Aphrodite (Yunani: Ἀφροδίτη; Latin: Venus; sebutanYunani purba/apʰrodíːtɛː/) adalah dewi Yunani bagi cinta, keinginan seksual, nafsu, kecantikan, seksualiti, prokreasi dan pelacuran. Menurut penyair Yunani Hesiodos, dia diceritakan lahir ketika Kronos memotong kelamin Ouranos yang dicampakkannya ke dalam laut, dan daripada buih-buih laut (αφρός aphros) yang tercebur inilah muncullah Aphrodite.[2]

Aphrodite
Versi Aphrodite dari Cnidus di Muzium Arkeologi Kebangsaan Athens
Versi Aphrodite dari Cnidus di Muzium Arkeologi Kebangsaan Athens
Dewi cinta, nafsu, keinginan berahi, kecantikan, keseksualan, pelacuran dan prokreasi
KediamanGunung Olympus
SimbolIkan lumba-lumba, Bunga ros, Cangkerang, Myrtle, Burung merpati, Burung layang-layang, Cermin, dan Burung swan
PasanganHephaestus, Ares, Hermes, Dionysus, Poseidon, Anchises, Adonis
Ibu bapaZeus[1] dan Dione atau Ouranos
Adik beradikGigantes, Titan, Erinyes, Cyclops, Meliae, Hekatonkheires atau Ares, Athena, Apollo, Artemis, Dionysos, Hebe, Herakles, Helen, Hephaestus, Perseus, Minos, Mousai, Persephone, Enyo, Eris, Rhadamanthus
Anak-anakEros, Phobos, Deimos, Anteros, Pothos, Himeros, Harmonia, Hermaphroditus, Rhodos, Eriks, Peitho, Priapus, Beroe, Golgos, Aeneas
Persamaan RomVenus

Bersama Hera dan Athena, Aphrodite adalah salah satu dewi yang pergaduhannya mengakibatkan Trojan War. Aphrodite memainkan peranan utama di seluruh Iliad. Aphrodite telah diketengahkan dalam Western Art sebagai simbol kecantikan wanita dan telah muncul dalam Western literature. Dia adalah dewa utama dalam Neopagan religion, Wicca, Hellenimos dan Church of Aphrodite.

Mitologi sunting

Kelahiran Aphrodite

Menurut Theogony, Aphrodite dilahirkan apabila Kronos memotong kelamin ayahnya, Ouranus atas perintah ibunya Gaia. Kemudian, Kronos membuang kelamin ayahnya di suatu pantai yang dipanggil Paphos di Cyprus. Di sana dewi Aphrodite lahir.

Menurut Homer, Aphrodite dilahirkan selepas Zeus mengadakan hubungan seksual dengan seorang dewi bernama, Dione.

Aphrodite dan Ares

Ketika Aphrodite pertama kali muncul di Gunung Olympus, banyak dewa jatuh cinta dengan dewi cantik itu. Tetapi dari semua dewa ini hanya Ares, dewa perang yang dapat memenangkan cinta Aphrodite. Namun Aphrodite sudah berkahwin dengan Hephaestus yang jelek dan cacat. Aphrodite dipaksa oleh Zeus dan Hera untuk menikahinya. Oleh itu, Aphrodite sangat tidak senang dengan perkahwinannya dengan Hephaestus. Hephaestus berusaha menjadi suami yang terbaik kepadanya dengan memberikan banyak perhiasan yang indah dan memperlakukannya dengan baik.

Namun, Aphrodite tidak terpesona dengannya dan dia malah lebih membencinya. Oleh itu, Aphrodite tidak menunjukkan kesetiaan kepadanya dan dia ingin Ares mengadakan hubungan rahsia bersama dan dia melakukan hubungan seksual dengan Ares di tempat tidur perkahwinannya. Tidak lama kemudian, Hephaestus menemui hubungan isterinya dengan abangnya, Ares. Dia memutuskan untuk menghukum kedua kekasih itu. Hephaestus mencipta jaring emas yang tidak dapat dilihat. Rancangannya adalah untuk memerangkap kedua kekasih itu semasa sesi intim mereka. Rancangannya berjaya dan dia memerangkap isterinya bersama abangnya, Ares ketika mereka melakukan hubungan seks.

Dia memanggil semua dewa-dewa dan menunjukkan kepada mereka Aphrodite dan Ares bersama-sama di tempat tidur dalam keadaan canggung. Semua dewa tertawa di tempat kejadian, Hermes dan Apollo bergurau mengenai kejadian itu. Poseidon mengasihani Aphrodite dan memasuk campur untuk menyelamatkan kedua kekasih dari peristiwa yang memalukan.

Setelah kejadian itu, Aphrodite bercerai dengan Hephaestus, dia melarikan diri ke tanah airnya, Cyprus dan di sana dia melakukan hubungan seks dengan Poseidon sebagai tanda bahawa dia bersyukur kepada Poseidon. Dengan Poseidon, dia melahirkan Rhodos dan Eriks.

Aphrodite meneruskan hubungannya dengan Ares walaupun terdapat skandal. Bersamanya Aphrodite melahirkan Eros, Anteros, Himeros, Deimos, Phobos, Harmonia dan Adrestia.

Aphrodite dan Puteri Polyphonte

Puteri Polyphonte adalah puteri Puak Triballoi. Dia membangkitkan kemarahan Aphrodite ketika dia mengabaikannya, mencerca cinta dan menolak untuk mengakui ketuhanannya. Aphrodite menjatuhkan hukuman kepada puteri dengan mengutuknya untuk melakukan hubungan seks dengan beruang.

Aphrodite dan 6 Putera Rhodes

6 Putera dari pulau Rhodes (Aegean Yunani) yang mengusir Aphrodite ketika dia berusaha mendarat di pulau mereka setelah kelahirannya di laut. Dewi itu murka dan menyumpah mereka dengan nafsu yang tidak wajar. Mereka kemudian melakukan pelbagai jenayah seksual, termasuk merogol ibu mereka sendiri. Poseidon malu dengan anak-anaknya, jadi dia mengukuburkan anak-anaknya di bawah pulau itu.

Aphrodite dan Lelaki Cerastae

Sekumpulan lelaki yang berasal dari Pulau Cypros (timur Mediterranean) mengundang kemarahan Aphrodite. Dewi itu menghukum mereka dengan menukar mereka semua sebagai binatang liar sebagai hukuman kerana membunuh dan mendiskriminasi pelawat asing yang datang ke pulau itu.

Aphrodite dan Puteri Smyrna

Ada seorang puteri tertentu bernama Smyrna. Dia dikatakan sangat cantik. Ibunya Ratu Cencheris mendakwa bahawa anak perempuannya lebih cantik daripada Aphrodite sendiri. Aphrodite yang murka mengutuk Smyrna dengan nafsu seksual terhadap ayahnya sendiri, Raja Cinyras. Dia melakukan bersetubuh dengan ayahnya selama sembilan malam.

Tetapi tidak lama kemudian bapanya mendapat tahu mengenai perkara ini. Dia berasa sangat malu dan kesal. Oleh sebab itu, dia mengejar anak perempuannya dan berusaha membunuhnya. Smyrna berdoa kepada para Dewa dan mereka mengubahnya menjadi pohon agar dia dapat melepaskan diri dari kemarahan ayahnya.

Rujukan sunting

Bibliografi sunting

  • C. Kerényi (1951). The Gods of the Greeks.
  • Walter Burkert (1985). Greek Religion (Harvard University Press).

Nota sunting

  1. ^ Menurut mitologi Olympus tetapi turut muncul dari benih Ouranos.
  2. ^ Etimologi yang tersirat dari Aphrodite tidak dianggap penting oleh para bahasa moden.

Pautan luar sunting