Animax merupakan saluran anime yang Terkenal di Asia. Saluran ini dimiliki oleh Sony Corporation yang ditubuhkan pada 2005 Ibu pejabatnya terletak di Minato, Tokyo, Jepun. Antara pemegang sahamnya adalah Sony Pictures Entertainment, Sunrise Inc., Toei Animation Inc., TMS Entertainment Inc. dan Nihon Ad Systems Inc. Saluran ini dapat ditonton di Jepun, Taiwan, Korea Selatan, Asia Selatan, Asia Tenggara dan Amerika Latin.

Animax
アニマックス
Jenis/bentuk sahPenyiaran televisyen satelit anime
IndustriPenerbitan dan penyiaran anime
Ditubuhkan20 Mei 1998; 25 tahun yang lalu[1]
Ibu pejabatJepun Minato, Tokyo, Japan [1]
Tokoh pentingMasao Takiyama, Presiden & Pengarah Perwakilan [1]
PemilikTelevisa
Syarikat indukSony Corporation
Tapak webLaman rasmi Animax
Facebook: animaxjapan Twitter: animax_japan Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Saluran ini memulakan siarannya di Jepun melalui rangkaian televisyen satelit Jepun, SKY PerfecTV!. Kemudian pada 1 Januari 2004, ia mula ditayangkan di Taiwan seterusnya di Hong Kong pada 12 Januari 2004. Pada 5 Julai 2004, ia telah menemui penonton di Asia Selatan seterusnya ke Korea Selatan pada 29 April 2006. Pada 31 Ogos 2006, Animax melancarkan di Malaysia, dalam suapan bahasa Inggeris Asia Tenggara dan juga dalam suapan audio Jepun dengan sari kata dalam bahasa tempatan. Sebelum ini, rancangan Animax terpilih telah ditunjukkan di Astro @15 (dahulunya saluran 15, kini saluran 715), saluran interaktif. Pada 31 Ogos 2006, rangkaian televisyen satelit berbayar dari Malaysia, Astro telah memasukkan saluran Animax ke dalam saluran 75, yang kemudiannya diubah kepada saluran 25 dan kini berada di saluran Astro 715 (SD) . Pada 15 Disember 2004, Animax bersiaran dari pukul 7 pagi hingga 11 pagi, kemudian dipendekkan kepada 2 jam (sehingga 9 pagi). Animax dilancarkan dari Astro pada saluran 715 (SD) di Malaysia dan Brunei (Kristal-Astro) pada 31 Ogos 2006 di Malaysia dan Brunei. Pada 1 April 2020, nombor saluran Animax di pindahkan ke saluran 719 (SD). Pada 27 Ogos 2020, Animax kini dalam definisi tinggi (HD) dengan sarikata Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina juga di On Demand dan Astro Go.

Saluran ini tidak lagi bersiaran di Unifi TV, sehingga 1 Oktober 2021, saluran ini kembali di Unifi TV di saluran 472.

Animax ditamatkan pada 1 Januari 2022 di platform Astro kerana ulang rancangan sama di saluran itu.

Animax menayangkan animasi-animasi seperti Dragon Ball dan lain-lain lagi. Saluran Animax boleh ditontoni oleh semua lapisan masyarakat. Selain itu, rancangan seperti Animax Musix boleh menceriakan anda sekeluarga.

Perubahan nombor di Astro Malaysia sunting

Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Animax:

  • Pada tanggal 31 Ogos 2006, Animax dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 75.
  • Pada 23 Disember 2006, Animax telah dinomborkan semula dari saluran 75 ke saluran 25.
  • Pada tanggal 1 Oktober 2007, Animax akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 715.
  • Pada 1 April 2020, Animax telah dinomborkan semula dari saluran 715 ke saluran 719.
  • Pada tanggal 27 Ogos 2020, Animax bertukar nombor saluran ke 719 untuk HD (dahulunya saluran Animax Saluran 719 untuk SD).
  • Pada tanggal 1 Januari 2022, Animax telah rasmi ditamatkan siaran.

Anime yang pernah disiarkan di Animax Asia sunting

Rujukan: Siaran terkini di Animx Asia

Masih bersiaran sunting

Akan datang sunting

Filem yang pernah disiarkan sunting

Rujukan sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting