Profesor Emeritus Dr. Asmah Haji Omar ialah pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za'ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.[1] Sebelum itu, Asmah ialah ahli akademik Universiti Malaya dari tahun 1963 sehingga persaraannya sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya.[2] Di samping itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik serta merupakan anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu.

Asmah Haji Omar

Lahir pada 5 Mac 1940 di Jitra dari sebuah keluarga yang berpendidikan tinggi. Pendidikan awal dan menengahnya bermula di Kedah. Beliau meneruskan pengajiannya di Universitas Indonesia dan memperolehi Sarjana Muda dan Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya hingga mendapat Ijazah Kedoktoran dari University of London dalam bidang 'General Linguistics'. Pada tahun 2000, Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah menerima anugerah gelaran Doktor Persuratan (D. Litt) dari Universiti Malaya kerana sumbangannya yang amat besar dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia.

Asmah juga pernah mengetuai pasukan penyelidikan untuk dua siri rancangan Jejak Bahasa, penerbitan televisyen bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan TV3.[1]

Kerjaya bidang penulisan sunting

Selain daripada kerjayanya sebagai ahli akademik, Asmah juga terkenal sebagai penulis prolifik dalam bidang tatabahasa Melayu dan perancangan bahasa Melayu. Penyelidikan utamanya termasuk: [1]

Bagaimanapun, bidang penyelidikannya tidak terhad kepada Semenanjung Malaysia. Asmah juga menjalankan banyak penyelidikan tentang bahasa-bahasa orang asli di Sabah dan Sarawak. Beliau telah menerbitkan banyak makalah tentang bahasa-bahasa tersebut tetapi dua pencapaiannya yang terutama daripada segi ini merupakan: [3]

Karya sunting

  1. Perangai bergantung pada diri sendiri / Za'ba ; dengan pengenalan Asmah Haji Omar. ;DBP, 2009.
  2. Rahsia ejaan jawi / Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) ; ditransliterasi dan diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar. ;DBP, 2009.
  3. Panduan wacana akademik teori dan penerapan ;DBP, 2009.
  4. Nahu Melayu mutakhir ;DBP, 2009.
  5. Nahu kemas kini : panduan bahasa yang baik dan betul : PTS Professional Publishing, 2008.
  6. Ensiklopedia bahasa Melayu ;DBP, 2008.
  7. The Malay in Australia : language, culture, religion ;DBP, 2008.
  8. Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan / Za'ba ; dengan pengenalan oleh Asmah Haji Omar. ;DBP, 2008.
  9. Oxford compact advanced learner's English-Malay dictionary / A. S. Hornby ; translator: Asmah Haji Omar. : Oxford Fajar, 2007.
  10. Kesantunan bahasa dalam pengurusan pentadbiran dan media;DBP, 2007.
  11. Susur galur Bahasa Melayu ;DBP, 2007.
  12. Bahasa Mah Meri :Universiti Malaya Publication, 2006.
  13. Panduan wacana akademik : teori dan penerapan ;DBP, 2006.
  14. Bahasa Melayu di samudera : benih yang baik menjadi pulau ;DBP, 2006
  15. Bahasa Diraja ;DBP, 2004.
  16. The encyclopedia of Malaysia vol 9 : languages and literature/ volume editor Prof. Dato' Dr Asmah Haji Omar. :Singapore : Archipelago, 2004.
  17. Setia dan santun bahasa : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2002.
  18. Kaedah penyelidikan bahasa di lapangan;DBP, 2001.
  19. Oxford Fajar advanced learner's English - Malay dictionary / A. S. Hornby ; penterjemah dan editor umum Dr. Asmah Haji Omar : Fajar Bakti, 2000.
  20. Bahasa laporan : 1997.
  21. Wacana perbincangan, perbahasan, dan perundingan ;DBP, 1996.
  22. Bahasa kesusasteraan klasik Kedah ;DBP,1995.
  23. Rekonstruksi kata dalam bahasa Melayu induk ;DBP, 1995.
  24. Wacana temu duga dan wawancara. ;DBP, 1995.
  25. Rekonstruksi fonologi bahasa Melayu induk ;DBP, 1995.
  26. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Melayu ;DBP, 1993.
  27. Nahu Melayu mutakhir ;DBP, 1993.
  28. The linguistic scenery in Malaysia ;DBP, 1992.
  29. Kajian dan perkembangan bahasa Melayu ;DBP, 1992.
  30. Bahasa Melayu abad ke 16 : satu analisis berdasarkan teks Melayu `Aqa'id al-Nasafi ;DBP, 1991.
  31. PENGGUNAAN Bahasa Malaysia di jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan di Sarawak/ analisis oleh Dato' Dr. Hjh. Asmah Haji Omar ;DBP, 1988.
  32. Kamus amali : Malay-English : Arenabuku, 1988.
  33. Kanak-kanak kaca dan esei-esei lain / Daisaku Ikeda ; diterjemahkan daripada edisi bahasa Inggeris oleh Asmah Hj. Omar. : Fajar Bakti, 1988.
  34. National language and communication in multilingual societies : papers presented at the Seventh Conference of the Asian Association on National Languages (ASANAL) / edited by Asmah Haji Omar. ;DBP, 1987.
  35. Bahasa Malaysia saintifik : 1987.
  36. Malay in its sociocultural context;DBP, 1987.
  37. Bahasa laporan ;DBP, 1986.
  38. Bahasa dan alam pemikiran Melayu ;DBP, 1986.
  39. Susur galur bahasa Melayu ;DBP, 1985.
  40. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan Bahasa Malaysia ;DBP, 1985.
  41. Kamus ayat : Eastview Productions Sdn. Bhd., 1985.
  42. Hikayat Terung Pipit / Panglima Ali Mudin bin Panglima Hasan ; dengan kata pengantar oleh Asmah Haji Omar. :Fajar Bakti, 1985.
  43. An introduction to Malay grammar / Asmah Haji Omar, Rama Subiah.;DBP, 1985.
  44. Penggunaan bahasa dalam borang : bahasa dalam komunikasi ;DBP, 1985.
  45. Bahasa iklan perniagaan : satu kajian bahasa retorik ;DBP, 1984.
  46. Kaedah pengajaran bahasa / Asmah Haji Omar (editor). ;DBP, 1984.
  47. The Malay peoples of Malaysia and their languages ;DBP, 1983.
  48. Language and society in Malaysia;DBP, 1982.
  49. The Iban language of Sarawak : a grammatical description ;DBP, 1981.
  50. National language as medium of instruction : papers presented at the Fourth Conference of the Asian Association on National Languages (ASANAL) / edited by Asmah Haji Omar and Noor Ein Mohd. Noor. ;DBP, 1981.
  51. Percakapan dalam penggunaan / J.C. Richards dengan kerjasama Asmah Hj Omar. :Fajar Bakti, 1981.
  52. Pengajaran bahasa malaysia dalam konteks perancangan bahasa kebangsaan ;DBP, 1978.
  53. Mengarang, membaca dan membina ;DBP, 1978.
  54. Kepelbagaian fonologi dialek-dialek Melayu ;DBP, 1977.
  55. Kursus Permulaan Bahasa Malaysia II : Penerbit Universiti Malaya, 1976.
  56. Bahasa Melayu 5 : Satu Perkenalan melalui struktur / oleh Asmah Haji Omar; illustrations by Harris Haji Mokti. :Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, c1976.
  57. Essays on malaysian linguistics ;DBP, 1975.
  58. Bahasa Melayu.
  59. Kemahiran berbahasa : Pustaka Antara,
  60. Bahasa Malaysia Saintifik,1987:
  61. T.V. Dorofeeva, E.S. Kukushkina, V.A. Pogadaev. Kamus Besar Melayu-Rusia. Lebih kurang 60 000 kata masukan. Penasihat Editorial Prof. Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji Omar. Moscow: Penerbit “Klyuch-C”, 2013, 1024 hlm. ISBN 978-5-93136-192-5
  62. Teori dan Kaedah Fonetik; DBP, 2018
  63. Teori dan Kaedah Fonologi; DBP, 2019

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Encyclopedia: Professor Dato' Asmah Haji Omar
  2. ^ Asmah Haji Omar. Bahasa Malaysia Saintifik, Terbitan Kedua (2005). Ringkasan penerbit, Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8164-9
  3. ^ Asmah Haji Omar. The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages, Dewan Bahasa dan Pustaka (1983). K.K. 640-2454 0101