Anugerah Peabody atau nama penuhnya Anugerah George Foster Peabody (Peabody Awards atau George Foster Peabody Awards, disebut [pi-bo-di]) diberikan kepada penerbit cerita-cerita yang memberi impak besar dan kuat dalam wahana televisyen, radio dan media dalam talian dari seluruh dunia. Ia diasaskan sebuah jawatankuasa di bawah Persatuan Penyiar Negara Amerika Syrikat (National Association of Broadcasters) pada tahun 1940 dan dinamakan sempena George Foster Peabody (1852-1938), seorang dermawan dan pemilik bank dari Amerika Syarikat yang begitu terkenal atas usaha amal dan pergerakan dasar aktivis sosialnya di negara tersebut.

Anugerah Peabody
Fail:George Foster Peabody Awards.jpg
PenghargaanAtas pencapaian unggul dan perkhidmatan awam terpuji terbitan rangkaian dan stesyen televisyen dan radio, pertubuhan produksi, individu, mahupun Jaringan Sejagat.
NegaraAmerika Syarikat
Disampaikan olehKolej Kewartawanan dan Komunikasi Massa Henry W. Grady, Universiti Georgia
Anugerah pertama29 Mac 1941; 83 tahun yang lalu (1941-03-29)
Laman web rasmiwww.peabodyawards.com

Sebanyak 60 calon-calon akhir dipilih dalam kalangan lebih 1000 peserta,[1][2] di mana setengah jumlah calon bakal pemenang anugerah ini diputuskan secara sebulat suara oleh sebuah lembaga juri.[3] Program dipilih mendapat pengiktirafan anugerah ini daripada salah satu daripada tujuh kategori iaitu berita, hiburan, dokumentari, rancangan kanak-kanak, pendidikan, program interaktif mahupun perkhidmatan awam. Setiap sertaan yang dimasukkan sendiri dalam pencalonan tersebut[4] dinilai berdasarkan pencapaian standard yang diwujudkan dalam konteksnya sendiri.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Shearer, Lee (27 Julai 2001). "UGA names new Peabody director". Athens Banner-Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2013. Dicapai pada 11 April 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b Moore, Frazier (26 September 2002). "Emmys over? Now let's get acquainted with the Peabodys". The Daily Courier. Google News. Associated Press. Dicapai pada 11 April 2013.
  3. ^ Grady College of Journalism and Mass Communication. "Peabody; Who We Are". Dicapai pada 18 September 2017.
  4. ^ "Submit an Entry for Consideration". Peabody Awards official. 13 Oktober 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 16 Mac 2015.

Pautan luar sunting