Andrew Peter Allen (lahir 30 April 1988) ialah seorang chef Australia, terkenal kerana memenangi musim keempat MasterChef Australia pada tahun 2012.[1] Sebelum memenangi MasterChef, Allen ialah seorang juruelektrik. Dia kini menjadi juri Masterchef, mulai tahun 2020.

Andy Allen
Kelahiran
Andrew Peter Allen

(1988-04-30) 30 April 1988 (umur 35)
WarganegaraAustralia
PendidikanMaitland Grossmann High School
PekerjaanTukang masak televisyen
PendahuluKate Bracks
PenggantiEmma Dean
AnugerahPemenang, MasterChef Australia
Laman web rasmiAndy Allen

MasterChef Australia sunting

Allen bertanding dalam MasterChef Australia musim keempat. Setelah berjaya ke peringkat akhir, Allen mengalahkan rakan finalis Audra Morrice dan Julia Taylor dalam pertandingan tiga hala. Menentang Taylor secara terus dalam dua pusingan terakhir, Allen kemudiannya menang dengan skor 76 berbanding 68.

Dia kembali pada musim kesebelas sebagai Chef Rahsia profesional, dan kalah dengan Sandeep Pandit dengan skor sempurna, 30, dalam Cabaran Pin Kebal. Markahnya dirahsiakan, tetapi dinyatakan dalam Facebook bahawa markahnya hanya 24.[2]

Pada bulan Oktober 2019, beliau diumumkan sebagai salah satu dari tiga juri MasterChef baru yang akan menggantikan George Calombaris, Gary Mehigan dan Matt Preston.[3] Beliau menjadi bekas peserta dan pemenang ketiga di seluruh dunia untuk menjadi juri tetap, setelah bekas pemenang MasterChef USA Christine Ha menjadi juri tetap untuk MasterChef Vietnam. Yang kedua ialah Claudia Sandoval yang menjadi juri untuk MasterChef Latino.

Allen telah mengejar kerjaya dalam industri keraian dan telah membuka sebuah restoran, Three Blue Ducks, Rosebery. Restoran ini terletak di Rosebery, Sydney kira-kira 6 kilometer dari Sydney CBD. Beliau juga penerima anugerah One Hat Chef.

Rujukan sunting

  1. ^ Byrnes, Holly (26 July 2012). "Andy Allen is 2012 MasterChef winner". news.com.au. Dicapai pada 26 July 2012.
  2. ^ Andy Allen's score (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2019-09-19
  3. ^ "MasterChef Australia: New judges announced". news.com.au. 10 October 2019. Dicapai pada 10 October 2019.
Didahului oleh
Kate Bracks
Pemenang
MasterChef Australia

2012
Diikuti oleh:
Emma Dean