Andreas Köpke (IPA (Jerman) anˈdʁeːas ˈkœpkə), lahir pada 12 Mac 1962 di Kiel, Jerman Barat, kini Jerman adalah jurulatih penjaga gol bagi pasukan bola sepak kebangsaan Jerman yang telah memenangi Piala Dunia FIFA 2014. Beliau juga adalah merupakan bekas penjaga gol pasukan bolasepak kebangsaan Jerman[1] yang mewakili pasukan bola sepak kebangsaan Jerman yang memenangi Piala Dunia FIFA 1990 sebagai penjaga gol ketiga dan merupakan sebahagian daripada ahli pasukan bola sepak kebangsaan Jerman di Piala Dunia FIFA 1994 sebagai penjaga gol kedua dan sebagai penjaga gol utama pasukan bola sepak kebangsaan Jerman di Piala Dunia FIFA 1998. Walaupun beliau tidak terpilih sebagai penjaga gol utama pada Piala Dunia FIFA 1994, dengan Bodo Illgner dipilih sebagai penjaga gol utama pasukan, kejayaan beliau telah diperolehi selepas itu.

Andreas Köpke
Köpke pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1962-03-12) 12 Mac 1962 (umur 62)
Tempat lahir Kiel
Jerman Barat
Ketinggian 1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
Posisi permainan Penjaga Gol
Kerjaya remaja
1967–1979 Holstein Kiel
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1979–1983 Holstein Kiel 72 (0)
1983–1984 SC Charlottenburg 38 (0)
1984–1986 Hertha BSC Berlin 71 (0)
1986–1994 1. FC Nürnberg 235 (2)
1994–1996 Eintracht Frankfurt 66 (0)
1996–1999 Marseille 64 (0)
1999–2001 1. FC Nürnberg 74 (0)
Jumlah 620 (2)
Pasukan kebangsaan
1987–1988 Olimpik Jerman Barat 8 (0)
1990–1998 Jerman 59 (0)
Pasukan diurus
2004– Jerman (Jurulatih Penjaga Gol)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Beliau telah terpilih sebagai pemain bolasepak terbaik Jerman pada tahun 1993. Kejayaan terbesar beliau adalah memenangi UEFA Euro 1996 dengan memainkan peranan utama dalam pasukan apabila menyelamatkan sepakan penalti, Gareth Southgate semasa perlawanan separuh akhir menentang pasukan bola sepak England dan pasukan beliau mara ke perlawanan akhir menentang pasukan bola sepak kebangsaan Republik Czech.

Selepas kejayaan tersebut, beliau telah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Dunia oleh IFFHS pada tahun 1996. Beliau juga telah memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik Eropah pada tahun yang sama.

Pada Piala Dunia FIFA 1998, beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjadi penjaga gol utama bagi pasukan bola sepak kebangsaan Jerman. Pasukan beliau hanya berjaya mara hingga ke peringkat suku akhir selepas tewas kepada pasukan bola sepak kebangsaan Croatia, 0-3. Beliau telah menyatakan hasrat untuk bersara selepas kejohanan tersebut.

Rujukan sunting

  1. ^ Köpke, Andreas, kicker.de, dicapai pada 7 Ogos 2011