Anjing Samoyed

baka anjing dari Rusia

Anjing Samoyed atau hanya samoyed[a] ialah satu baka anjing gembala bersaiz sederhana dengan lapis bulu ganda putih tebal. Ia merupakan anjing jenis spits yang mendapat nama daripada orang Samoyedik di Siberia. Sebagai anjing yang diturunkan daripada laika gembala Nenets, ia merupakan haiwan bela jinak yang membantu dalam penggembalaan, perburuan, perlindungan, dan penarikan kereta luncur salji.

Anjing Samoyed
Nama ringkasBjelkier
Negara asalRusia
Trait
Berat Jantan 20–30 kg (44–66 lb)
Betina 16–20 kg (35–44 lb)
Tinggi Jantan 51–56 cm (20–22 in)
Betina 46–51 cm (18–20 in)
Warna Putih
Jangka hayat 12–14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Samoyed paling kerap putih dan dapat mempunyai sentuhan perang pada lapis bulu gandanya yang merupakan penolak kotoran semula jadi. Ia diketahui digunakan dalam ekspedisi di wilayah Artik dan di wilayah Antartika dan mempunyai pembawaan ramah dan menyenangkan.

Zuriat sunting

 
Anjing Samoyed, sekitar tahun 1915

Progenitor bagi anjing Samoyed ialah laika gembala Nenets, iaitu spits gembala rusa kutub yang umumnya digunakan di serata Siberia utara, terutamanya oleh orang Nenets yang dirujuk secara pejoratif sebagai orang Samoyed pada masa itu.[1][2][3] Bukti DNA mengesahkan bahawa anjing Samoyed ialah baka basal yang mendahului kemunculan baka-baka moden pada abad ke-19.[4] Sebuah kajian genomik bagi dua spesimen anjing yang hampir berusia 100 tahun dan diperoleh daripada orang Nenets di Semenanjung Yamal menemukan bahawa spesimen-spesimen ini berkaitan dengan dua spesimen berusia 2,000 tahun dan 850 tahun masing-masing, yang mencadangkan kesinambungan zuriat di rantau ini. Kedua-dua ekor anjing berusia 100 tahun itu berkait rapat dengan baka Samoyed, yang menunjukkan bahawa zuriat Artik purba terus hidup pada anjing Samoyed moden.[5]

 
Nansen Johansen yang berangkat ke Kutub Utara

Semasa persediaan untuk ekspedisi Fram ke Kutub Utara pada tahun 1893–1896, 33 ekor anjing dibeli daripada orang Nenets. Walaupun 28 ekor anjing ini menuju ke Kutub Utara, tiada yang terselamat. Anjing selebihnya, termasuk anak-anak yang lahir semasa perjalanan, ditinggalkan di atas kapal. Pada April 1893, ibu anjing melahirkan lagi satu perinduk, kebanyakannya putih. Menurut catatan Nansen, "...kesemua anjing kuat, tabah, dan cemerlang dalam menarik kereta luncur salji; anjing-anjing ini bekerja dengan sangat baik dalam memburu beruang kutub juga" (terjemahan). Anjing-anjing ini kemudian menjadi anjing Samoyed asli.[2][6]

Penampilan dan ciri sunting

 
Anak anjing Samoyed

Piawaian AKC mensyaratkan ukuran berat 45–65 paun (20–29 kg) dan ukuran tinggi 21–23.5 inci (53–60 cm) pada paras bahu untuk jantan dan ukuran berat 35–50 paun (16–23 kg) dan ukuran tinggi 19–21 inci (48–53 cm) untuk betina.[7] Piawaian The Kennel Club pula mensyaratkan ukuran tinggi 51–56 sentimeter (20–22 in) untuk jantan dan ukuran tinggi 46–51 sentimeter (18–20 in) untuk betina.

Mata anjing Samoyed biasanya hitam atau perang dan berbentuk badam. Anjing Samoyed dengan mata berwarna lain seperti bitu wujud tetapi tidak diizinkan dalam gelanggang pertunjukan. Anjing Samoyed terletak dalam "seksyen perang dan hitam" dalam keluarganya, keluarga spits.

Telinga anjing Samoyed tebal, dilitupi oleh bulu, berbentuk segi tiga, dan tegak. Telinganya hampir sentiasa putih namun mempunyai sentuhan antara perang muda dengan perang tua (dikenali sebagai "biskut"). Sentuhan warna ini biasanya pada telinga tetapi dapat juga terlihat di seluruh tubuh.

 
Seekor anjing Samoyed betina dewasa berusia dua tahun. Baka ini bercirikan wajah berwaspada dan gembira.

Ekor anjing Samoyed merupakan salah satu ciri pembeza bagi baka ini. Seperti malamut Alaska, ekornya terangkat secara melingkar ke belakang; walau bagaimanapun, tidak seperti malamut Alaska, ekor anjing Samoyed biasanya terangkat sampai menyentuh belakang. Ekornya biasanya tidak terangkat dalam lingkaran ketat, atau seperti menyampaikan isyarat; sebaliknya, ekornya biasanya terangkat ke atas paras belakang dan ke salah satu sisi. Dalam cuaca sejuk, anjing Samoyed mungkin tidur dengan ekor yang terletak di atas hidung untuk menambahkan kehangatan. Hampir semua anjing Samoyed melepaskan ekornya secara tergantung apabila bertenang dan senang diri, semasa digosok atau semasa makan, namun mengembalikan ekornya kepada lingkaran apabila lebih berwaspada.

Anjing Samoyed mempunyai lapis bulu ganda padat. Lapis bulu atas mengandungi rerambut pengawal panjang, kasar, dan lurus, yang kelihatan putih namun mempunyai sentuhan pewarnaan perak. Lapis atas ini mengekalkan lapis bulu bawah agak bersih dan bebas daripada kotoran. Lapis bawahnya terdiri daripada bulu padat, lembut, dan pendek yang mengekalkan kehangatan anjing. Lapis bulu bawah biasanya berganti bulu dengan banyak sekali atau dua kali setahun. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa anjing Samoyed berganti bulu hanya semasa waktu itu; bulu halus (dan bukan guguran gumpalan padat semasa ganti bulu musiman) gugur sepanjang tahun dan mempunyai kecenderungan untuk melekat pada pakaian dan terapung-apung di udara. Anjing Samoyed piawai mungkin terdapat dengan campuran pewarnaan biskut dan putih, namun anjing putih tulen dan anjing biskut menyeluruh adalah umum juga. Jantan biasanya mempunyai lingkaran leher lebih besar daripada betina. Walaupun baka ini digelar "hipoalergenik", ia masih menggugurkan banyak bulu dan memerlukan penjagaan bulu kerap. Sungguhpun baka ini mungkin menghasilkan kurang alergen, patut ada perhatian untuk alahan parah.[8]

Bulu gugur anjing Samoyed kadang-kadang digunakan sebagai bahan alternatif untuk wul dalam mengait, dengan tekstur yang serupa dengan wul angora. Bulunya kadang-kadang juga digunakan untuk penghasilan umpan lalat untuk pancing lalat.

Kelanjutan usia untuk baka ini ialah kira-kira 12–13 tahun.[9]

Perangai sunting

 
Seekor anjing Samoyed yang berehat dengan sebuah patung beruang

Pembawaan ramah dan mesra anjing Samoyed menjadikannya anjing penjaga teruk; anjing Samoyed agresif adalah jarang. Baka ini bercirikan wajah berwaspada dan gembira yang memberinya nama gelaran "Sammie smile" dan "smiley dog" (smile = "senyum(an)").[10] Walau bagaimanapun, dengan kecenderungannya untuk menyalak, ia dapat menjadi anjing penjaga tekun dengan menyalak bila-bila sesuatu mendekati wilayahnya. Anjing Samoyed merupakan pendamping sangat bagus, terutamanya untuk kanak-kanak kecil malah untuk anjing lain juga, dan ia kekal suka bermain sampai usia lanjut. Menurut Samoyed Club of America, apabila anjing Samoyed menjadi bosan, ia mungkin bersikap pemusnah dan mula menggali.[11]

Kegiatan sunting

 
Seekor anjing Samoyed aktif

Anjing Samoyed dapat bertanding dalam ujian ketangkasan anjing, carting, kepatuhan, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, mushing, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing Samoyed yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[12]

Kesihatan sunting

Glomerulopati keturunan anjing Samoyed sunting

Baka ini dapat terjejas akibat penyakit genetik yang dikenali sebagai glomerulopati keturunan anjing Samoyed, yang merupakan penyakit ginjal. Panuakit ini diketahui disebabkan oleh alel tidak sempurna resesif terangkai X, lantas penyakit ini lebih parah pada anjing Samoyed jantan.[13] Penyakit yang juga dikenali sebagai nefritis keturunan ini disebabkan oleh mutasi tidak bererti pada kodon 1027 bagi gen COL4A5 pada kromosom X (glisina kepada kodon penamat), yang serupa dengan sindrom Alport pada manusia.

 
Seekor anjing Samoyed betina tua

Betina pembawa dapat juga mengalami gejala ringan selepas usia 2–3 bulan, tetapi kebanyakannya[14] tidak beransur menghidap kegagalan ginjal. Penyakit ini disebabkan oleh kecacatan pada struktur fibrilis kolagen jenis IV bagi membran dasar glomerulus. Hasilnya, fibrilis kolagen bagi membran dasar glomerulus tidak dapat membentuk rangkaian silang. Maka, keutuhan struktur dilemahkan dan membrannya lebih terdedah kepada kerosakan haus dan lusuh. Apabila membran dasar mula merosot, protein plasma hilang di dalam air kencing dan gejala mula terlihat. Jantan terjejas terlihat seihat selama tiga bulan pertama kehidupannya, namun kemudian, gejala mula muncul dan menjadi lebih buruk semasa penyakit semakin menjadi-jadi: anjing berkenaan menjadi lesu dan pembaziran otot berlaku oleh sebab proteinuria. Mulai usia tiga bulan dan selanjutnya, kadar penurasan glomerulus berkurang dikesan, lalu menandakan kegagalan ginjal progresif.

Secara klinikal, proteinuria ditemukan pada kedua-dua jantina dari usia tiga hingga empat bulan; pada anjing yang lebih tua daripada ini, kegagalan ginjal yang serentak dengan kehilangan pendengaran yang lebih kurang jelas berlaku dengan cepat dan kematian pada usia 8 hingga 15 bulan dijangkakan. Pada betina heterozigus, penyakit ini beransur dengan perlahan. Penyakit ini dapat dirawat untuk memperlahankan perkembangan penyakit dengan penggunaan siklosporina A dan perencat ACE, tetapi tidak dapat dihentikan.[13][15][16][17]

Jika anjing betina pembawa dikawankan dengan bapa anjing sihat, anak anjing betina mempunyai 50% peluang untuk menjadi pembawa untuk penyakit ini, dana mana-mana anak anjing jantan mempunyai 50% peluang untuk terjejas akibat penyakit ini. Ujian genetik tersedia untuk penyakit ini.[18]

Kebimbangan kesihatan lain sunting

Untuk anjing Samoyed, beberapa penyakit keturunan spesifik baka diperihalkan dalam kesusateraan veterinar:

  • Diabetes melitus yang serupa tetapi tidak sama dengan jenis 1 manusia (kekurangan insulin): Penyakit ini terjadi pada anjing Samoyed pertengahan usia. Min umur pada diagnosis ialah tujuh tahun. Puncanya ialah keradangan kronik bagi pankreas dan/atau pemusnahan autoimun bagi sel beta bagi kelompok Langerhans. Tambahan lagi, autoantibodi kepada insulin ditemukan pada anjing terjejas. Beberapa penanda genetik sedang dibahaskan sebagai calon punca.[19][20]
  • Atrofi retina progresid (PRA) disebabkan oleh mutasi anjakan rangka pada lokus RPRG bagi kromosom X. Penyakit ini membawa kepada kehilangan penglihatan yang perlahan-lahan progresif, yang akhirnya membawa kepada kebutaan. Gejala-gejala pertama muncul pada usia antara dua hingga lima tahun. Penyakit ini sepadan dengan PRA terangkai X jenis 3 pada manusia.[21][22]
  • Tungkai pendek serentak dengan keabnormalan mata: kecacatan genetik pada lokus COL2A1 membawa kepada kekerdilan tidak berperkadaran oleh sebab tungkai pendek yang berkait dengan katarak, kecacatan bentuk bagi retina dan/atau penanggalan retina, pencecairan gelemaca dan arteri hialoid tegar. Kecacatan bentuk bagi retina adalah dominan (iaitu berlaku pada anjing heterozigus); gejala-gejala lain adalah resesif. Maka, gejala-gejala itu hanya terekspresi pada anjing homozigus. Keadaan-keadaan ini tidak mempunyai kesan terhadap ekspresi protein optisin.[23][24][25]
  • Stenosis pulmonari berlaku dengan lebih kerap pada anjing Samoyed berbanding dengan baka lain. Penyakit ini dapat menyebabkan kesesakan nafas, aritmia kardium, dan kelesuan cepat apabila bergerak, dan meningkatkan risiko kegagalan jantung kongestif.[26]
  • Displasia pinggul juga ialah kebimbangan untuk anjing Samoyed.[27]
  • Baka ini juga dapat terjejas akibat adenitis sebum, iaitu penyakit kulit autoimun idiopati yang kurang umum.[28]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ساموييد; ساموييد; Rusia: самое́дская соба́ка, самое́д, rumi: samojédskaja sobáka, samojéd; bahasa Inggeris: Samoyed dog; samoyed

Rujukan sunting

  1. ^ "Давай-ка, ненецкая лайка!". kras.mk.ru (dalam bahasa Rusia). 20 Disember 2017. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  2. ^ a b Presberg, Carole (2014). "Herding Dogs of Asia: Russian Siberia". www.bordercolliemuseum.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Januari 2024.
  3. ^ Anderson, David G. (2000). "Siberian Survival: The Nenets and Their Story". American Anthropologist (dalam bahasa Inggeris). 102 (4): 942–943. doi:10.1525/aa.2000.102.4.942. ISSN 1548-1433.
  4. ^ Larson, G (2012). "Rethinking dog domestication by integrating genetics, archeology, and biogeography". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. (dalam bahasa Inggeris). 109 (23): 8878–8883. Bibcode:2012PNAS..109.8878L. doi:10.1073/pnas.1203005109. PMC 3384140. PMID 22615366.
  5. ^ Feuerborn, Tatiana R.; Carmagnini, Alberto; Losey, Robert J.; Nomokonova, Tatiana; Askeyev, Arthur; Askeyev, Igor; Askeyev, Oleg; Antipina, Ekaterina E.; Appelt, Martin; Bachura, Olga P.; Beglane, Fiona; Bradley, Daniel G.; Daly, Kevin G.; Gopalakrishnan, Shyam; Murphy Gregersen, Kristian; Guo, Chunxue; Gusev, Andrei V.; Jones, Carleton; Kosintsev, Pavel A.; Kuzmin, Yaroslav V.; Mattiangeli, Valeria; Perri, Angela R.; Plekhanov, Andrei V.; Ramos-Madrigal, Jazmín; Schmidt, Anne Lisbeth; Shaymuratova, Dilyara; Smith, Oliver; Yavorskaya, Lilia V.; Zhang, Guojie; Willerslev, Eske; Meldgaard, Morten; Gilbert, M. Thomas P.; Larson, Greger; Dalén, Love; Hansen, Anders J.; Sinding, Mikkel-Holger S.; Frantz, Laurent (2021). "Modern Siberian dog ancestry was shaped by several thousand years of Eurasian-wide trade and human dispersal". Proceedings of the National Academy of Sciences (dalam bahasa Inggeris). 118 (39): e2100338118. Bibcode:2021PNAS..11800338F. doi:10.1073/pnas.2100338118. ISSN 0027-8424. PMC 8488619 Check |pmc= value (bantuan). PMID 34544854 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 237584023 Check |s2cid= value (bantuan).
  6. ^ "The Samoyed: Breed Origin and History". samoyedclubofamerica.org (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ "Samoyed" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club.
  8. ^ Bakalar, Nicholas (11 Julai 2011). "The Myth of the Allergy-Free Dog". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Januari 2024.
  9. ^ "Individual Breed Results for Purebred Dog Health Survey" (dalam bahasa Inggeris). TheKennelClub.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2013. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  10. ^ "AKC Meet the Breeds: Samoyed" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2013. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  11. ^ "Bad Habits and Training" (dalam bahasa Inggeris).
  12. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.[halaman diperlukan]
  13. ^ a b Jansen, B; Tryphonas, L; Wong, J; Thorner, P; Maxie, MG; Valli, VE; Baumal, R; Basrur, PK (1986). "Mode of inheritance of Samoyed hereditary glomerulopathy: an animal model for hereditary nephritis in humans". The Journal of Laboratory and Clinical Medicine (dalam bahasa Inggeris). 107 (6): 551–5. PMID 3711721.
  14. ^ Rawdon, TG (2001). "Juvenile nephropathy in a Samoyed bitch". The Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 42 (5): 235–238. doi:10.1111/j.1748-5827.2001.tb02027.x. PMID 11380016.
  15. ^ Zheng, K; Thorner, PS; Marrano, P; Baumal, R; McInnes, RR (1994). "Canine X chromosome-linked hereditary nephritis: a genetic model for human X-linked hereditary nephritis resulting from a single base mutation in the gene encoding the alpha 5 chain of collagen type IV". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). 91 (9): 3989–3993. Bibcode:1994PNAS...91.3989Z. doi:10.1073/pnas.91.9.3989. PMC 43708. PMID 8171024.
  16. ^ Grodecki, K; Gains, M; Baumal, R; Osmond, D; Cotter, B; Valli, V; Jacobs, R (1997). "Treatment of X-linked hereditary nephritis in samoyed dogs with angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitor". Journal of Comparative Pathology (dalam bahasa Inggeris). 117 (3): 209–225. doi:10.1016/S0021-9975(97)80016-3. PMID 9447482.
  17. ^ Chen, D.; Jefferson, B; Harvey, SJ; Zheng, K; Gartley, CJ; Jacobs, RM; Thorner, PS (2003). "Cyclosporine A Slows the Progressive Renal Disease of Alport Syndrome (X-Linked Hereditary Nephritis): Results from a Canine Model". Journal of the American Society of Nephrology (dalam bahasa Inggeris). 14 (3): 690–8. doi:10.1097/01.ASN.0000046964.15831.16. PMID 12595505.
  18. ^ "Samoyed Hereditary Glomerulopathy". vetgen.com (dalam bahasa Inggeris). Veterinary Genetic Services. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  19. ^ Kimmel, SE; Ward, CR; Henthorn, PS; Hess, RS (2002). "Familial insulin-dependent diabetes mellitus in Samoyed dogs". Journal of the American Animal Hospital Association (dalam bahasa Inggeris). 38 (3): 235–238. doi:10.5326/0380235. PMID 12022409.
  20. ^ Short, A. D.; Catchpole, B.; Kennedy, L. J.; Barnes, A.; Fretwell, N.; Jones, C.; Thomson, W.; Ollier, W. E.R. (2007). "Analysis of Candidate Susceptibility Genes in Canine Diabetes". Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). 98 (5): 518–525. doi:10.1093/jhered/esm048. PMID 17611256.
  21. ^ Dice, P. F. 2nd (1980). "Progressive retinal atrophy in the Samoyed". Modern Veterinary Practice (dalam bahasa Inggeris). 61 (1): 59–60. PMID 7366567.
  22. ^ Zangerl, B.; Johnson, J. L.; Acland, G. M.; Aguirre, G. D. (2007). "Independent Origin and Restricted Distribution of RPGR Deletions Causing XLPRA". Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). 98 (5): 526–530. doi:10.1093/jhered/esm060. PMID 17646274.
  23. ^ Meyers, VN; Jezyk, PF; Aguirre, GD; Patterson, DF (1983). "Short-limbed dwarfism and ocular defects in the Samoyed dog". Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). 183 (9): 975–979. PMID 12002589.
  24. ^ Acland, Gregory M. (1991). "Retinal dysplasia in the Samoyed dog is the heterozygous phenotype of the gene (drds) for short limbed dwarfism and ocular defects". Transactions of the American College of Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). 22: 44.
  25. ^ Pellegrini, B; Acland, GM; Ray, J (2002). "Cloning and characterization of opticin cDNA: evaluation as a candidate for canine oculo-skeletal dysplasia". Gene (dalam bahasa Inggeris). 282 (1–2): 121–131. doi:10.1016/S0378-1119(01)00842-3. PMID 11814684.
  26. ^ McCaw, D; Aronson, E (1984). "Congenital cardiac disease in dogs". Modern Veterinary Practice (dalam bahasa Inggeris). 65 (7): 509–512. PMID 6749116.
  27. ^ Martin, SW; Kirby, K; Pennock, PW (1980). "Canine hip dysplasia: breed effects". The Canadian Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). 21 (11): 293–296. PMC 1789813. PMID 7459792.
  28. ^ Craig, Mark (2006). "Clinical refresher: Canine sebaceous adenitis". Companion Animal (dalam bahasa Inggeris). 11 (5): 62–8. doi:10.1111/j.2044-3862.2006.tb00066.x.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting