Arpakhsad atau Arpachshad atau Arphaxad atau Arphacsad atau Arfakhshad (bahasa Ibrani: אַרְפַּכְשַׁד / אַרְפַּכְשָׁד, Modern Arpakhshad Tiberian ʾArpaḵšaḏ / ʾArpaḵšāḏ ; bahasa Arab: 'أرفخشذ', Ārfakhshad‎; seperti yang termaktub dalam kitab Kejadian dari Kitab Suci Ibrani dan Alkitab, adalah salah satu anak dari Sem dan isterinya yang tidak disebutkan namanya. Saudara-saudaranya bernama Elam, Asyur, Lud, dan Aram[1] yang masing-masing menurunkan suku kaum yang akan bermusuhan dengan Bani Israel dan juga Us, Hul, Geter, dan Mesekh[2]. Nama Arpakhsad disebut sepuluh kali dalam Alkitab, enam kalinya di dalam kitab Kejadian, tiga kali di I Tawarikh dan sekali di dalam kitab Lukas atau Luke.

Ia mempunyai seorang anak yang bernama Selah atau Shalikh pada usia 35 tahun [3] dan hidup hingga mencapai usia 438 tahun[4].

Melalui keturunan Arpakhsad dilahirkanlah Abraham (Nabi Ibrahim a.s.), Nabi Daud a.s., hingga akhirnya menurunkan Jesus[5]. Menurut ahli sejarawan Islam juga [perlu rujukan], dari keturunan Arpakhsad ini juga akhirnya telah turunnya Nabi Muhammad SAW. Hal ini kerana Nabi Muhammad SAW juga datangnya dari sub keturunan Nabi Ibrahim a.s.

Referensi sunting

Templat:Adam hingga Daud

Templat:Kotak keturunanTemplat:Kotak akhir