"Anta Permana" merupakan lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza yang dikeluarkan pada 21 September 2018[1] sebagai single pertama untuk album ke-19 Siti, ManifestaSITI2020 yang dikeluarkan pada 3 Julai 2020.[2] Lagu ini ialah hasil nukilan sepenuhnya oleh Ezra Kong dan Hael Husaini. "Anta Permana" diambil daripada perkataan Melayu klasik yang membawa makna tidak terkira atau infiniti.[3][4]

"Anta Permana"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album ManifestaSITI2020
Dilancarkan pada21 September 2018
Dirakamkan pada17 Ogos 2018
FormatMuat turun digital
GenrePop
Panjang3:24
Syarikat
PenulisEzra Kong, Hael Husaini
PenerbitEzra Kong, Hael Husaini
Kronologi single Siti Nurhaliza
""Comel Pipi Merah"
(2018)"
"Anta Permana" ""Kasihku Selamanya"
(2019)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Anta Permana" ialah single kedua yang dikeluarkan oleh Siti dalam tahun 2018, selepas "Comel Pipi Merah" yang dikeluarkan pada Mac. Pada Mei 2019, ia meraih 11 pensijilan platinum dengan lebih 14 juta tontonan di YouTube.[5]

Latar belakang dan rakaman sunting

Penerbitan "Anta Permana" bermula apabila Hael Husaini menyampaikan hasrat kepada pengurusan Siti, Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia untuk mencipta sebuah lagu untuk Siti.[6] Menurut Siti, "Anta Permana" bermaksud tidak terkira atau infiniti. Selain itu, beliau ingin memperkenalkan kembali perkataan Melayu Klasik yang jarang digunakan dalam kalangan generasi muda.[7] Pada 24 April 2018, Hael bercadang untuk memberikan demo lagu tersebut. Siti mendengar demo lagu tersebut buat pertama kali dan menyatakan persetujuan untuk merakamkan "Anta Permana".[8] Sesi rakaman lagu ini dijalankan pada 17 Ogos 2018.[9]

Proses penambahbaikan beberapa bahagian dalam lagu ini dijalankan pada 7 September dan siap sepenuhnya pada 13 September. Siti berkata, beliau yakin dengan kebolehan Hael mencipta "Anta Permana" buatnya: "Tanpa berfikir panjang, Siti bersetuju merakamkan "Anta Permana" kerana yakin dengan kemampuan dua komposer muda itu. Sejak Februari lalu, Hael menyatakan hasrat untuk memberikan lagu ciptaannya kepada Siti. Hanya pada Mei lalu, impiannya menjadi kenyataan apabila Siti tertarik dengan demo yang dihantar,".[10][11]

Pelancaran dan promosi sunting

"Anta Permana" berjaya menduduki tangga teratas di iTunes sekaligus mengetepikan lagu "Head Above Water" nyanyian Avril Lavigne.[12] Bahkan, tanda pagar lagu ini turut menjadi sohor kini di media sosial.[13]

Video muzik sunting

Video muzik rasmi "Anta Permana" telah dimuatnaikkan di saluran YouTube rasmi Dato' Sri Siti pada 4 Oktober 2018. Ia diarahkan oleh Rifaiee Omar dan diterbitkan oleh Rio Films Sdn. Bhd. Muzik video ini menerima ulasan negatif daripada netizen. Muzik video lagu ini mendapat lebih kurang 323 ribu tontonan di laman YouTube dan turut mendapat 24 ribu tanda suka dan 474 tanda tidak suka.[14]

Format dan senarai runut sunting

  • Muat turun digital[15]
  1. "Anta Permana" – 3:24

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 21 September 2018 Muat turun digital[15]
pensitriman digital[16]
Siti Nurhaliza Productions
Universal Music Group (Malaysia)

Persembahan carta sunting

Carta (2018) Kedudukan
carta
Carta Lagu Top 30 Malaysia[17] 11
Carta RIM (Domestik)[18] 4
Carta 40 Era Fm[19] 1
Carta 40 Hotfm 1
Carta 40 Suriafm 1
Carta Muzik-Muzik 1

Tenaga kerja sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Lagu MeleTOP Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-34 Terbuka Menang
(Ketiga)

Rujukan sunting

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 September 2018). "Anta Permana Siti Nurhaliza 'meletup'". HM Online. Harian Metro. Dicapai pada 23 September 2018.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (30 Jun 2020). "Album Siti habis dijual". Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  3. ^ "Anta Permana dapat sambutan hebat, trending". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 29 September 2018.
  4. ^ Mohd Haikal Isa (21 September 2018). "Anta Permana dapat sambutan hebat, trending". Kosmo! Online. Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-26. Dicapai pada 23 September 2018.
  5. ^ Nor Eryani Yusup (19 Mei 2019). Siti raih 11 platinum untuk Anta Permana Kosmo!. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  6. ^ "Siti Nurhaliza pilih lagu Hael Husaini". Astro Awani. 21 September 2018. Dicapai pada 23 September 2018.
  7. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (21 September 2018). "'Anta Permana' usaha Siti Nurhaliza kembalikan perkataan Melayu klasik". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 29 September 2018.
  8. ^ Mya Amri (21 September 2018). "Kali Pertama Dengar Lagu Anta Permana, Datuk Siti Dah Tertarik". Astro Gempak. Dicapai pada 23 September 2018.
  9. ^ "Siti Nurhaliza Yakin Kemampuan Hael, Anta Permana Boleh Didengar Bermula Esok!". Xtra. 20 September 2018. Dicapai pada 23 September 2018.
  10. ^ "Anta Permana kerjasama pertama Siti Nurhaliza bersama Ezra Kong dan Hael Husaini". URTV. 19 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-23. Dicapai pada 23 September 2018.
  11. ^ "Lagu baru Siti 'Anta Permana' meletup". Berita Harian Singapura. 22 September 2018. Dicapai pada 13 Oktober 2018.
  12. ^ Tahir Alhamzah (21 September 2018). "#Showbiz: Siti's new tune tops Malaysia's iTunes chart". New Straits Times. Dicapai pada 23 September 2018.
  13. ^ Ifqdar Rahman (21 September 2018). "Anta Permana Siti Nurhaliza atasi lagu Avril Lavigne". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-23. Dicapai pada 23 September 2018.
  14. ^ "Music Video Anta Permana Siti Nurhaliza Kurang 'Menyengat' Kerana Penari?". Oh! Bulan. 6 Oktober 2018. Dicapai pada 12 Oktober 2018.
  15. ^ a b "Anta Permana - Single". iTunes Store (MY). Apple. 21 September 2018. Dicapai pada 23 September 2018.
  16. ^ "Anta Permana - Single by Siti Nurhaliza". Spotify. 21 September 2018. Dicapai pada 23 September 2018.
  17. ^ Music Weekly Staff (22 September 2018). "Top 30 Singles Chart Malaysia". Musicweekly.asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-21. Dicapai pada 12 Oktober 2018.
  18. ^ RIM (27 September 2018). "RIM CHARTS Top 10 Most Streamed Domestic Singles in Malaysia" (PDF). RIM.org.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-05. Dicapai pada 12 October 2018.
  19. ^ "Carta ERA 40". ERA. 24 Mac 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2019. Dicapai pada 24 Mac 2019.

Pautan luar sunting