Koordinat: 13°24′45″N 103°52′0″E / 13.41250°N 103.86667°E / 13.41250; 103.86667

Angkor Wat (Khmer: អង្គរវត្ត, "candi kota") ialah sebuah kuil yang dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke-12. Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Angkor Wat terletak di dataran Angkor di Kemboja yang juga dipenuhi binaan kuil-kuil yang indah-indah, tetapi Angkor Wat merupakan kuil yang paling terkenal di dataran Angkor. Ia merupakan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia dan juga merupakan satu hasil binaan tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu, dengan itu menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam binaan Angkor Wat. Di bawah pemerintahan Jayavarman VII telah terlaksana pembinaan kompleks Angkor Thom dengan temboknya sepanjang 10 batu, Bayon yang mempunyai banyak menara, dan lain-lain kuil yang tidak terkira banyaknya.

Angkor Wat
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Maklumat am
Nama asliអង្គរវត្ត
Sebahagian dari
Angkor, Angkor Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1992 (sesi 19)
Maklumat lokasi
LokasiSiem Reap Province, Kemboja Sunting ini di Wikidata
Koordinat13°24′45″N 103°52′00″E / 13.4125°N 103.8667°E / 13.4125; 103.8667
Angkor Wat is located in Bumi
Angkor Wat
Angkor Wat (Bumi)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sebagaimana dongeng gunung Meru, kawasan kuil Angkor Wat dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia. Jalan masuk utama ke Angkor Wat yang sepanjang setengah kilometer dihiasi susur pemegang tangan dan diapit oleh tasik buatan manusia yang dikenali sebagai Baray. Jalan masuk ke kuil Angkor Wat melalui pintu gerbang, mewakili jambatan pelangi yang menyambungkan antara alam dunia dengan alam dewa-dewa.

Angkor Wat berada dalam keadaan yang baik berbanding dengan kuil lain di dataran Angkor disebabkan Angkor Wat telah ditukar menjadi kuil Buddha dan digunakan secara berterusan apabila kepercayaan Buddha menggantikan kepercayaan Hindu di Angkor pada abad ke 13. Kuil Angkor pernah dijajah oleh Siam pada tahun 1431.

Etimologi sunting

Nama moden kuil ini, Angkor Wat (អង្គរវត្ត) atau Nokor Wat (នគរវត្ត),[1] adalah bermaksud "candi kota" atau "kota candi" dalam bahasa Khmer. Kata "angkor" (អង្គរ) ialah perkataan masyarakat setempat bagi perkataan nokor (នគរ), yang berarti "kota" atau "ibu kota" dalam bahasa Khmer. Kata nokor pula berasal daripada perkataan nagara (Devanagari: नगर) dalam bahasa Sanskrit.[2] Istilah wat (វត្ត), yang bererti "lingkungan kuil" berasal dari perkataan Sanskrit wāṭa (वाट) yang bermaksud "lingkungan".[3]

Nama asal candi ini ialah Preah Pisnulōk (Sanskrit: वरविष्णुलोक, Warawiṣṇuloka) atau Barom Pisnulōk (បរមវិស្ណុលោក; Sanskrit: परमविष्णुलोक, Paramawiṣṇuloka) yang bererti "kayangan Vishnu".

Rujukan sunting

  1. ^ Kamus bahasa Khmer, bersumber dari kamus bahasa Khmer dari institut agama Buddha Kemboja, hlm. 1424, terbit 2007
  2. ^ Chuon Nath Khmer Dictionary (1966, Buddhist Institute, Phnom Penh)
  3. ^ Cambodian-English Dictionary by Robert K. Headley, Kylin Chhor, Lam Kheng Lim, Lim Hak Kheang, and Chen Chun (1977, Catholic University Press)

Pautan luar sunting