Malaysia. 1 Mac 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-20. Dicapai pada 4 Julai 2016.

Pautan luar sunting