Angkatan Tentera British

Angkatan Tentera British (bahasa Inggeris: British Armed Force),[nb 1] juga dikenali sebagai Angkatan Tentera Kebawah Duli Yang Maha Mulia (bahasa Inggeris: Her/His Majesty's Armed Forces), merupakan angkatan tentera bagi United Kingdom, ia mengandungi tiga cabang perkhidmatan profesional: Tentera Laut Diraja dan Kor Marin Diraja yang membentuk Perkhidmatan Laut, Tentera Darat British dan Tentera Udara Diraja.

Angkatan Tentera British
British Armed Force

Cabang khidmat Panji Tentera Laut UK Tentera Laut Diraja
Lambang Komando Marin Kor Marin Diraja
Bendera Tentera Darat UK Tentera Darat British
Bendera Tentera Udara UK Tentera Udara Diraja
Ibu pejabat Kementerian Pertahanan, London
Kepimpinan
Pemerintah Tertinggi Seri Paduka Baginda Raja Charles III
Setiausaha Pertahanan Yang Berhormat Ben Wallace
Ketua Turus Pertahanan Laksamana Sir Tony Radakin
Sedia berkhidmat
dalam tentera
14,607,724 lelaki, usia 15–49,
14,028,738 wanita, usia 15–49
Sesuai untuk
berkhidmat
12,046,268 lelaki, usia 15–49,
11,555,893 wanita, usia 15–49
Kakitangan aktif 191,900 (Okt 2008) (Kedudukan ke-26)
Kakitangan simpanan 191,300 simpanan biasa (April 2005)
42,300 simpanan sukarelawan (April 2005)
Perbelanjaan
Bajet TF 2008-09 - tempat ke-2 / ke-3
GBP £37.3 bilion [1]
Peratusan KDNK 2.5% (2008)

Selaku Raja dan Ketua Negara, Raja Charles III adalah Ketua Angkatan Tentera dan Pemerintah Tertinggi, kepadanya anggota-anggota tentera mengangkat sumpah taat setia. Di bawah undang-undang perlembagaan British, angkatan tentera berada di bawah Raja. Namun di bawah Akta 1689 tiada askar tetap yang boleh diselenggara sewaktu masa aman tanpa keizinan Parlimen; Parlimen memberikan keizinan ini setiap lima tahun dengan mengeluarkan satu Akta Angkatan Tentera. Angkatan tentera ditadbir oleh Majlis Pertahanan dalam Kementerian Pertahanan, yang dipimpin oleh Setiausaha Negara bagi Pertahanan.

Angkatan Tentera British ditugaskan dengan melindungi United Kingdom, jajahan-jajahan takluknya, serta menggalakkan kepentingan sekuriti Britain dengan lebih luas, dan membantu usaha-usaha pengaman antarabangsa. Mereka aktif dan merupakan peserta tetap dalam NATO dan operasi perikatan yang lain. Britain juga adalah anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Operasi terbaru perangnya di Afghanistan dan Iraq, campur tangan tahun 2000 di Sierra Leone, tugas-tugas pengaman di Balkan dan Cyprus, dan penglibatan PBB dalam campur tangan tentera di Libya 2011. Garison dan kemudahan luar negeri dikekalkan di Pulau Ascension, Belize, Brunei, Kanada, Diego Garcia, Kepulauan Falkland, Jerman, Gibraltar, Kenya, Qatar dan Pangkalan Tentera Berdaulat (Cyprus).

United Kingdom menguji senjata nuklear pertamanya di bawah Operasi Hurricane pada tahun 1952, menjadi negara ketiga yang mencapai status kuasa nuklear. Sehingga tahun 2012, Britain kekal salah sebuah dari lima kuasa nuklear yang diiktiraf, dengan jumlah 225 kepala peledak nuklear. Dari jumlah itu, tidak lebih 160 buah dikerahkan dan aktif. Sistem pencegahan nuklearnya berpusat pada peluru berpandu Trident diatas kapal selam peluru berpandu balistik yang berkuasa nuklear.

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Juga dirujuk sebagai Angkatan Tentera United Kingdom (bahasa Inggeris: Armed Forces of the United Kingdom).

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  Angkatan Tentera British
  Tentera Darat British  Tentera Laut Diraja  Tentera Udara Diraja