Anjing Kanaan

baka anjing dari Timur Tengah

Anjing Kanaan[a] ialah baka anjing paria tertua[3] yang masih wujud dan banyak di serata Timur Tengah.[1][2] Palestin,[4] Jordan, Lubnan, dan Semenanjung Sinai, dan anjing ini, atau anjing hampir serupa, juga ditemukan di Syria[5][6] sejak lebih daripada 9,000 tahun lalu.[3] Ia merupakan anjing kebangsaan Israel.[7] Setakat tahun 2012, terdapat antara 2,000 dengan 3,000 ekor anjing Kanaan di seluruh dunia.[8]

Anjing Kanaan
Negara asalTimur Tengah[1][2]
Trait
Berat Jantan 18–25 kg (40–55 lb)
Tinggi Jantan 50–60 cm (20–24 in)
Betina 45–50 cm (18–20 in)
Bulu Lapis bulu luar pendek hingga sederhana panjang. Padat, kasar, dan lurus.
Warna Warna gurun: paling tipikal pasir, emas, merah, atau krim. Merah-perang, putih, hitam, atau bertompok diterima.
Anjing (Canis lupus familiaris)

Nama sunting

Anjing Kanaan juga dikenali sebagai kelef k'naani,[9] anjing Kanaan Israel,[10] anjing gembala Badwi,[11][12][13] dan anjing paria Palestin.[11][12][13] Piawaian baka dihasilkan oleh profesor Israel Rudolphina Menzel pada tahun 1966.[14]

Sejarah sunting

 
Anjing Kanaan

Sejak zaman-berzaman, orang Badwi telah menggunakan anjing ini untuk menjaga kawanan dan kem mereka.[5] Pada masa Diaspora, Bani Israel dihalau secara paksa dari tanah mereka dan, menurut tradisi, terpaksa meninggalkan anjing mereka yang kembali ke alam liar.[5]

Pengorekan di Israel mendedahkan perkuburan anjing Ashkelon, perkuburan haiwan terbesar yang diketahui di dunia purba, yang mengandungi 700 rangka anjing, kesemuanya serupa dari segi anatomi dengan anjing Kanaan zaman moden. Perkuburan ini bertarikh kembali ke zaman pendudukan oleh Empayar Parsi dan para ahli arkeologi berhipotesis bahawa anjing-anjing ini dihormati sebagai haiwan suci.[11]

Dr. Rudolphina Menzel (1891–1973) menggunakan anjing pebangkai cerdas ini yang terutamanya ditemukan di gurun sebagai anjing penjaga. Pada tahun 1930-an, Menzel diminta oleh Haganah agar membangunkan pertubuhan anjing khidmat. Beliau menangkap sekumpulan individu separa liar terpilih, menjinakkan, melatih, dan membiakbakakan anjing-anjing ini. Menzel menemukan bahawa anjing-anjing ini sangat mudah beradaptasi, mudah dilatih, dan mudah dibelajinakkan. Beliau mengambil masa enam bulan untuk menangkap anjing pertama, Dugma (Bahasa Ibrani: דוגמא, "Contoh") dan dalam beberapa minggu beliau dapat membawanya ke bandar dan ke dalam bas. Beliau memulakan program pembiakbakaan pada tahun 1934 untuk menyediakan anjing pekerja untuk pihak ketenteraan dan beliau memberikan anak anjing untuk dijadikan anjing peliharaan dan anjing penjaga rumah. Beliau memulakan program pembiakbakaan terpilih untuk menghasilkan baka yang kini dikenali sebagai anjing Kanaan.[perlu rujukan]

 
Anjing Kanaan yang duduk

Pada tahun 1949, Menzel menubuhkan Institut Orientasi dan Mobiliti Orang Buta, dan pada tahun 1953, beliau mula melatih anjing Kanaan sebagai anjing pemandu untuk orang buta. Walaupun beliau dapat melatih beberapa ekor anjing, beliau menemukan bahawa baka ini terlalu berdikari dan terlalu kecil untuk kegunaan anjing pemandu umum, namu sesetengah anjing beliau berjaya digunakan oleh kanak-kanak. Program pembiakbakaan beliau ditumpukan dengan institut, dalam pada sebuah yayasan anjing Kanaan asuhan kenel ditubuhkan dengan nama "B'nei Habitachon". Sebagai tambahan, koleksi terkawal bagi anjing-anjing jenis asli diteruskan, terutamanya daripada orang Badwi di Naqab. Beliau kemudian membekalkan ternakan pembiakbakaan kepada Kenel Sha'ar haGai yang meneruskan pembiakbakaan anjing Kanaan.[perlu rujukan]

Selepas kematian beliau pada tahun 1973, Kenel Sha'ar haGai, yang diuruskan oleh Dvora Ben Shaul dan Myrna Shiboleth, meneruskan program pembiakbakaan menurut arahan beliau.[15]

Pengumpulan anjing Kanaan liar di Israel telah menjadi sangat sukar kerana banyak anjing Kanaan yang tinggal di tanah terbuka di sana dimusnahkan oleh Pemerintah Israel dalam usaha untuk melawan rabies. Ketersebaran populasi manusia ke kawasan yang dahulunya terasing, sekali dengan anjing peliharaan mereka, telah menyebabkan kehilangan habitat semula jadi anjing Kanaan. Malah majoriti anjing Badwi kini, selain yang milik puak yang masih menjalani gaya hidup tradisional dan terasing, kacuk dengan baka lain. Ada kemungkinan bahawa masih ada anjing Kanaan asli dalam kalangan suku-suku Badwi yang masih menjalani kehidupan nomad tradisional di tempat lain, dan mungkin di Mesir.[16] Myrna Shiboleth kerap melawati Naqab untuk mencari spesimen bagus, yang hidup di kem-kem Badwi, yang dapat dibiakbakakan oleh beliau dengan anjing-anjing beliau dan digunakan untuk memperkuat takungan gen.[17]

Penampilan sunting

 
Anjing Kanaan

Anjing Kanaan berpenampilan anjing "jenis liar". Ia merupakan anjing bertubuh segi empat sama bersaiz sederhana dengan kepala berbentuk baji, telinga tegak dan terletak rendah-rendah dengan dasar lebar dan hujung membulat. Lapis bulu luarnya padat, kasar, lurus, dan pendek hingga sederhana panjang. Lapis bulu bawahnya patut rapat dan lebat menurut musim. Warna berbeza-beza daripada hitam kepada krim dan semua cahaya warna antara perang dengan merah, biasanya dengan sedikit tanda putih kecil, atau putih menyeluruh dengan tompok warna. Tompok semua jenis diizinkan, serta topeng putih atau hitam.[18]

Dalam penulisan piawaian rasmi pertama untuk anjing Kanaan, Menzel menulis: "Kepentingan khas mesti diletakkan pada unsur-unsur yang membezakan anjing Kanaan daripada anjing gembala Jerman, yang dengan bentuk baka amat tulennya kadang-kadang ia serupa: anjing Kanaan berbentuk segi empat sama, kawasan loin pendek, sukuan hadapan amat tegak, sukuan belakang kurang bersudut, lehernya mengagumkan sejauh yang mungkin, ekornya melingkar ke belakang apabila teruja, gaya ligasnya pendek (lihat juga perbezaan kepala dan warna)".[19]

Perangai sunting

Anjing Kanaan berwaspada, cepat bertindak balas, dan mencurigai orang asing. Ia amat defensif tetapi tidak agresif.[18]

Kemahiran sunting

Anjing Kanaan dapat bertanding dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing Kanaan yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[20][halaman diperlukan]

Pengiktirafan baka sunting

Anjing Kanaan pertama kali diiktiraf oleh Kelab Kenel Israel pada tahun 1953 dan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) pada tahun 1966. Piawaian pertama yang diterima ditulis oleh Dr. Menzel. Pada tahun 1986, anjing Kanaan pertama dibawa ke Finland dari Kenel Sha'ar haGai, di Israel. Anjing Kanaan kini diiktiraf oleh semua kelab kenel sedunia dan sedang dibiakbakakan di banyak negara. Terdapat kelab baka di Amerika Syarikat,[21] di Kanada, di United Kingdom,[22] di Finland, di Jerman, di Israel,[23] dan di Perancis.[24]

Amerika Syarikat sunting

Pada 7 September 1965, Menzel mengirimkan empat ekor anjing kepada Ursula Berkowitz dari Oxnard, California, yang merupakan anjing-anjing Kanaan pertama di Amerika Syarikat. Canaan Dog Club of America ditubuhkan pada tahun sama[25] dan catatan buku pembaka disimpan daripada laporan-laporan pertama ini. Pada Jun 1989, anjing Kanaan memasuki Kelas Lain-lain American Kennel Club (AKC) dan kemudian menyertai Kumpulan Gembala pada tahun 1997.[25] Profilnya ditingkatkan apabila John F. Kennedy Jr. membeli seekor anjing Kanaan, bernama Friday, pada tahun 1995.[8] Anjing Kanaan didaftarkan dalam Buku Pembaka AKC setakat 1 Jun 1997. Anjing-anjing ini mula bertanding dalam pengakuran pada 12 Ogos 1997. United Kennel Club mengiktiraf anjing Kanaan pada tahun 1992 sebagai sebahagian daripada Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan dan Anjing Paria[26] dan mempunyai Israel Canaan Dog Club of America sebagai kelab induk.[27] Kira-kira 50 ekor anak anjing dilahirkan pada setiap tahun.[28]

Kanada sunting

Anjing Kanaan pertama tiba di Kanada pada 16 Mei 1970. Anjing-anjingnya datang dari sebuah kenel di Delaware. Canadian Canaan Club ditubuhkan pada tahun 1972 dan pegawai eksekutif pertama kelab itu dilantik pada 15 Mac 1973. Kelab itu sejak itu telah dimansuhkan. Anjing Kanaan memperoleh kemasukan ke dalam Kelas Lain-lain Canadian Kennel Club pada 1 Disember 1975. Pada Januari 1993, baka ini diterima dalam Kumpulan Pekerja, kerana Canadian Kennel Club tidak mempunyai Kumpulan Gembala pada masa itu.[29]

United Kingdom sunting

Anjing Kanaan pertama dibawa ke United Kingdom dari Lubnan pada tahun 1965 sebelum ia merupakan baka teriktiraf. Pada Disember 1970, ia diiktiraf oleh The Kennel Club dan baka ini ditempatkan dalam Kumpulan Utiliti. Pada Mei 1992, mesyuarat penubuhan Canaan Dog Club of the United Kingdom berlangsung. Sejak tahun 1996, angka baka ini telah mula meningkat di United Kingdom, namun angkanya masih agak kecil.[30]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ کنعان; Ibrani: כלב כנעני, rumi: kelev k'na'ani; Arab: كلب كنعاني, rumi: kalb kanʕāniyy; Ibrani: Canaan dog

Rujukan sunting

  1. ^ a b Palika, Liz (2007). "PART II: BREED PROFILES". The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties (dalam bahasa Inggeris). Wiley. m/s. 184. ISBN 978-0-470-00921-5.
  2. ^ a b Mier, M.; Shkolnik, A. (1981). "Water economy and thermoregulation of the Slughi, Canaan and Pointer dogs". Israel Journal of Zoology (dalam bahasa Inggeris). Weizmann Science Press of Israel. 30–31: 97.
  3. ^ a b "Oldest-Ever Evidence of Canines Proves Israel's Canaan Dogs Roamed Mideast 9,000 Years Ago" (dalam bahasa Inggeris). 26 November 2017.
  4. ^ "The Canaan dog: an ancient breed of Palestine" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Oktober 2022.
  5. ^ a b c Boyd, Lee (1995). Canaan Dog (dalam bahasa Inggeris). TFH Publications. m/s. 8–9. ISBN 978-0-7938-0800-7.
  6. ^ "CDCA: What is a Canaan Dog?". Canaan Dog Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  7. ^ De Prisco, Andrew; Bovsun, Mara; Woy, Joann (2015). The New Complete Dog Book: Official Breed Standards and All-New Profiles for 200 Breeds (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-21). I-5 Publishing. m/s. 769. ISBN 978-1-62187-091-3.
  8. ^ a b Brulliard, Nicolas (28 Mac 2012). "In Israel, a battle to save the ancient Canaan dog". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  9. ^ "Kelef K'Naani" (dalam bahasa Inggeris). 8 Mei 2016.
  10. ^ "The Israel Canaan Dog". www.icdb.org.il (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  11. ^ a b c Farina, William (2 April 2014). Man Writes Dog: Canine Themes in Literature, Law and Folklore (dalam bahasa Inggeris). McFarland. m/s. 58–59. ISBN 9781476614557.
  12. ^ a b Garfield, Simon (2020). "Ch2-How Dogs Began". Dog's Best Friend:A Brief History of an Unbreakable Bond (dalam bahasa Inggeris). Orion. m/s. 28. ISBN 9781474610766.
  13. ^ a b "Pure-bred Dogs". American Kennel Gazette (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 108: 149. 1991.
  14. ^ "From Rudolphina Menzel to Unit "Oketz" – Dogs on Top". archives.mod.gov.il (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  15. ^ Udasin, Sharon (27 Januari 2016). "Facing eviction, Canaan dog breeder turns to public to recruit relocation funds". The Jerusalem Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  16. ^ "Report on the Canaan Dog by Israel Nature Reserves and National Parks Authority" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2013.
  17. ^ Shiboleth, Myrna. "Dogs of the Desert" (dalam bahasa Inggeris) – melalui tripod.com.
  18. ^ a b {Kutip web|url=https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/273g05-en.pdf%7Ctitle=FCI-Standard N° 273 CANAAN DOG|date=6 Jun 1999|website=Persekutuan Kinologi Antarabangsa|lang=en|trans-title=Piawaian FCI No. 273 Anjing Kanaan|format=pdf|access-date=4 Januari 2024}}
  19. ^ Menzel, R. dan R. "1960 - Israel Kennel Club". British Canaan Dog Society (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Lee Boyd. Wittenberg, Lutherstadt, Jerman: A. Ziemsen Verlag. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2010.CS1 maint: unfit URL (link)
  20. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.
  21. ^ "CDCA: The Canaan Dog Club of America, Inc". Canaan Dog Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  22. ^ "British Canaan Dog Society – Canaan Dogs in the UK". British Canaan Dog Society (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  23. ^ "The Canaan Dog Home Page, ICDCA, updated monthly". Israel Canaan Dog Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  24. ^ "Canaan Club de France (en)". Canaan Club de France (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2020. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  25. ^ a b "CDCA: About Us". Canaan Dog Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  26. ^ "Breed Standards : Canaan Dog | United Kennel Club (UKC)". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  27. ^ "Israel Canaan Dog Club of America". Israel Canaan Dog Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  28. ^ "CDCA: FAQ - Answers to Frequently Asked Questions". Canaan Dog Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  29. ^ "Canaan Dog Breed Standard" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Januari 2004.
  30. ^ "Frequently Asked Questions". British Canaan Dog Society (dalam bahasa Inggeris). 26 Mac 2011. Dicapai pada 4 Januari 2024.

Pautan luar sunting