Mengenai audio iniAriel Sharon  (Ibrani: אֲרִיאֵל שָׁר‏וֹן, juga digelar Arik אָרִיק) (lahir 26 Februari 1928 – meninggal 11 Januari 2014) ialah seorang bekas Perdana Menteri dan pemimpin tentera Israel yang melihat kerjaya politiknya berakhir akibat diserang angin ahmar yang teruk pada awal tahun 2006.[1]

Ariel Sharon
אֲרִיאֵל שָׁר‏וֹן
Perdana Menteri Israel ke-11
Dalam jawatan
7 Mac 2001 – 14 April 2006
(ditarik balik jawatan sejak 4 Januari 2006)
TimbalanEhud Olmert
Didahului olehEhud Barak
Digantikan olehEhud Olmert
Butiran peribadi
LahirAriel Scheinermann (1928-02-26)26 Februari 1928
Kfar Malal, Palestin Bermandat
Meninggal dunia11 Januari 2014(2014-01-11) (umur 85)
Tel Aviv, Palestine
Parti politikKadima (dahulunya Likud dan Parti Shlomtzion)
Pasangan
  • Margalit Sharon (meninggal 1962)
  • Lily Sharon (meninggal 2000)
Anak-anak
  • Gur Sharon (meninggal 1967)
  • Omri Sharon
  • Gilad Sharon
Ibu bapa
  • Shmuel Scheinerman (bapa)
  • Dvora Scheinerman (ibu)
Keluarga
  • Yehudit Scheinerman (kakak)

Sharon merupakan seorang komander dalam Tentera Israel sejak penubuhannya pada 1948.[2]

Ketika kerjayanya yang panjang, Sharon dipandang sebagai tokoh penuh kontroversi oleh banyak pihak di dalam dan luar Israel. Penyokongnya menyanjungnya sebagai pemimpin yang cuba memulihkan keamanan tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan Israel. Ramai warga Israel sedemikian menganggapnya sebagai wira perang yang membantu mempertahankan negara itu ketika detik paling getirnya. Sebilangan pembangkangnya telah cuba mendakwanya sebagai penjenayah perang kerana jenayah yang didakwa berkaitan penyembelihan Sabra dan Shatila ketika Perang Lubnan 1982, yang mana Suruhanjaya Kahan mendapatinya bertanggungjawab secara 'tidak langsung' dan 'persendirian'. Sementara tiada seorang pun orang Israel yang melakukan pembunuhan itu, siasatan mendapati bahawa Sharon secara persendiriannya bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai akibat kelekaan dan terlebih keyakinan. Akibatnya, Sharon dilucutkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Namun begitu, Sharon masih lagi merupakan tokoh penting dalam parti Likud, serta memegang pelbagai jawatan kanan dalam jemaah menteri dan parti, lalu menjadi pemimpin parti pada tahun 1999 dan Perdana Menteri pada tahun 2001.

Ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri, dasar-dasar Sharon menyebabkan pertelingkahan dalam parti Likud, lalu Sharon sendiri meninggalkan Likud untuk membentuk parti baru, Kadima. Beliau menjadi Perdana Menteri Israel pertama yang tidak bernaung di bawah Parti Buruh Israel atau Likud — kedua-dua parti inilah yang sering mendominasi politik Israel dalam sejarah. Parti baru yang ditubuhkan Sharon itu, dengan Olmert yang menampilkan diri sebagai pemimpinnya, memenangi bilangan kerusi terbanyak dalam Knesset pada pilihan raya 2006,[3] dan sekarang merupakan sahabat campuran kanan dalam kerajaan Israel.

Sharon berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari bulan Mac 2001 hingga April 2006, namun kuasa-kuasa jawatannya dilaksanakan oleh pemangku Perdana Menteri Ehud Olmert berikutan angin ahmar Sharon pada 4 Januari 2006. Ketika itu, Sharon mula mengalami keadaan vegetatif berterusan dan sehinggalah kematiannya lapan tahun kemudian.[4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Ariel Sharon, former Israeli prime minister, dies at 85 – National Israel News". Haaretz. 11 Januari 2014. Dicapai pada 11 Januari 2014. |first= missing |last= (bantuan)
  2. ^ "Israel's Man of War", Michael Kramer, New York, m/s. 19–24, 9 Ogos 1982
  3. ^ Matt Rees (22 Oktober 2011). "Ariel Sharon's fascinating appetite". Salon.
  4. ^ "Scientists say comatose former Israeli leader Ariel Sharon shows 'robust' brain activity". Fox News Channel. 28 Januari 2013. Dicapai pada 12 Januari 2014.
  5. ^ Yolande Knell (11 Januari 2014). "Israel's ex-PM Ariel Sharon dies, aged 85". BBC. Dicapai pada 11 Januari 2014.
Jawatan politik
Didahului oleh
Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
2001–2006
Diikuti oleh:
Ehud Olmert
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Benjamin Netanyahu
Pengerusi Likud
1999–2005
Diikuti oleh:
Benjamin Netanyahu
Gelaran baharu
Parti diasaskan
Pengerusi Kadima
2005–2006
Diikuti oleh:
Ehud Olmert