Anna Akhmatova (1889-1966) - penyair dan penterjemah Rusia, salah seorang penyair terkemuka daripada aliran sastera Abad Perak. Dilahirkan di Odessa. Ayahnya Andrey Antonovich Gorenko adalah kakitangan kerajaan, ibunya Inna Erazmovna Stogova sama seperti ayahnya adalah daripada golongan bangsawan. Menjadi terkenal setelah kumpulan puisi pertamanya diterbitkan pada tahun 1912 (Vecher - Petang) dan 1914 (Chyotki - Tasbih).

Anna Akhmatova
Anna Akhmatova
Anna Akhmatova
Nama penaAnna Akhmatova
Pekerjaanpenyair, penterjemah, pengarang memoir
Tempoh1906 -
Genresajak
Pergerakan sasteraakmeisme

Selepas Revolusi 1917, pihak berkuasa mengecam karyanya kerana tidak mengagungkan komunisme dan terhad hanya kepada tema cinta dan ketuhanan. Selepas tahun 1923, bekas suaminya dihukum mati atas tuduhan “komplot antikerajaan” ia sebagai penyair mengalami masa susah kerana karyanya tidak diterbitkan.

Dia terpaksa mencari nafkah hidupnya dengan melakukan kerja terjemahan (karya Victor Hugo, Rabindranath Tagore, Giacomo Leopardi).

Pada tahun 1935-1940 Akhmatova menciptakan puisi panjang Requiem yang mendedahkan penderitaan orang biasa di bawah kekuasaan Soviet (diterbitkan baru pada tahun 1987).

Selepas Perang Dunia II, dia dikecam lagi dan dibuang daripada Persatuan Penulis Soviet. Selepas matinya J. Stalin pada tahun 1953, nama baik Akhmatova pulih semula. Dia menjadi penyair berwibawa dan disegani.

Festival Puisi bersempena dengan HUT ke120 Anna Akhmatova di Universiti Malaya 11 Jun 2009

Karya Anna Akhmatova dalam Bahasa Melayu sunting

  • A.S. Pusykin dan Anna Akhmatova. Sajak-sajak dalam terjemahan W.V.Sikorsky - "Horison", Jakarta, 1991, № 7, h. 334—336.
  • Tidak seorang pun akan dengarkan lagu lagi. Kau fikir aku hamba betina. Emas berkarat pun. Terjemahan Victor Pogadaev. - in: Sastera.Net. Edisi 1. KL: eSastera eNterprise, 2006, h. 53-54.
  • Tidak Seorang Pun Akan Dengarkan Lagu Lagi; Hukuman; Kau Fikir Aku Hamba Betina; Doa - in: Mawar Emas. Bunga Rampai Sastera Rusia. Penyelenggara dan Penterjemah Victor Pogadaev. Penyunting Rahimidin Zahari. Kuala Lumpur: ITNM, 107-109.

Bibliografi sunting

  • Sikorsky, Vilen. Anna Ahhmatova Penyair Wanita Rusia Yang Terkemuka - "Dewan Sastera". Kuala Lumpur, 1988, №. 9, m.s. 91-92.