Anjing penuding Inggeris

baka anjing dari England
(Dilencongkan dari Anjing penuding (baka anjing))

Anjing penuding Inggeris, pointer Inggeris,[a] atau hanya pointer[b] ialah satu baka anjing penuding yang dikembangkan England. Pointer digunakan untuk mencari buruan untuk pemburu dan dianggap oleh penggemar gundog sebagai salah satu baka terbaik daripada jenisnya; walau bagaimanapun, tidak seperti kebanyakan baka pemburu, tujuannya adalah untuk menuding (point), bukan mengutip buruan.

Anjing penuding Inggeris
Pointer jingga dan putih
Nama lainPointer Inggeris
Pointer
Negara asalEngland
Trait
Berat Jantan 25–34 kilogram (55–75 lb)
Betina 20–29 kilogram (45–65 lb)
Tinggi Jantan 64–69 sentimeter (25–27 in)
Betina 61–66 sentimeter (24–26 in)
Bulu Pendek, keras, dan licin
Warna Lemon dan putih; jingga dan putih; hati dan putih; dan hitam dan putih; triwarna dan warna sendiri diketahui.
Jangka hayat 13–14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terdapat kepercayaan popular bahawa pointer diturunkan daripada anjing penuding lama Sepanyol yang dibawa ke England dari Sepanyol dengan askar yang pulang pada permulaan abad ke-18. Setiba di England, ia disilangkan dengan baka-baka anjing tempat untuk memperbaik kebolehan perburuan baka ini.

Etimologi sunting

Pointer mendapat namanya daripada pendiriannya apabila mengesan bau buruan, iaitu "menuding" ke arah buruan tersembunyi sebagai isyarat terlihat kepada pemburu bahawa ia telah menemukan sesuatu dan kedudukannya; baka ini kadang-kadang dipanggil pointer Inggeris ("anjing penuding Inggeris") untuk membezakannya daripada baka anjing penuding lain.[1][2][3] Istilah "anjing burung" biasanya digunakan untuk memerihalkan semua anjing penuding dan seter, tetapi di Amerika Syarikat, istilah ini kerap digunakan untuk memerihalkan baka pointer (Inggeris), khususnya di selatan garis Mason–Dixon.[3]

Sejarah sunting

 
Dua ekor pointer di landskap, 1805

Terdapat banyak perdebatan dalam kalangan ahli sejarah anjing tentang keleluhuran pointer.[4][5][6] Kedudukan yang paling lazim dipegang ialah bahawa baka ini diturunkan daripada anjing penuding lama Sepanyol yang diimport ke England.[4][5][6][7] Kepercayaan popular ialah bahawa anjing penuding Sepanyol pertama kali diperkenalkan ke England pada tahun 1713 oleh askar yang pulang dari Sepanyol selepas Perjanjian Utrecht.[4][5][6][7] Dalam Cynographia Britannica, yang diterbitkan pada tahun 1800, Sydenham Edwards menyatakan bahawa "anjing penuding Sepanyol diperkenalkan ke negara ini [England] oleh seorang saudara Portugal, pada zaman sangat moden, dan pertama kali digunakan oleh seorang baron terkurang, bernama Bichell, yang tinggal di Norfolk, dan mampu menembak terbangan".[8]

Sumber awal lain mencadangkan bahawa anjing penuding Portugis, anjing penuding Itali, atau anjing penuding Perancis merupakan asas kepada baka Inggeris.[4][5] Pada tahun 1902, ahli sukan era Victoria William Arkwright menghasilkan buku The pointer an his predecessors ("Pointer dan Pendahulunya") yang kerap dianggap sebagai salah satu sejarah awal terbaik bagi pointer yang untuknya beliau meluangkan banyak masa dan wang untuk mencari arkib benua.[5][9][10] Dalam buku itu, beliau mencatatkan bahawa beliau tidak menemukan sebarang bukti yang benar-benar meyakinkan tentang anjing penuding Sepanyol sebagai ternakan asasi bagi pointer tetapi masih berkesimpulan berdasarkan semua bukti bahawa itu merupakan sejarah paling berkemungkinan.[5][9][10] Perlu ada perhatian bahawa, pada zaman itu, baka anjing tidak wujud seperti yang dikenali pada zaman lebih moden dan bahawa jenis anjing penuding lebih umum (biasanya anjing penghidu udara, mirip hound, dan berbulu pendek dengan variasi rantauan bagi penampilan yang digunakan untuk menunjukkan lokasi burung buruan) diketahui di semua negara ini.[4][5]

Kepercayaan kedua yang kurang lazim dipegang ialah bahawa suatu bentuk pointer yang hadir di England, jauh lebih awal daripada pengenalan anjing penuding Sepanyol, dan bahawa ia digunakan dari zaman pertengahan untuk menunjukkan lokasi kelinci yang kemudiannya dikejar oleh grehaun atau ditangkap oleh helang sawah; anjing-anjing ini dipercayai kemudiannya banyak dipengaruhi oleh pengenalan darah anjing penuding Eropah import.[4][7]

Sebutan tercatat terawal tentang pointer di England bertarikh dari awal abad ke-18.[5] John Gay menyebut pointer yang digunakan untuk memburu partridge dalam puisi beliau dari tahun 1713 Rural sports dan Peter Tillemans menghasilkan sebuah lukisan tentang kenel pointer milik Duke Kingston-upon-Hull pada tahun 1725.[5][11]

Sebuah kompendium sumber menyatakan bahawa, di England, pointer awal disilangkan dengan baka-baka lain untuk memberikan trait-trait tertentu yang diingini, termasuk seter, bloodhound, dan foxhound, dengan sesetengah sebutan bulterier dan buldog.[4][5][6][12] Pointer awal merupakan anjing agak berat dan tegap yang mampu menahan tudingan mantap sementara pemburu menyediakan senapangnya. Dengan penambahbaikan mantap bagi senjata api sepanjang abad ke-18 dan abad ke-19, anjing lebih pantas dan lebih tangkas dicari-cari, jadi grehaun semakin banyak diperkenalkan untuk menambahkan kelajuan.[4][5] Pengenalan darah grehaun menghasilkan pointer moden yang menjadi anjing jauh lebih halus dengan loin agak berkelim, bibir lebih ketat, dan ekor terletak rendah-rendah, lebih mirip dengan yang pada grehaun berbanding dengan yang pada baka-baka anjing penuding Eropah.[5]

Piawaian baka pointer diterima pakai secara rasmi pada tahun 1936 dan kemudiannya sebahagian besarnya telah kekal tidak berubah.[10]

Perihal sunting

Pointer hitam dan putih
Pointer hati dan putih

Penampilan sunting

Pointer ialah baka atletik bersaiz sederhana yang terbina untuk daya ketahanan dan kelajuan.[7][12] Ia biasanya berdiri dalam lingkungan 53 dan 71 sentimeter (21 dan 28 in) dengan betina yang lebih rendah daripada jantan.[7][12] Piawaian baka The Kennel Club menyatakan bahawa jantan patut berdiri setinggi 64 hingga 69 sentimeter (25 hingga 27 in) dan betina setinggi 61 hingga 66 sentimeter (24 hingga 26 in).[13] Baka ini biasanya berukuran seberat 20 dan 34 kilogram (45 dan 75 lb) dengan jantan yang seberat 25 hingga 34 kilogram (55 hingga 75 lb) dan betina yang seberat 20 hingga 29 kilogram (45 hingga 65 lb).[7][14] Pointer mempunyai kepala sangat distingtif dengan muka mirip piring sedikit dan hidung ternaik, dahi terangkat, dan lubang hidung lebar, telinganya tergantung dan terletak rapat-rapat dengan muka, terletak tinggi-tinggi, bersaiz sederhana, dan sedikit runcing.[7][6][10] Piawaian baka memerihalkan bahawa ia mempunyai leher panjang, berotot, dan sedikit melengkung; bahu panjang dan condong yang terletak dengan baik; dada cukup lebar untuk banyak ruang jantung; tungkai hadapan lurus dan teguh dengan tulang bagus; sukuan belakang berotot; kaki berbentuk bujur; dan ekor sederhana panjang yang tebal pada pangkalnya.[6][13] Lapis bulunya berbulu pendek, halus, keras, licin, dan sekata; ia biasanya dwiwarna, putih dengan tompok-tompok berwarna lemon, jingga, hati, atau hitam, manakala anjing triwarna dan berwarna sendiri jarang juga dikenali.[4][6][10] Lapis bulu pendek dan halus pointer menjadikan baka ini sangat sesuai untuk kerja terhadap grouse moor semasa musim panas tetapi menjadikannya khususnya rentan terhadap rasa sejuk semasa cuaca basah dan sejuk.[2][3]

Apabila dibandingkan dengan imej pointer dari abad ke-19, baka moden ialah anjing jauh lebih halus yang mencerminkan kemasukan darah grehaun.[5] Seperti banyak baka gundog British, perbezaan ketara telah muncul antara pointer yang dibiakbakakan untuk tujuan kerja padang dengan yang dibiakbakakan untuk pertunjukan pengakuran yang menegaskan ciri-ciri tertentu baka ini, seperti dada lebih sempit, ciri-ciri muka yang berlebihan, bahu lebih lurus, pergerakan kurang semula jadi, dan kurang otot berbanding dengan yang dibiakbakakan untuk kegunaan sebagai gundog.[2][5]

Perwatakan sunting

Pointer ialah baka yang mudah menyesuaikan diri, patuh, tenang; susur galur padang khususnya dapat menjadi amat aktif.[4][6][10] Berbanding dengan baka gundog lain, pointer lebih menyendiri dan menahan diri dengan keperluan lebih rendah untuk pendampingan manusia, yang mungkin mencerminkan darah grehaun penyendiri dalam keleluhurannya.[5][14]

Kepopularan dan kegunaan dalam sukan padang sunting

 
Pointer yang memburu puyuh

Apabila berburu, pointer bertempat di hadapan pemburu secara sistematik dengan kepalanya yang tinggi sambil menghidu udara menghadap angin. Apabila anjing berkenaan mengesan buruan tersembunyi, ia berhenti secara tiba-tiba dengan hidungnya yang menuding ke arah buruan supaya pemburu dapat bersedia untuk menembak. Apabila bersedia, pemburu mengarahkan pointer untuk menggarah buruan untuk ditembak.[3][4][10]

Ramai penulis menganggap pointer sebagai baka anjing penuding terbaik kerana hidung peka, pergerakan besar bergaya, dan pendirian penudingan mencolok.[1][2][5][15] Pointer ialah baka anjing penuding paling popular yang digunakan oleh estet sukan di United Kingdom dan kawasan simpanan penembakan komersial di Amerika Syarikat. Ia juga merupakan baka anjing penuding paling popular dan berjaya yang digunakan dalam ujian anjing penuding di kedua-dua negara.[2][3]

Jika dibandingkan dengan banyak baka anjing penuding benua Eropah, pointer yang dilatih secara klasik biasanya hanya digunakan untuk menuding dan menggarah buruan yang didekati sebelum buruang tersebut ditembak, dan jika perlu, anjing pengutip pakar khas digunakan untuk mengutip buruan itu sebaik ditembak; baka-baka Eropah yang kerap diistilahi sebagai "anjing pemburu-penuding-pengutip" atau "gundog serba guna" menuding buruan dan mengutip buruan tersebut sebaik ditembak.[1][5] Di samping itu, berbanding dengan baka-baka anjing penuding Eropah, pointer biasanya lebih pantas apabila bekerja dan maju dengan lebih lanjut ke hadapan untuk mencari buruan.[3]

Pointer juga digunakan oleh falconer dan austringer dalam falkonri untuk mengesan lokasi buruan untuk digarah dan kemudian untuk dikutip oleh falkon atau helang sawah yang diutuskan.[16]

Kesihatan sunting

Pointer dianggap sebagai baka yang pada umumnya sihat dengan jangka hayat 13–14 tahun. The Kennel Club tidak mengesyorkan agar sebarang ujian genetik atau saringan dijalankan untuk baka ini.[14][17] Keadaan terwaris yang diketahui yang telah ditemukan pada baka ini termasuk displasia pinggul, displasia siku, luxation patella, neuropati deria keturunan, atrofi otot spina, ataksia serebelum terangkai X, dan kepekakan.[14] Baka ini mempunyai predisposisi kecil terhadap hipotiroidisme, demodikosis, katarak, displasia retina, dan distrofi kornea.[14]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ ايڠݢريس; ڤوءينتر ايڠݢريس; bahasa Inggeris: English pointer
  2. ^ Jawi: ڤوءينتر; bahasa Inggeris: pointer

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Blüchel, Kurt G. (2005). Game and hunting (dalam bahasa Inggeris). Königswinter, Jerman: Tandem Verlag GmbH. m/s. 400–410. ISBN 978-3-8331-1263-8.
  2. ^ a b c d e Douglas, James (2007). The complete gundog training manual (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 35. ISBN 978-1-904057-05-5.
  3. ^ a b c d e f Fergus, Charles (2002). Gun dog breeds: a guide to spaniels, retrievers and pointing dogs (dalam bahasa Inggeris). Guilford, Connecticut: The Lyons Press. m/s. 105–110 & 129–135. ISBN 978-1-58574-618-7.
  4. ^ a b c d e f g h i j k Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 252–253. ISBN 978-1-57076-219-2.
  5. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q Hancock, David (2013). Gundogs: their past, their performance and their prospects (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, United Kingdom: The Crowood Press Ltd. m/s. 75–79 & 203. ISBN 978-1-84797-492-1.
  6. ^ a b c d e f g h Fiorone, Fiorenzo (1973). The encyclopedia of dogs: the canine breeds (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Thomas Y. Cromwell Company. m/s. 314–321. ISBN 978-0-690-00056-6.
  7. ^ a b c d e f g Fogle, Bruce (2009). The encyclopedia of the dog (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. m/s. 216. ISBN 978-0-7566-6004-8.
  8. ^ Edwards, Sydenham (1800). Cynographia Britannica (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: C. Whittingham.
  9. ^ a b Arkwright, William (1902). The pointer and his predecessors: an illustrated history of the pointing dog and the earliest times (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: A. L. Humphreys. m/s. 20–23.
  10. ^ a b c d e f g Jones, Arthur F.; Hamilton, Ferelith (1971). The world encyclopedia of dogs (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Galahad Books. m/s. 210–213. ISBN 978-0-88365-302-9.
  11. ^ Gay, John (1713), Rural sports (dalam bahasa Inggeris), London, United Kingdom: J Tonson
  12. ^ a b c Alderton, David (2008). The encyclopedia of dogs (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon Books Ltd. m/s. 237. ISBN 978-1-4454-0853-8.
  13. ^ a b "Pointer breed standard". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club Limited. Mac 1994. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  14. ^ a b c d e Bell, Jerold; Cavanagh, Kathleen; Tilley, Larry; Smith, Francis W. K. (2012). Veterinary medical guide to dog and cat breeds (dalam bahasa Inggeris). Jackson, Wyoming, Amerika Syarikat: Teton NewMedia. m/s. 366–368. ISBN 978-1-4822-4141-9.
  15. ^ Moxon, P. R. A. (1970). Gundogs: training and field trials (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Hutchinson Publishing Group. m/s. 23–24. ISBN 978-0-09-121670-2.
  16. ^ Walker, Adrian (1999). The Encyclopedia of Falconry (dalam bahasa Inggeris). Lanham, Maryland, Amerika Syarikat: The Derydale Press. m/s. 25–26. ISBN 978-1-56416-174-1.
  17. ^ "Pointer breed information page". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club Limited. 2020. Dicapai pada 22 Januari 2024.