Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat di Timur Jauh

Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat di Timur Jauh (USAFFE) (Filipino: Hukbong Katihan ng Estados Unidos sa Malayong Silangan/HKEUMS) adalah sebuah formasi Tentera Darat Amerika Syarikat yang aktif dari tahun 1941 hingga 1946. Markas pemerintahan telah diwujudkan pada 26 Julai 1941, di No. 1, Calle Victoria, Manila, Luzon, Filipina, dengan Jeneral Douglas MacArthur sebagai Panglima. Ketua Staf adalah Brigedier Jeneral Richard K. Sutherland dan Timbalan Ketua Staf adalah Leftenan Kolonel Richard J. Marshall. Teras pemerintahan ini (termasuk MacArthur, Marshall, dan Sutherland) telah ditarik daripada Pejabat Penasihat Ketenteraan kepada Kerajaan Komanwel.

Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat di
Timur Jauh (USAFFE)
Hukbong Katihan ng Estados Unidos sa Malayong Silangan (HKEUMS)
Lt. Jen. Douglas MacArthur memimpin majlis rasmi untuk menempatkan Kor Udara Tentera Darat Filipina ke dalam Angkatan Tentera Darat AS Timur Jauh di Camp Murphy, Rizal pada 15 Ogos 1941. Belakang MacArthur, dari kiri ke kanan, ialah: Lt. Kol. Richard K. Sutherland, Kol. Harold H. George, Lt. Kol William F. Marquat, dan Mej. LeGrande A. Diller.
Aktif26 Julai 1941 – 30 Jun 1946
Negara Amerika Syarikat
CawanganTentera Darat Tetap
Sebahagian daripadaJabatan Perang Amerika Syarikat
Komander
Komander
terkenal
Jeneral Douglas MacArthur

Penubuhan pemerintahan ini membawa kepada subordinasi markas Jabatan Filipina Tentera Darat A.S., sebagai markas perkhidmatan, sejak perancangan dan kawalan taktikal sekarang dibawah penguasaan USAFFE. MacArthur menerangkan, "Ia menjadi pasukan pentadbiran yang serupa dengan kawasan kor".[1] MacArthur mengesyorkan agar komander Jabatan Filipina Mejar Jeneral Grunert ditukarkan, kerana tugasnya tidak lagi diperlukan. Pada 23 Oktober, Grunert pulang ke Amerika Syarikat dan MacArthur dilantik sementara sebagai komander Jabatan Filipina.

Sejarah sunting

Pada Januari 1941, pegawai perisikan (G-2) dari Jabatan Filipina telah mencadangkan, kepada orang atasannya di Washington, D.C., bahawa sebuah markas besar Amerika di Timur Jauh diwujudkan, dengan komander Jabatan Filipina sebagai panglima tugasan bagi pemerintahan yang dinyatakan. Idea ini dianggap tidak serius sehinggalah Douglas MacArthur mencadangkan, kepada Ketua Turus Tentera Darat, bahawa pemerintahan seperti itu diwujudkan dengan MacArthur sebagai Panglima Timur Jauh.

Pada 6 Jun, Pemangku Ketua Bahagian Rancangan Perang Brigedier Jeneral Leonard T. Gerow menyatakan bahawa beliau melihat tiada keperluan untuk pemerintahan seperti itu, kerana Angkatan AS di Timur Jauh tertumpu di Filipina. Oleh itu, Gerow berhujah jika ada "krisis" berlaku, maka MacArthur harus menjadi komander, bukan pemerintahan baru, tetapi, Jabatan Filipina sendiri.

 
Pengawal Filipina yang dilatih di Fort William McKinley dengan menggunakan meriam anti kereta kebal 37 mm (M3).

Pada 20 Jun, Ketua Turus George C. Marshall memberitahu MacArthur, "Kedua-dua Setiausaha Perang (Stimson) dan saya sangat perihatin terhadap keadaan di Timur Jauh. Kelayakan anda dan pengalaman menjadikan anda pemilihan logik sebagai Panglima Tentera Darat di Timur Jauh sekiranya situasi menjadi krisis. Setiausaha telah menangguhkan pelantikan anda kerana beliau tidak fikir masa sudah tiba untuk bertindak sedemikian. Pada masa yang sesuai, beliau akan mengesyorkan kepada Presiden supaya anda dilantik."

 
Disember 1941. Rejimen Ke-26 Kavalri Pengawal Filipina bergerak melewati kereta kebal M3 Stuart, ke Pozorrubio, dalam usaha untuk menghalau tentera Jepun.

Pada 17 Julai, Gerow membuat cadangan berikut:

  • Presiden harus meminta sokongan Amerika Syarikat menyusun seluruh pasukan tentera Komanwel Filipina;
  • Jeneral MacArthur harus dipanggil bertugas semula sebagai Mejar Jeneral dan dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Darat di Timur Jauh;
  • $10,000,000, dari Dana Kecemasan Presiden harus diperuntukkan untuk membayar kos mobilisasi dan latihan Tentera Darat Filipina;
  • Latihan Tentera Darat Filipina di biayai oleh dana eksais gula, atau dari dana lain; dan
  • 425 pegawai simpanan Tentera Darat A.S. dihantar ke Filipina bagi membantu mobilisasi dan latihan.


Pada 25 Julai, Setiausaha Perang Henry L. Stimson memohon Presiden Roosevelt mengeluarkan perintah meminta pasukan tentera Komanwel menjadi perkhidmatan aktif untuk Amerika Syarikat. Stimson menerangkan, "Semua langkah-langkah praktikal harus diambil untuk meningkatkan kekuatan defensif Kepulauan Filipina". Pada hari berikutnya, Roosevelt membekukan semua aset Jepun didalam Amerika Syarikat dan mengeluarkan arahan untuk menyerap kuasa Tentera Darat Filipina. Pada hari yang sama, Jabatan Perang mewujudkan markas USAFFE, dengan bidang kuasa ke atas Jabatan Filipina dan pasukan tentera Komanwel Filipina (terutamanya Tentera Darat Filipina, berserta dua divisyen tetap dan sepuluh divisyen simpanan). Pada masa yang sama, MacArthur telah dipanggil semula aktif bertugas sebagai Panglima USAFFE, dari posisinya selaku penasihat ketenteraan kepada kerajaan Filipina dan Fil Marsyal Tentera Darat Filipina.

Markas Amerika-British-Belanda-Australia (ABDACOM) yang singkat telah dibentuk pada 1 Januari 1942, bagi mengawal semua tentera Bersekutu di Asia Tenggara dan Pasifik Barat Daya. ABDACOM menguasai USAFFE secara nominal, namun ia adalah pasukan bebas secara efektif.

Pada bulan Mac, disebabkan kedudukan Bersekutu yang semakin buruk di Asia dan Pasifik, Roosevelt mengarahkan MacArthur memindahkan pemerintahannya ke Australia. Ucapan terkenal MacArthur mengenai Filipina, dimana beliau berkata, "Saya keluar dari Bataan dan saya akan kembali" telah dibuat di Terowie, Selatan Australia pada 20 Mac. Lt.Jen. Jonathan Wainwright secara rasmi mengambil alih kawalan pasukan yang tinggal di Filipina, sekarang dikenali sebagai Angkatan Amerika Syarikat di Filipina (USFIP) pada 23 Mac.

Pada 18 April 1942, ABDACOM telah digantikan oleh Markas Besar (GHQ), Kawasan Pasifik Barat Daya (SWPA) di Melbourne, termasuk USFIP. MacArthur dilantik Pemerintah Bersekutu Tertinggi, SWPA. USFIP, dengan pengecualian beberapa gerila dan penentang ad hoc, telah menyerahkalah kepada Jepun pada 8 Mei.

MacArthur secara rasmi menubuhkan semula USAFFE di Australia pada Februari 1943, untuk mengambil tanggungjawab semua tugas-tugas pentadbiran staf yang berkaitan dengan unit-unit Tentera Darat A.S. di SWPA, serta kawalan pasukan gerila di Filipina.

Pada 20 Oktober 1944, penawanan semula Filipina bermula apabila Tentera Bersekutu mendarat di Teluk Leyte. Kempen tersebut diisytiharkan selesai pada 4 Julai 1945.

USAFFE secara rasmi dibubarkan dalam misi kemerdekaan Filipina pada 4 Julai 1946.

Senarai tempur sunting

31 Julai 1941 sunting

Jumlah kekuatan—22,532 (1,434 pegawai—21,098 lain-lain pangkat, termasuk 11,937 Pengawal Filipina)

30 November 1941 sunting

Jumlah kekuatan: 31,095 (2,504 pegawai dan 28,591 lain-lain pangkat, termasuk 11,957 Pengawal Filipina)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ HyperWar notes source as 'Extract of rad from CG USAFFE in memo, Jah Gen William Bryden, DCofS for ACofS G-1, 13 Oct 41, OCS 18136-78; see also memo, Bryden for WPD, 7 Oct 41, OCS 18136-71.'

Pautan luar sunting