Antropogen (daripada bahasa Greek anthropos = manusia; dan daripada genese = penghasilan, penjanaan) merujuk kepada semua benda dan perkara yang dihasilkan, disebabkan atau dipengaruhi oleh manusia. Oleh itu, bahan-bahan seperti polimer, sebagai contoh, adalah antropogen, kerana ia dihasilkan oleh manusia dan tiada di alam semula jadi.

Istilah ini sering digunakan bagi menerangkan kegiatan manusia di atas muka bumi dan juga masalah-masalah alam sekitar yang diakibatkan oleh manusia, contohnya:

  • Lanskap antropogen (lebih dikenali sebagai lanskap buatan)
  • Kesan antropogen rumah hijau

Sinonim bagi perkataan ini ialah "buatan" manakala lawannya ialah "semula jadi". Kebanyakan pengaruh terhadap alam sekitar adalah antropogen dan juga semula jadi. Malangnya, adalah mustahil untuk membezakan sempadan di antara kedua-duanya. Sebagai contoh ialah kebakaran hutan, yang boleh diakibatkan oleh pembakaran yang dilakukan manusia atau panahan petir.

Peningkatan keperluan manusia terhadap proses pengindustrian, terutamanya di negara-negara maju, membawa kesan antropogen terhadap kemusnahan ekosistem dan juga kupupusan kepelbagaian bio.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.