Arni Nazira

(Dilencongkan dari Arni Nazira Anuar)

Arni Nazira Anuar (lahir 22 Julai 1978) merupakan seorang bekas penyanyi wanita Malaysia yang digilap bakatnya menerusi pertandingan Asia Bagus pada tahun 1996.

Arni Nazira
Nama lahirArni Nazira binti Anuar
Juga dikenali sebagai
Arni
Kelahiran (1978-07-22) 22 Julai 1978 (umur 45)
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1996–2007, 2022–kini
Syarikat rakaman
Pony Canyon (1996–1999)

Album sulungnya berjudul Cinta Antara Benua diterbitkan pada tahun 1997. Menerusi album itu, Arni menerima pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-5 bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik. Kemudiannya Arni menceburi bidang lakonan iaitu filem Nafas Cinta pada tahun 1998 dan Bara (1999).

Kehidupan peribadi sunting

Arni mendirikan rumahtangga dengan penyanyi rock dan pelakon terkenal, Awie pada 10 Disember 1998 di Teluk Baru, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan yang lahir pada tahun 2001 dan 2003.[1]

Perkahwinan tersebut berakhir pada 16 Oktober 2006 apabila Awie mengaku berkahwin dengan Rozana Misbun, adik kepada Haliza Misbun di Thailand pada tahun 2005.[2]

Arni bertemu jodoh kali kedua pada tahun 2009 dengan rakan sekolahnya dan kini bahagia bersama tiga cahaya mata.[3]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Single sunting

  • "Cinta Antara Benua"
  • "Kasih Yang Terpendam"

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Arahan Nota
1998 Nafas Cinta Zurina Jailani Abdul Ghani Filem pertama.
1999 Bara Arni Dato' Yusof Haslam Filem terakhir.

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Arahan Nota
1997 Cinta Antara Benua Arni Tony Francis Gitom Penampilan khas
2007 Tidak Pernah Ku Sesali Hanim Faisal Ishak

Pencapaian sunting

Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan
1998 Anugerah Industri Muzik ke-5 Artis Baru Terbaik (Wanita) Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (17 September 2006). Saya dah habis fikir - Arni Nazira Diarkibkan 2018-01-22 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  2. ^ "Awie bongkar kisah perceraian". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 2021-08-15.
  3. ^ Takdir cinta remaja Arni. Diarkibkan 2013-12-03 di Wayback Machine Kosmo! (11 April 2009). Dicapai pada 20 Januari 2010.

Pautan luar sunting