Louise Johanna "Anneke" Grönloh (7 Jun 1942 - 14 September 2018)[1][2] ialah penyanyi Belanda kelahiran Indonesia. Beliau mula menempa nama pada tahun 1962 dengan lagu "Brandend Zand" setelah memenangi satu pertandingan pencarian bakat di Belanda.[3]

Anneke Grönloh
Kelahiran
Louise Johanna Grönloh

(1942-06-07)7 Jun 1942
Meninggal dunia14 September 2018(2018-09-14) (umur 76)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1959–2017
PasanganWim-Jaap van der Laan (1964–2004; kematiannya)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal

Dilahirkan di Sumatera, beliau cukup dikenali di Nusantara kerana berkebolehan membawakan lagu-lagu bahasa Melayu Indonesia. Pada tahun 2000, Gronloh diiktiraf sebagai Penyanyi Sepanjang Zaman oleh rakyat Belanda sebelum bersara daripada bidang seni suara pada tahun 2017 selepas menghadapi masalah paru-paru.[3] Beliau meninggal dunia pada usia 76 tahun pada 14 September 2018.[4][5]

Diskografi sunting

  • "Asmara" (1960, dalam bahasa Indonesia)
  • "Flamenco Rock"
  • "Brandend Zand" (1961) - emas
  • "Paradiso" (1962) - platinum
  • "Soerabaja" (1963)
  • "Cimeroni" (1963)
  • "Oh Malaysia" (1963)[6]

Rujukan sunting

  1. ^ ‘Bengawan Solo’, ‘Asmara’ singer Anneke Gronloh dies Diarkibkan 2018-09-24 di Wayback Machine, Star2.com, 23 September 2018; retrieved 26 September 2018.
  2. ^ "Penyanyi Nina Bobo, Anneke Grönloh Tutup Usia". Female Radio (dalam bahasa Indonesia). 2018-09-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-28. Dicapai pada 2021-02-28.
  3. ^ a b Penyanyi lagu Oh Malaysia, Anneke Gronloh meninggal dunia Astro Awani (17 September 2018). Dicapai pada 7 November 2018.
  4. ^ Miren Gonzalez (18 September 2018). Indonesian-born Dutch singer Anneke Grönloh of classic hits “Bengawan Solo” and “Asmara” passes away at 76 The Independent. Dicapai pada 7 November 2018.
  5. ^ Nick van Lith (16 September 2018). Dutch singer Anneke Grönloh (76) passes away ESCXTRA. Dicapai pada 7 November 2018.
  6. ^ Dennis Ignatius (27 Ogos 2019). I weep for you, Oh Malaysia Diarkibkan 2019-11-03 di Wayback Machine Free Malaysia Today. Dicapai pada 7 November 2019.

Pautan luar sunting

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Annie Palmen
dengan "Een speeldoos"
Belanda di Pertandingan Lagu Eurovision
1964
Diikuti oleh:
Conny Vandenbos
dengan "'t Is genoeg"