Anugerah Akademi ke-84

Majlis Anugerah Akademi ke-84 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2011 dan berlangung pada Februari 26, 2012 di Teater Pusat Hollywood dan Highland, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Brian Grazer dan Don Mischer dan diarahkan oleh Don Mischer. Billy Crystal mengacarakan majlis ini buat kali kesembilan. Beliau pertama kali mengacara semasa Anugerah Akademi ke-62 pada tahun 1990 dan kali terakhir mengacara semasa Anugerah Akademi ke-76 pada tahun 2004.[5]

Anugerah Akademi ke-84
Tarikh Februari 26, 2012
Tempat Teater Pusat Hollywood dan Highland
Hollywood, Los Angeles, California, U.S.
Rangkaian ABC
Pramajlis Jess Cagle
Nina Garcia
Tim Gunn
Robin Roberts
Louise Roe[1]
Pengacara Billy Crystal[2]
Penerbit Brian Grazer
Don Mischer[3]
Pengarah Don Mischer[3]
Tempoh 3 jam, 13 minit[4]
Filem Terbaik The Artist
Anugerah terbanyak The Artist dan Hugo (5)
Pencalonan terbanyak Hugo (11)
 < ke-83 Anugerah Akademi ke-85 > 

Pada Jun 14, 2011, presiden Akademi Tom Sherak mengumumkan bahawa dalam usaha untuk memulihkan semula minat terhadap anugerah itu, majlis 2012 akan menampilkan diantara lima dan sepuluh calon Filem Terbaik bergantung kepada keputusan undi.[6] Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-3 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada November 12, 2011.[7] Pada Februari 11, 2012, dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Milla Jovovich.[8]

The Artist memenangi lima anugerah termasuk Pelakon Lelaki Terbaik untuk Jean Dujardin, Pengarah Terbaik untuk Michel Hazanavicius dan Filem Terbaik.[9][10][11] Pemenang-pemenang yang lain termasuk Hugo juga dengan lima anugerah, The Iron Lady dengan dua anugerah dan Beginners, The Descendants, The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore, The Girl with the Dragon Tattoo, The Help, Midnight in Paris, The Muppets, Rango, Saving Face, A Separation, The Shore dan Undefeated dengan satu anugerah.

Calon dan pemenang sunting

Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-84 diumumkan pada Januari 24, 2012 di Teater Samuel Goldwyn, Beverly Hills, California oleh Tom Sherak, presiden Akademi dan pelakon Jennifer Lawrence.[12] Hugo mendapat pencalonan terbanyak dengan sebelas diikuti The Artist dengan sepuluh pencalonan.[13]

Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Februari 26, 2012.[14] The Artist merupakan filem tanpa suara kedua untuk memenangi Filem Terbaik selepas Wings menjadi filem pertama untuk melakar pencapaian itu di Anugerah Akademi ke-1 pada tahun 1929.[15] Ia juga merupakan filem hitam putih pertama untuk memenangi Filem Terbaik sejak filem 1993, Schindler's List.[15] Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik, Jean Dujardin menjadi pelakon lelaki Perancis pertama untuk memenangi Oskar.[16] Dengan kemenangan terbarunya untuk Pelakon Wanita Terbaik, Meryl Streep menjadi individu kelima untuk memenangi sekurang-kurangnya tiga anugerah lakonan Oskar.[16] Pada umur 82 tahun, pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Christopher Plummer menjadi individu tertua untuk memenangi anugerah lakonan Oskar.[16][17]

Anugerah sunting

 
Michel Hazanavicius, Pemenang Pengarah Terbaik
 
Jean Dujardin, Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik
 
Meryl Streep, Pemenang Pelakon Wanita Terbaik
 
Christopher Plummer, Pemenang Pelakon Pembantu Terbaik
 
Octavia Spencer, Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
 
Nat Faxon, Pemenang bersama Lakon Layar Adaptasi Terbaik
 
Jim Rash, Pemenang bersama Lakon Layar Adaptasi Terbaik
 
William Joyce, Pemenang bersama Filem Pendek Animasi Terbaik
 
Sharmeen Obaid-Chinoy, Pemenang bersama Dokumentari Subjek Pendek Terbaik
 
Bret McKenzie, Pemenang Lagu Asal Terbaik

Pemenang dinyatakan dalam huruf tebal.[18]

Filem Terbaik Pengarah Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Lakon Layar Asal Terbaik Lakon Layar Adaptasi Terbaik
Filem Animasi Terbaik Filem Bahasa Asing Terbaik
Filem Dokumentari Terbaik Dokumentari Terbaik - Subjek Pendek
Filem Pendek Aksi Terbaik Filem Pendek Animasi Terbaik
  • The Shore – Terry George dan Oorlagh George 
    • Pentecost – Peter McDonald dan Eimear O'Kane
    • Raju – Max Zähle dan Stefan Gieren
    • Time Freak – Andrew Bowler dan Gigi Causey
    • Tuba Atlantic – Hallvar Witzø (pencalonan dibatalkan)
Skor Muzik Asal Terbaik Lagu Asal Terbaik
Suntingan Bunyi Terbaik Adunan Bunyi Terbaik
Arahan Produksi Terbaik Sinematografi Terbaik
Solekan Terbaik Rekaan Kostum Terbaik
Suntingan Filem Terbaik Kesan Visual Terbaik

Anugerah Kehormat Akademi sunting

Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-3 pada November 12, 2011 dimana anugerah-anugerah berikut dipersembahkan.[7][19]

Anugerah Kehormat Akademi sunting

Anugerah Kemanusiaan Jean Hersholt sunting

Filem dengan pencalonan dan kemenangan berganda sunting

18 filem berikut menerima pencalonan berganda:

Pencalonan Filem
11
Hugo
10
The Artist
6 Moneyball
War Horse
5 The Descendants
The Girl with the Dragon Tattoo
4 The Help
Midnight in Paris
3 Albert Nobbs
Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2
Tinker Tailor Soldier Spy
Transformers: Dark of the Moon
The Tree of Life
2 Bridesmaids
Extremely Loud and Incredibly Close
The Iron Lady
My Week with Marilyn
A Separation

Tiga filem berikut menerima anugerah berganda:

Anugerah Filem
5 The Artist
Hugo
2
The Iron Lady

Penyampai dan penghibur sunting

Penyampai sunting

Penghibur sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Labreque, Jeff (February 13, 2012). "Oscars® Pre-Show Team Comes Together!". Entertainment Weekly. Time Inc.
  2. ^ Finn, Natalie (November 10, 2011). "Billy Crystal Back as Host of the Academy Awards". E!. NBCUniversal. Dicapai pada April 27, 2012.
  3. ^ a b Vary, Adam B. (November 9, 2011). "Brian Grazer replacing Brett Ratner as new Oscar producer". Entertainment Weekly. Time Inc. Inside Movies. Dicapai pada November 9, 2011.
  4. ^ Lowry, Brian (February 26, 2012). "The 84th Annual Academy Awards". Variety. Penske Media Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-29. Dicapai pada April 26, 2012.
  5. ^ Grosz, Christy (November 10, 2011). "Crystal confirmed as Oscars host". Variety. Penske Media Corporation. Dicapai pada April 26, 2012.
  6. ^ Sperling, Nicole; Kaufman, Amy (June 14, 2011). "Oscars change rule for best-picture race". Los Angeles Times. Tribune Publishing. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-23. Dicapai pada June 15, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ a b Kilday, Gregg (November 13, 2011). "The Ceremony: Academy Honors Oprah Winfrey, James Earl Jones and Dick Smith in Emotional Evening". The Hollywood Reporter. Prometheus Global Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-17. Dicapai pada April 27, 2012.
  8. ^ Schillaci, Sophie A. (February 6, 2012). "Milla Jovovich to Host Academy's Sci-Tech Awards". The Hollywood Reporter. Prometheus Global Media. Dicapai pada April 27, 2012.
  9. ^ Waters, Florence (February 27, 2012). "The Artist triumphs with five Academy Awards". The Daily Telegraph. London: Telegraph Media Group. Dicapai pada February 27, 2012.
  10. ^ Horn, John; Sperling, Nicole (February 27, 2012). "'The Artist' is big winner at Academy Awards". Los Angeles Times. Tribune Publishing. Dicapai pada February 27, 2012.
  11. ^ Shaw, Tucker (February 26, 2012). "Oscars 2012: "Artist" wins top prize, Streep surprises for Best Actress". The Denver Post. MediaNews Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-01. Dicapai pada April 30, 2013.
  12. ^ Grosz, Christy (January 9, 2012). "Jennifer Lawrence to unveil Oscar noms". Variety. Penske Media Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-14. Dicapai pada May 10, 2012.
  13. ^ Lee, Ben (January 24, 2012). "'Hugo', 'The Artist' lead Oscar 2012 nominations". Digital Spy. Hearst Magazines UK. Dicapai pada September 23, 2012.
  14. ^ Kennedy, Lisa. "Silent movie gets loudest praise at the Academy Awards". The Denver Post. MediaNews Group. Dicapai pada February 28, 2012.
  15. ^ a b Day, Patrick Kevin (February 26, 2012). "Oscars 2012: 'The Artist' wins for best picture". Los Angeles Times. Tribune Publishing. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-04. Dicapai pada May 9, 2013.
  16. ^ a b c Phillips, Michael (February 27, 2012). "Oscars: 'The Artist' wins best picture". Chicago Tribune. Tribune Publishing. Dicapai pada May 9, 2013.
  17. ^ Kaufman, Gil (February 27, 2012). "Oscars 2012 Belong To 'The Artist,' 'Hugo,' Meryl Streep". MTV. Viacom Media Networks. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-22. Dicapai pada April 27, 2012.
  18. ^ "The 84th Academy Awards (2012) Nominees and Winners". Academy of Motion Picture Arts and Sciences. AMPAS. Dicapai pada April 26, 2012.
  19. ^ Karger, Dave (August 3, 2011). "Oprah Winfrey, James Earl Jones, and Dick Smith to receive honorary Oscars". Entertainment Weekly. Time Inc. Dicapai pada April 19, 2013.

Pautan luar sunting