Andrés Manuel López Obrador

Andrés Manuel López Obrador (lahir 13 November 1953) - juga dipanggil dengan gelaran AMLO[2][3] - merupakan seorang ahli politik dari Mexico. Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai seorang ahli dalam Parti Revolusi Institusi cawangan Tabasco pada tahun 1976 sehingga beliau menjadi ketua di cawangan negeri tersebut. Beliau beralih menyertai Parti Revolusi Demokratik pada tahun 1989 serta menjadi calon parti tersebut untuk jawatan gabenor negeri Tabasco. Beliau menjadi ketua parti tersebut dari tahun 1996 sehinnga 1999, dan beliau dijadikan ketua Pemerintah Bandar Raya Mexico pada tahun 2000.

Andrés Manuel López Obrador
Presiden Mexico ke-58
Memegang jawatan
1 Disember 2018
Presiden Gerakan Pembaharuan Negara
Dalam jawatan
20 November 2015 – 12 Disember 2017
Didahului olehMartí Batres
Digantikan olehYeidckol Polevnsky Gurwitz
Ketua Pemerintah Bandar Raya Mexico Ke-3
Dalam jawatan
5 Disember 2000 – 29 Julai 2005
Didahului olehRosario Robles
Digantikan olehAlejandro Encinas Rodríguez (Pemangku)
Ketua Parti Revolusi Demokratik
Dalam jawatan
2 Ogos 1996 – 10 April 1999
Didahului olehPorfirio Muñoz Ledo
Digantikan olehPablo Gómez Álvarez
Butiran peribadi
Lahir (1953-11-13) 13 November 1953 (umur 70)[1]
Tepetitán, Macuspana, Tabasco, Mexico
Parti politikGerakan Pembaharuan Negara (2012–kini)
Sekutu gabungan
politik lain
(1976-1989)
Parti Revolusi Demokratik (1989–2012)
PasanganRocío Beltrán Medina (k. 1979; m. 2003)
Beatriz Gutiérrez Müller (k. 2006)
Anak-anak4
Ibu bapaAndrés López Ramón
Manuela Obrador González
KediamanBandar Raya Mexico
Laman web rasmi
Andrés Manuel López Obrador
Latar belakang akademik
Pusat pendidikanUniversiti Autonomi Negara Mexico
Gelaran tesisProceso de formación del estado nacional en México 1821-1867
Tahun tesis1987
Karya akademik
DisiplinSains politik dan pentadbiran awam

López Obrador meninggalkan partai tersebut pada tahun 2012 dan kemudiannya membentuk serta mengepalai Gerakan Pembaharuan Negara (Movimiento Regeneración Nacional, MORENA) sehingga tahun 2018. Beliau mempunyai reputasi politik yang sangat tinggi dalam jawatannya selama lebih dua dekad.[4]

Beliau merupakan calon utama pakatan Juntos Haremos Historia gabungan MORENA, Parti Buruh dan Partido Encuentro Social untuk pilihan raya presiden Mexico pada tahun 2018. Beliau memenangi pilihanraya tersebut dengan jumlah undian sebanyak 53.19%, dan beliau dijangka mengambil alih jawatan Presiden Enrique Peña Nieto pada 1 Disember 2018.

Rujukan sunting

  1. ^ "Semblanza". Lopezobrador.org.mx. Diarkibkan daripada yang asal pada November 29, 2016. Dicapai pada Disember 10, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Las 6 promesas económicas de AMLO". CNNExpansión. November 5, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada April 6, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Grayson, George W. "López Obrador Continues His Presidential Crusade in Chiapas" (PDF). CSIS Hemisphere Focus. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada Mei 17, 2013. Dicapai pada November 15, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Mexico's populist would-be president". The Economist (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 April 2018. A figure of national consequence for more than 20 years...

Pautan luar sunting