Antananarivo (Perancis: Tananarive, juga disingkatkan kepada Tana) ialah ibu negara dan bandar terbesar Madagaskar dari segi kependudukan sebanyak 1,275,207 orang (menurut banci 2018). Ia merupakan bandar raya paling tinggi dalam kalangan petempatan di negara-negara pulau dengan kedudukan berketinggian 1,280 meter dari paras laut.

Antananarivo
Tananarive
Antananarivo di kala senja, Mac 2005
Antananarivo di kala senja, Mac 2005
Nama panggilan: Tana
Lokasi Antananarivo di Madagaskar
Lokasi Antananarivo di Madagaskar
NegaraMadagaskar
Diasaskan1625
Pentadbiran
 • Datuk bandardipertikaikan
Aras
1,276 m (4,186 ft)
Penduduk
 (bancian 2001)
 • Jumlah1,403,449
Zon waktuUTC+3 (Waktu Afrika Timur)
Laman sesawanghttp://www.antananarivo.mg/

Ia pusat pentadbiran kebangsaan Madagaskar sejak kemerdekaan ia dari Perancis tahun 1960 menempatkan Perhimpunan Kebangsaan, Senat dan Mahkamah Agung negara pulau tersebut. Sebelum ini, ia merupakan pusat Kerajaan Imerina yang berkuasa ke atas seluruh pulau sehingga 1710 sehingga dipulihkan semula pada 1794 zaman Raja Andrianampoinimerina penginggalan kerajaan ini masih boleh ditemukan dan dilawat sehingga hari ini. Kota ini sendirinya merupakan tempat bertumpunya budaya orang-orang tanah tinggi tengah pulau ini yang menduduki sekitar kota.[1]

Penamaan sunting

Tempat ini diberi nama sempena penemuan kota diraja Kerajaan Merina baharu semayaman Raja Andrianjaka yang membawa suatu bala tentera seribu askar dari pantai tenggara pulau Madagaskar menawan dan menunggu suatu bukit[2] bernama Analamanga atau "Hutan Biru", Raja Andriamasinavalona menamakan semula kota atas bukit ini sebagai Antananarivo (dari tanána "tanah, kota" dan arivo "ribu"[3]) yakni "Tanah/Kota Yang Seribu" memperingati peristiwa ini.[4]

Geografi sunting

 
Di sebuah jalan sibuk di Antananarivo

Suhu dan iklim sunting

Antananarivo mempunyai suatu iklim tanah tinggi (pengelasan Köppen: Cwb)[5] mirip iklim lautan yang bercirikan musim sejuk yang sederhana dan kering serta musim panas kehujanan.[6] Suhu purata dialami dari serendah 20.8 °C bulan Disember sampai setinggi 14.3 °C bulan Julai.

Kota ini menerima curahan hujan sepanjang bulan-bulan November hingga April; ibun dapat dirasai di kawasan lebih tinggi.

Data iklim untuk Antananarivo (1981–2010)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 33.0
(91.4)
32.0
(89.6)
33.0
(91.4)
31.8
(89.2)
30.2
(86.4)
32.6
(90.7)
27.0
(80.6)
28.9
(84.0)
32.3
(90.1)
33.1
(91.6)
33.3
(91.9)
32.1
(89.8)
33.3
(91.9)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 26.6
(79.9)
26.5
(79.7)
26.5
(79.7)
25.5
(77.9)
23.7
(74.7)
21.2
(70.2)
20.6
(69.1)
21.7
(71.1)
24.2
(75.6)
26.0
(78.8)
27.0
(80.6)
27.2
(81.0)
24.7
(76.5)
Purata suhu harian, °C (°F) 20.8
(69.4)
20.8
(69.4)
20.7
(69.3)
19.5
(67.1)
17.3
(63.1)
15.1
(59.2)
14.3
(57.7)
14.9
(58.8)
16.8
(62.2)
18.7
(65.7)
20.1
(68.2)
20.7
(69.3)
18.3
(64.9)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 17.3
(63.1)
17.3
(63.1)
17.0
(62.6)
15.4
(59.7)
13.2
(55.8)
10.9
(51.6)
9.9
(49.8)
10.3
(50.5)
11.4
(52.5)
13.6
(56.5)
15.2
(59.4)
16.7
(62.1)
14.0
(57.2)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 10.9
(51.6)
11.0
(51.8)
10.0
(50.0)
9.0
(48.2)
4.0
(39.2)
2.0
(35.6)
2.0
(35.6)
4.4
(39.9)
2.3
(36.1)
6.0
(42.8)
9.3
(48.7)
10.5
(50.9)
2.0
(35.6)
Purata kerpasan, mm (inci) 340
(13.4)
290
(11.4)
191
(7.5)
55
(2.2)
19
(0.7)
4
(0.2)
8
(0.3)
6
(0.2)
10
(0.4)
68
(2.7)
135
(5.3)
311
(12.2)
1,437
(56.5)
Purata bilangan hari hujan 19 17 14 7 5 5 7 6 4 8 11 15 118
Purata kelembapan relatif (%) 79 80 79 77 77 77 76 74 70 69 71 77 76
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 210.5 178.0 199.1 220.5 228.8 206.1 213.9 235.0 249.5 251.0 232.7 201.1 2,626.2
Sumber 1: NOAA[7]
Sumber 2: Pogoda[8]

Infrastruktur sunting

Terdapat 50 buah gereja di kawasan bandar dan pinggir bandar Antananarivo.

Di Antananarivo terdapat Universiti Madagaskar dan Collège Rural d'Ambatobe.

Bandar kembar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ UN-Habitat 2012, m/s. 8.
  2. ^ Shillington 2004, m/s. 158.
  3. ^ Adelaar, K. A. (1989). "Malay Influence on Malagasy: Linguistic and Culture-Historical Implications". Oceanic Linguistics. 28 (1): 1–46. doi:10.2307/3622973. ISSN 0029-8115.
  4. ^ Callet 1908, m/s. 654–656.
  5. ^ "Climate: Antananarivo – Climate graph, Temperature graph, Climate table (altitude: 1293m)". Climate-Data.org. Dicapai pada 24 October 2013.
  6. ^ UN-Habitat 2012, m/s. 7.
  7. ^ "Antananarivo Climate Normals 1961–1990 (Sunhours)". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada 30 November 2013.
  8. ^ "Antananarivo Climate Normals 1981–2010 (Temperatures,Precipitaion,Humidity)". .pogodaiklimat. Dicapai pada 4 May 2016.
Sumber utama

Koordinat: 18°56′S 47°31′E / 18.933°S 47.517°E / -18.933; 47.517