Anjing Pomerania

baka anjing dari Jerman

Anjing Pomerania, pomerania, atau pomeranian[c] ialah satu baka anjing daripada jenis spits yang dinamai sempena rantau Pomerania di Poland barat laut dan di Jerman timur laut di Eropah Tengah. Sebagai baka yang dikelaskan sebagai baka anjing mainan oleh sebab saiz kecilnya, anjing Pomerania diturunkan daripada anjing jenis spits lebih besar, khususnya spits Jerman.

Anjing Pomerania
Nama lainPomerania
Pomeranian
Spits kerdil[a]
Spits kerdil Jerman
Spits mainan[b]
Spits mainan Jerman
Nama ringkasPom
Pom Dog
Pom-Pom
Zwers
Tumbleweed
Negara asalJerman dan Poland
Trait
Berat 3–7 paun (1.4–3.2 kg)
Tinggi 7–12 inci (18–30 cm)
Jangka hayat 12–14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Baka ini telah dipopularkan oleh sebilangan pemilik diraja sejak abad ke-18. Ratu Victoria memiliki seekor anjing Pomerania yang khususnya kecil dan hasilnya, keragaman lebih kecil menjadi popular secara keseluruhan. Hanya semasa hayat Ratu Victoria, saiz baka ini menurun sebanyak 50%. Setakat tahun 2017, dalam sebutan angka pendaftaran, sekurang-kurangnya sejak tahun 1998, baka ini telah ditempatkan sesama lima puluh baka paling popular di Amerika Syarikat, dan fesyen semasa untuk anjing kecil telah meningkatkan kepopularannya di seluruh dunia.

Penampilan sunting

Anjing Pomerania ialah anjing kecil yang berukuran seberat 1.36–3.17 kg (3.0–7.0 lb) dan berdiri setinggi 8–14 in (20–36 cm) pada paras kelasa.[1] Ia merupakan anjing padat namun tegap dengan lapis bulu bertekstur lebar dengan ekor amat berjumbai yang terletak tinggi-tinggi dan merata.[2] Lapis bulu atasnya membentuk lingkaran bulu di sekeliling leher, yang kerananya baka ini cukup terkenal, dan di ia juga mempunyai jumbai bulu pada sukuan belakang.[3]

Contoh-contoh terawal bagi baka ini berwarna putih atau kadang-kadang perang atau hitam. Ratu Victoria mengadopsi seekor anjing Pomerania merah kecil pada tahun 1888, yang menyebabkan warna itu menjadi trend fesyen menjelang penghujung abad ke-19.[4] Pada zaman moden, anjing Pomerania terdapat dengan pelbagai warna bagi mana-mana baka anjing, termasuk putih, hitam, perang, merah, jingga, krim, biru, sabel, hitam dan sawo matang, perang dan sawo matang, berbintik, brindle, berwarna-warni, merle biru, serta gabungan warna-warna itu.[5] Warna paling umum merupakang jingga, hitam, atau krim/putih.[2]

Anjing Pomerania merle ialah warna terkini yang dikembangkan oleh pembiak baka. Warna ini merupakan gabungan satu warna dasar padu dengan tompok biru/kelabu lebih cerah yang memberikan kesan berbelak. Warna dasar paling biasa untuk kesan ini merupakan merah/perang atau hitam, sungguhpun warnanya juga dapat muncul dengan warna lain. Gabungan seperti merle brindle atau merle hati tidak diterima dalam piawaian baka. Sebagai tambahan, mata, hidung, dan tapaknya berwarna marshmallow, lalu mengubah bahagian mata kepada biru dan warna hidung dan tapak menjadi merah jambu dan hitam berbelak.[perlu rujukan]

Tingkah laku sunting

 
Seekor spaniel mainan, seekor spits kerdil, dan seekor anjing Malta bersebelahan dengan sebuah keranjang (1855) oleh Johann Friedrich Wilhelm Wegener [de]

Anjing Pomerania biasanya ramah, bersemangat, dan suka bermain. Ia dapat menjadi agresif dengan anjing dan manusia lain untuk mencuba untuk membuktikan diri.[perlu rujukan] Anjing Pomerania berwaspada dan menyedari perubahan di persekitarannya dan salakan terhadap rangsangan baharu dapat berkembang menjadi tabiat salakan secara berlebihan dalam sebarang situasi. Ia agak kuat mempertahankan wilayah, lantas mungkin menyalak apabila mendengar bunyi luaran.[6]

Pomeranian adalah cerdas, berespons dengan baik terhadap latihan, dan dapat menjadi sangat berjaya dalam mendapatkan sesuatu yang diinginkan daripada pemiliknya. Ia ekstrovert dan suka menjadi pusat perhatian, namun ia dapat menjadi dominan, degil, dan ketegar jika tidak terlatih dan tersosialiasi. Penggunaan mainan dapat menjadi alat berkesan dalam pelatihan anjing Pomerania untuk meluangkan masa bersendirian.[perlu rujukan]

Kesihatan sunting

Sebuah kajian United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 12.2 tahun untuk anjing Pomerania.[7] Sebuah kajian Jepun tentang data perkuburan haiwan peliharaan pula mendapati jangka hayat sebanyak 14 tahun, yang kurang daripada purata 15.3 tahun untuk baka kacuk yang lebih ringan daripada 10 kg (22 lb).[8]

Anjing Pomerania merupakan salah satu baka dengan purata saiz perinduk terkecil, dengan pelbagai sumber yang memberikan bilangan antara 1.9 dengan 2.7 anak anjing ekor setiap perinduk.[9]

Keadaan dermatologi sunting

Anjing Pomerania cenderung dengan ketara terhadap alopesia X sehingga membentuk 79.3% daripada beban kes klinik rujukan di Jepun dan 26.5% daripada beban kes alopesia endokrin di Amerika Syarikat.[10]

Keadaan rangka sunting

Sebuah kajian di England mendapati bahawa prevalens kehelan tempurung lutut ialah 6.5% pada anjing Pomerania, prevalens tertinggi antara semua baka dalam kajian itu.[11] Sebuah kajian Amerika Syarikat mendapati nisbah kemungkinan sebanyak 18.6 berbanding dengan baka silang. Sebuah lagi kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa anjing Pomerania merangkumi 9.3% daripada beban kes. Di Thailand, prevalensnya didapati setinggi 75% dalam sebuah kajian dan terdapat 28.9% beban kes dalam sebuah lagi kajian.[10]

Keadaan gastrousus sunting

Sebuah kajian di Amerika Syarikat mendapati prevalens sebanyak 0.29% untuk pirau portosistemik kongenital dengan nisbah kemungkinan sebanyak 5.6 berbanding dengan anjing baka kacuk.[12]

Sebuah kajian Jepun mendapati bahawa anjing Pomerania cenderung dengan ketara terhadap mukosele pundi hempedu dengan nisbah kemungkinan sebanyak 7.74 berbanding dengan populasi kes rujukan keseluruhan.[13]

Keadaan neurologi sunting

Dalam kajian-kajian kes bagi subkehelan atlantoaksis, anjing Pomerania didapati merangkumi 10.6% daripada jumlah kes di Jepun, 46.7% di United Kingdom, dan 10.5% dan 6.5% di Amerika Syarikat.[10]

Keadaan lain sunting

Anjing berwarna merle mungkin mengalami kepekakan ringan hingga teruk, kebutaan, peningkatan tekanan intraokular, ametropia, mikroftalmia, dan koloboma. Anjing merle yang dilahirkan daripada induk-induk yang kedua-duanya juga anjing merle mungkin sebagai tambahan mempunyai keabnormalan sistem rangka, sistem jantung, dan sistem pembiakan.[14]

Dalam kajian-kajian kes tentang klinik-klinik rujukan bagi keruntuhan tenggorokan, anjing Pomerania merangkumi 6%, 13.5%, dan 16.7% daripada tiga beban kes rujukan di Amerika Syarikat dan 11.9% daripada beban kes rujukan di Korea Selatan. Dalam sebuah kajian Australia tentang populasi kes rujukan, anjing Pomerania mempunyai prevalens 9.3%.[10]

Satu lagi kecelaruan lazim pada anjing Pomerania jantan ialah kriptorkidisme.[15] Ini adalah apabila salah satu atau kedua-dua buah zakar tidak turun ke dalam skrotum.[15] Ini dirawat melalui pembedahan pembuangan buah zakar tertahan.[15]

Di China, 54.6% daripada jumlah anjing Pomerania yang menghadiri klinik veterinar adalah obes.[10]

Sejarah sunting

Asal usul sunting

 
Seekor anjing Pomerania katik dari tahun 1915

Anjing Pomerania dianggap sebagai keturunan spits Jerman.[16] Baka ini disangkakan telah memperoleh namanya sempena kawasan yang dikenali sebagai Pomerania yang terletak di Poland utara dan di Jerman utara di sepanjang Laut Baltik. Walaupun bukan asal usul baka, kawasan ini disebut sebagai lokasi pembiakbakaan yang membawa kepada jenis asli anjing Pomerania. Pendokumenan yang betul kurang sehingga pengenalan baka ini ke United Kingdom.[16]

 
Potret En. William Hallett dan isteri oleh Thomas Gainsborough, 1785. Lukisan ini menonjolkan jenis lebih besar bagi anjing Pomerania berbanding dengan yang umum kini.

Rujukan tercatat moden awal kepada baka anjing Pomerania adalah dari 2 November 1764, dalam masukan diari dalam Boswell on the Grand Tour: Germany and Switzerland karya Boswell James. "Lelaki Perancis itu mempunyai seekor anjing Pomerania bernama Pomer yang sangat digemari olehnya."[17] Anak-anak kepada seekor anjing Pomerania dan seekor serigala yang dibiakbakakan oleh seorang saudagar haiwan dari London dibincangkan dalam A Tour in Scotland karya Thomas Pennant dari tahun 1769.[18]

Dua orang ahli Keluarga Diraja British mempengaruhi evolusi baka ini. Pada tahun 1767, Ratu Charlotte, raja permaisuri kepada Raja George III dari Great Britain, membawa dua ekor anjing Pomerania ke England.

Dengan nama Phoebe dan Mercury, anjing-anjing itu digambarkan dalam lukisan oleh Sir Thomas Gainsborough. Lukisan-lukisan ini menggambarkan seekor anjing yang lebih besar daripada baka moden, menurut laporan mempunyai berat sebanyak 30–50 lb (14–23 kg), namun menunjukkan trait-trait moden seperti lapis bulu lebat, telinga, dan ekor melingkar ke atas belakang.[16]

Ratu Victoria, cucunda kepada Ratu Charlotte, juga seorang penggemar dan menubuhkan sebuah kenel pembiakbakaan besar. Salah seekor anjing kegemaran baginda ialah anjing Pomerania sabel merah agak kecil yang mungkin dinamai "Windsor's Marco" dan dilaporkan hanya berukuran seberat 12 lb (5.4 kg). Semasa baginda pertama kali mempamerkan Marco pada tahun 1891, ini menyebabkan anjing Pomerania jenis lebih kecil menjadi popular serta-merta dan para pembiak baka mula memilih spesimen-spesimen lebih kecil sahaja untuk dibiakbakakan. Semasa hayat baginda, saiz baka anjing Pomerania dilaporkan telah menurun sebanyak 50%.[16] Ratu Victoria berusaha untuk memperbaik dan mempromosikan baka anjing Pomerania dengan mengimport anjing Pomerania lebih kecil[perlu rujukan] dengan warna berlainan dari pelbagai negara Eropah untuk ditambahkan ke dalam program pembiakbakaan baginda.[perlu rujukan] Pemilik diraja semasa tempoh ini juga termasuk Joséphine de Beauharnais, isteri kepada Napoleon I dari Perancis, dan Raja George IV dari United Kingdom.[perlu rujukan]

Kelab baka pertama didirikan di England pada tahun 1891 dan piawaian baka pertama ditulis tidak lama selepas itu.[19] Ahli pertama baka ini didaftarkan di Amerika Syarikat kepada American Kennel Club pada tahun 1898 dan ia telah diiktiraf pada tahun 1900.[16]

Pada tahun 1912, dua ekor anjing Pomerania merupakan antara hanya tiga anjing yang terselamat daripada kekaraman RMS Titanic. Seekor anjing Pomerania yang dipanggil "Lady", yang dimiliki oleh Margaret Bechstein Hays, melepaskan diri bersama pemiliknya di dalam bot penyelamat nombor tujuh, manakala Elizabeth Barrett Rothschild membawa anjing peliharaannya untuk mendapatkan keselamatan bersamanya di dalam bot penyelamat nombor enam.[20]

Glen Rose Flashaway memenangi Kumpulan Mainan dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pada tahun 1926 sebagai anjing Pomerania pertama yang memenangi kumpulan dalam acara Westminster.[16] Masa berlalu sehingga tahun 1988 untuk anjing Pomerania, "Great Elms Prince Charming II", memenangi hadiah Best in Show daripada Westminster Kennel Club.[21]

Dalam piawaian yang diterbitkan pada tahun 1998, anjing Pomerania disertakan dalam piawaian spits Jerman, bersama-sama dengan anjing Kees, oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[22][23] Menurut piawaian, "baka spits menawan" dan mempunyai "penampilan nakal unik yang menjadi ciri".[22][23]

Kepopularan sunting

Anjing Pomerania telah menjadi antara baka anjing lebih popular di Amerika Syarikat, tersenarai dengan tekal dalam senarai 20 teratas bagi baka anjing American Kennel Club berdaftar sejak sekurang-kurangnya tahun 1998, apabila ia berada di kedudukan #10; baka ini berada di kedudukan #17 dalam ranking tahun 2011, setelah jatuh sebanyak dua tempat dari kedudukan pada tahun sebelumnya.[24] Pada tahun 2012 dan tahun 2013, ia kekal dalam senarai dua puluh teratas dan berada di kedudukan #19.[25] Pada tahun 2015, baka ini jatuh ke kedudukan #21, kemudian jatuh lagi ke kedududkan #22 pada tahun 2016 dan tahun 2017 masing-masing.[26]

Ia tidak tersenarai dalam 20 baka teratas di United Kingdom pada tahun 2007 atau tahun 2008.[27] Di Australia, kepopularannya telah merosot sejak tahun 1986, dengan puncak 1,128 ekor anjing Pomerania yang berdaftar dengan Australian National Kennel Council pada tahun 1987; hanya 577 ekor anjing yang didaftarkan pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, ini merupakan peningkatan dari tahun 2004, apabila hanya 491 ekor anjing didaftarkan.[perlu rujukan]

Ia lebih popular di bandar-bandar Amerika pada tahun 2008, dengan kedudukan kesepuluh bersama (dengan buldog Amerika) di Detroit[28] dan di Orlando,[29] kedudukan kesembilan di Los Angeles,[30] kedudukan ketujuh bersama di Seattle (sekali lagi dengan buldog Amerika),[31] tetapi kedudukan ketiga di Honolulu, hanya dikalahkan oleh anjing pengutip Labrador dan anjing gembala Jerman.[28]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: سڤيت‌س کرديل; Jerman: Zwergspitz; bahasa Inggeris: dwarf spitz
  2. ^ Jawi: سڤيت‌س ماءينن; bahasa Inggeris: toy spitz
  3. ^ Jawi: انجيڠ ڤوميرانيا; ڤوميرانيا; ڤومرينيئن; Jerman: Pommeraner; bahasa Inggeris: Pomeranian dog; pomeranian

Rujukan sunting

  1. ^ Cunliffe, Juliette (1999). The Encyclopedia of Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Parragon. m/s. 262. ISBN 978-0-7525-8018-0.
  2. ^ a b Hale, Rachael (2008). Dogs: 101 Adorable Breeds (dalam bahasa Inggeris). Andrews McMeel. m/s. 197. ISBN 978-0-7407-7342-6.
  3. ^ "Pomeranian History" (dalam bahasa Inggeris). Premier Pomeranians. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  4. ^ "What is a Pomeranian". Web Answers (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  5. ^ Coile, D. Caroline (2007). Pomeranians for Dummies (dalam bahasa Inggeris). For Dummies. m/s. 29. ISBN 978-0-470-10602-0.
  6. ^ "A Pup For Christmas". The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). 25 November 1974. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  7. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan).
  8. ^ INOUE, Mai; KWAN, Nigel C. L.; SUGIURA, Katsuaki (2018). "Estimating the life expectancy of companion dogs in Japan using pet cemetery data". Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 80 (7): 1153–1158. doi:10.1292/jvms.17-0384. ISSN 0916-7250. PMID 29798968.
  9. ^ Borge, Kaja Sverdrup; Tønnessen, Ragnhild; Nødtvedt, Ane; Indrebø, Astrid (Mac 2011). "Litter size at birth in purebred dogs—A retrospective study of 224 breeds". Theriogenology (dalam bahasa Inggeris). 75 (5): 911–919. doi:10.1016/j.theriogenology.2010.10.034. PMID 21196028. Pomeranian and Toy Poodle had the smallest mean litter size in our study [2.4], which is in line with the results of previous studies [7–9,15]. A mean litter size of 2.0 puppies in Pomeranian was reported in the Australian study (n 2) [15]. In studies including only registered puppies, Lyngset et al [7], Tedor [8] and Bergström et al [9] found a mean litter size of 2.04 (n 108), 2.71 (n 33,648) and 1.9 (n 954) puppies in Pomeranian, respectively.
  10. ^ a b c d e Gough, Alex; Thomas, Alison; O'Neill, Dan (23 April 2018). Breed Predispositions to Disease in Dogs and Cats (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: John Wiley & Sons. m/s. 155-156. ISBN 978-1-119-22554-6.
  11. ^ O’Neill, Dan G.; Meeson, Richard L.; Sheridan, Adam; Church, David B.; Brodbelt, Dave C. (2016). "The epidemiology of patellar luxation in dogs attending primary-care veterinary practices in England". Canine Genetics and Epidemiology (dalam bahasa Inggeris). 3 (1). doi:10.1186/s40575-016-0034-0. ISSN 2052-6687. PMC 4898461. PMID 27280025.
  12. ^ Tobias, Karen M.; Rohrbach, Barton W. (1 Disember 2003). "Association of breed with the diagnosis of congenital portosystemic shunts in dogs: 2,400 cases (1980–2002)". Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). 223 (11): 1636–1639. doi:10.2460/javma.2003.223.1636. ISSN 0003-1488. PMID 14664452.
  13. ^ Kutsunai, M.; Kanemoto, H.; Fukushima, K.; Fujino, Y.; Ohno, K.; Tsujimoto, H. (2014). "The association between gall bladder mucoceles and hyperlipidaemia in dogs: A retrospective case control study". The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier BV. 199 (1): 76–79. doi:10.1016/j.tvjl.2013.10.019. ISSN 1090-0233. PMID 24268484.
  14. ^ "Merle Gene" (PDF). GenMark (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 12 Mei 2008. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  15. ^ a b c Ward, Ernest (2009). "Cryptorchidism in Dogs". Shores Animal Clinic (dalam bahasa Inggeris). Lifelearn. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  16. ^ a b c d e f Vanderlip, Sharon (2007). The Pomeranian Handbook (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. m/s. 2–8. ISBN 978-0-7641-3545-3.
  17. ^ Boswell, James (1764). Pottle, Frederick A. (penyunting). Boswell on the Grand Tour: Germany and Switzerland (ed. ke-1). McGraw-Hill. m/s. 165. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  18. ^ Pennant, Thomas (1776). A Tour in Scotland 1769 (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). Benj White. m/s. 159. Dicapai pada 7 Januari 2024. pomeranian.
  19. ^ "Annual Dog Work Is In 37th Year". Sarasota Herald-Tribune (dalam bahasa Inggeris). 20 September 1964. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  20. ^ "Lost and Fond: Fate of the Pets Who Sailed on the Titanic" (dalam bahasa Inggeris). Caittom Publishing. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2012. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  21. ^ "Best in Show Winners" (dalam bahasa Inggeris). Westminster Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2007. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  22. ^ a b "FCI-Standard Nr. 97 DEUTSCHE SPITZE" [Piawaian FCI No. 97 Spits Jerman] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Jerman). 12 November 2019. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  23. ^ a b "FCI-Standard N° 97 DEUTSCHE SPITZE (German Spitz)" [Piawaian FCI No. 97 Spits Jerman] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh C. Seidler dan Gabriele Dulling. 12 November 2019. Dicapai pada 7 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  24. ^ "AKC Dog Registration Statistics" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  25. ^ "AKC Dog Registration Statistics" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  26. ^ "AKC Dog Registration Statistics". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2019. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  27. ^ "Top Twenty Breeds in Registration Order for the Years 2007 and 2008" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Oktober 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  28. ^ a b "Top 10 Most Popular Breeds in the 50 Largest U.S. Cities: Page 2" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  29. ^ "Top 10 Most Popular Breeds in the 50 Largest U.S. Cities: Page 3" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  30. ^ "Top 10 Most Popular Breeds in the 50 Largest U.S. Cities: Page 4" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  31. ^ "Top 10 Most Popular Breeds in the 50 Largest U.S. Cities: Page 5" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting