Anggur

buah, guna Q191019 untuk genus, guna Q30046 untuk spesies

Anggur ([ang.gur], Jawi: اڠݢور), jabik (Jawi: جبيق‎) atau jabit (Jawi: جبيتKel., nama saintifik: Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae[1] yang ditanam untuk mendapatkan buah gugusannya yang baik dimakan segar ataupun diproses membuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya.[1] Penanaman anggur banyak di negara beriklim subtropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman.

Anggur
Jabik / Jabit
Buah anggur
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Vitis

Spesies

Vitis acerifolia
Vitis aestivalis
Vitis amurensis
Vitis arizonica
Vitis x bourquina
Vitis californica
Vitis x champinii
Vitis cinerea
Vitis x doaniana
Vitis girdiana
Vitis labrusca
Vitis x labruscana
Vitis lincecumii
Vitis monticola
Vitis mustangensis
Vitis x novae-angliae
Vitis palmata
Vitis riparia
Vitis rotundifolia
Vitis rupestris
Vitis shuttleworthii
Vitis tiliifolia
Vitis vinifera
Vitis vulpina

Daun anggur itu sendiri boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangan dolma. Pokok anggur seringkali digunakan sebagai pokok makanan untuk sesetengah larva dari order Lepidoptera. Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.

Peristilahan sunting

Perkataan anggur menyerap dari kata Parsi: انگور, rumi: angur;[2] jabik dan jabit pula lebih didapati dalam dialek Kelantan meminjam kata Arab: زَبِيب zabīb yang asalnya menungkapkan barangan kismis[3][4] dikeringkan sebelum beralih ertinya.

Sejarah sunting

Kawasan Timur Tengah diketahui sebagai tempat bermulanya penanaman dan pemilihan baka anggur seawal 6,000–8,000 tahun dahulu.[2][5] Penanaman buah anggur dalam kalangan tamadun-tamadun awal manusia sering berkait rapat dengan pembuatan arak wain, seperti yang didapati dalam tapak-tapak peninggalan sezaman kira-kira 8,000 tahun dahulu di Georgia rantau Kaukasus[6][7][8] serta tersebar amalan dan pengusahaan ini ke tamadun-tamadun Yunani Purba, Phoenicia dan Rom Purba.[9] Kilang wain yang tertua dijumpai di Armenia sekitar 4000 SM.

Botani dan orfologi sunting

Anggur ialah tanaman saka menjalar yang menghasilkan buah berbentuk bulat. Buahnya adalah jenis klimakterik.

Sebanyak 15 hingga 300 biji buah dapat dihasilkan dalam segugus anggur. Buah gugusan ini boleh datang dalam pelbagai warna termasuk rona-rona merah, ungu, biru sampai ke kuning dan hijau; anggur hijau terutamanya wujud hasil mutasi gen yang merencatkan pengeluaran antosianin yang lazim pada anggur berwarna ungu.[10]

Varieti sunting

Terdapat empat varieti anggur yang sesuai di tanam di Malaysia iaitu varieti IAC, Black Queen, Black Opal dan New White Malaga. Varieti IAC mempunyai buah berwarna hijau yang matang dalam tempoh 8-12 bulan. Varieti Black Queen mempunyai buah berwarna kehitaman yang matang dalam masa 9-12 bulan sementera Varieti Black Opal mempnyai buah berwarna hitam kebiruan yang matang selama 10-12 bulan. Manakala varieti New white Malaga matang dalam tempoh 10-12 bulan dan buahnya berwarna hijau.

Khasiat anggur sunting

  • Kandungan vitamin C yang tinggi.
  • Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
  • Mempunyal kalori yang rendah.
  • Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
  • Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.

Penanaman sunting

 
Segugus anggur tumbuh segar

Anggur merupakan salah satu tanaman yang hidup pada daerah dataran rendah.[1] Anggur sesuai ditanam di atas tanah liat berpasir dengan pH antara pH 5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran air yang baik.Tidak seperti kebanyakan tanaman lainnya, tanaman anggur justeru membutuhkan musim kemarau panjang berkisar 4-7 bulan agar dapat tumbuh dengan baik dan keterdedahan sinaran cahaya matahari yang cukup tinggi.[1] Julat suhu yang optimum untuk pertumbuhan anggur antara 31 oC yang paling tinggi dan 23 oC yang paling rendah dengan kelembapan udara kira-kira antara 75-80%.[1]

Curah hujan yang diperlukan untuk tanaman ini hanya 800 mm per tahun;[1] oleh kerana itu, penyiraman yang berlebihan dapat mengganggu proses pembuahannya.[1] Keadaan ini dapat dikawal dalam penanaman anggur kawasan tropika seperti Malaysia dan Indonesia sesuai dengan menggunakan struktur kalis hujan; namun ada juga kawasan sekitar rantau ini yang mengizinkan terutamanya Kedah dan Perlis di Semenanjung Tanah Melayu tanpa perlu sebarang perlindungan.

Kawasan perlu disediakan dengan mengemburkan tanah dan bubuh baja organik secukupnya. Bagi kawasan rendah disyorkan buat batas tanaman bagi mngelakan pokok terendam dan akan mati. Benih anggur boleh didapati daripada tut dan keratan. Benih dalam polibeg berumur 3 bulan boleh ditanam. Jarak penanaman disyorkan bagi anggur adalah 1.5 meter x 3 meter. Berikan baja asas sebanyak 4 kg baja organik (tahi ayam diproses) dan CIRP sebanyak 120 gram. Penanaman angur di kawasan tropika terutama di kawasan yang banyak hujan melebihi 800 mm setahun dan boleh ditanam tanpa kalis hujan di belah Utara.

Tanaman anggur perlu dicantas untuk pembentukan dahan sehingga 1.8 meter tinggi dan pembesaran batang utama. Kayu sokong diperlukan bagi mampastikan batang utama tumbuh menegak. Pokok anggur juga perlu dicantas bagi pengeluaran dahan dan pemangkasan untuk mengalakkan bunga dan buah. Bagi pemangkasan pengeluaran dahan potong 2-3 dahan sekunder sepanjang 1 meter sehinga 4 cabang. Cantasan pembungaan dan pembuahan dibuat dengan membuang semua daun anggur sehingga habis serta buang dahan yang masih hijau (Lihat foto sebelah). Tinggalkan dahan yang berwarna coklat.

Para untuk tanaman anggur perlu dibuat supaya pokok anggur dapat menjalar dan memudahkan pengeluaran hasil. Ketinggian para bergantung kepada kesesuaian antara 5-6 kaki bagi memudahkan kerja pengurusan. Pembajaan dijalankan dengan baja NPK 15:15:15 sebanyak 20 gram/pokok/bulan dan 20 gm urea pada bulan ke 3 hingga ke 6. Pada bulan ke 7-9 diberikan NPK 12:12:17:2 kepada 100 gm/pk/bulan dan bulan ke 10-15 sebanyak 150 gm/pk/bulan. Pokok anggur yang berumur lebih 16 bulan dibaja NPK 12:12:17:2 sebanyak 300 gm/pk/bulan. Penyemburan baja daun atau baja foliar (seperti Grofas) yang dicampur racun kulat dan racun serangga membantu pembesaran dan pembentukkan buah anggur.

Penyakit dan perosak sunting

Anggur mudah diserang penyakit seperti antraknos (Collectroticum spp) yang menyerang pucuk dan buah dikawal menggunakan racun yang sesuai. Penyakit lain ialah karat yang menyerang daun dan buah. Penyakit kulapuk berdebu antara penyakit merbahaya jika tidak dikawal akan menyebabkan pokok layu atau mati. Kawalan racun kulat terkawal dapat atasi masalah serangan penyakit.

Penuaian sunting

Tempoh pokok anggur matang bergantung kepada varieti serta pengurusan kebun. Biasanya buah boleh dituan 120 - 140 hari selepas pemangkasan pembuahan. Bagi klon IAC sebanyak 8 - 11 kg sepokok semusim walaupun potensinya mencapai 22 kg/pokok/musim. Kos penanaman anggur sebanyak RM 182,000 sehektar (antara tanaman yang kos pembangunannya tinggi). Dengan anggaran harga ladang anggur sebanyak RM 6.00 sekilogram dijangka pulangan akan dapat balik selepas 10 tahun.

Industri penghasilan sunting

Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur serata Asia Tenggara

Di Malaysia

Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi sejak dimulakan sekitar tahun 1980-an.[perlu rujukan] Negeri Perlis adalah antara negeri yang maju dalam penanaman anggur kerana iklim setempat musim kemarau 3-4 bulan untuk menggalakkan pokok anggur berbunga dan berbuah semula jadi.

Penanaman anggur di Malaysia perlukan guna hormon asid giberelik sebanyak 1 ppm (1 g + 1,000 liter air) yang disembur hari ke 7 selepas pemangkasan buah. Ini adalah untuk menggalak pengeluaran bunga dan buah. Sembur pada waktu pagi sebelum jam 9.00 pagi atau petang selepas jam 5.00 petang kerana keberkesanan GA kurang bila kena panas (cepat kering). Keperluan pengairan tanaman anggur penting sekitar 8-11 liter sepokok sehari. Berhentikan pengairan 1-2 bulan sebelum buah anggur masak untuk tambah kemanisan buah anggur.

Spesis anggur sunting

Terdapat banyak jenis anggur, antaranya:

Cara pembuahan sunting

setelah 6 hingga 9 bulan setelah di tanam,pokok anggur harus digondolkan dengan membuang semua daun untuk meniru keadaan musim luruh.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g K. Prihatman (2000). Budidaya Pertanian: Anggur. Sistem Informasi Manajemen Pembangunan di Pedesaan, BAPPENAS. m/s. 1–3.
  2. ^ a b Bazin, M.; X., de Planhol,; Hanaway, W. L. (Jr.) (1985). "ANGŪR". Encyclopaedia Iranica. m/s. 70-74. Dicapai pada 6 April 2021. According to A. de Candolle (L’Origine des plantes cultivées, Paris, 5th ed., 1912, p. 152) the grape-vine is at home in the region south of the Caucasus, from the Black Sea to the Caspian region of Iran, where “it has the shape of a strong liana climbing over high trees and producing abundant fruit without any pruning or cultivation.” His statement is still generally accepted, since the greatest diversity in varieties can be observed there.CS1 maint: extra punctuation (link)
  3. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 171. ISBN 967-65-7321-3.
  4. ^ Ghaleb, Edouar (1988). الموسوعة في علوم الطبيعة (dalam bahasa Arab, Latin, dan Perancis). 2. Beirut: Darul Masyriq. m/s. 700. ISBN 2-7214-2148-4. OCLC 44585590.
  5. ^ This, Patrice; Lacombe, Thierry; Thomash, Mark R. (2006). "Historical Origins and Genetic Diversity of Wine Grapes" (PDF). Trends in Genetics. 22 (9): 511–519. doi:10.1016/j.tig.2006.07.008. PMID 16872714. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 Oktober 2013.
  6. ^ McGovern, Patrick E. (2003). Ancient Wine: The Search for the Origins of Viniculture (PDF). Princeton University Press. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 Oktober 2013.
  7. ^ McGovern, P. E. "Georgia: Homeland of Winemaking and Viticulture". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mei 2013.
  8. ^ Keys, David (28 Disember 2003). "Now that's what you call a real vintage: professor unearths 8,000-year-old wine". archaeology.ws. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2013.
  9. ^ "Grape". Better Health Channel Victoria. Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2018. Dicapai pada 8 Julai 2017.
  10. ^ Walker, A. R.; Lee, E.; Bogs, J.; McDavid, D. A. J.; Thomas, M. R.; Robinson, S. P. (2007). "White grapes arose through the mutation of two similar and adjacent regulatory genes". The Plant Journal. 49 (5): 772–785. doi:10.1111/j.1365-313X.2006.02997.x. PMID 17316172.

Pautan luar sunting