Astro Box Office merupakan sistem saluran berbayar (PPV) di pelantar Astro di Malaysia. Ia menayangkan filem dan acara sukan rasmi melancarkan pada 29 September 2003 sempena Astro meraikan ulangtahunnya yang ke-7.

Astro Box Office
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
Sejarah
DilancarkanMalaysia 29 September 2003; 20 tahun yang lalu (2003-09-29)
(sebagai Astro Box Office Movies, Astro Box Office Sport dan Astro Box Office Events)
Malaysia 1 Oktober 2008; 15 tahun yang lalu (2008-10-01)
(sebagai Astro Box Office Movies Tayangan Hebat SD dan Astro Box Office Movies Thangathirai SD)
Malaysia 3 Februari 2012; 12 tahun yang lalu (2012-02-03)
(sebagai Astro Box Office Events HD)
Malaysia 20 Ogos 2014; 9 tahun yang lalu (2014-08-20)
(sebagai Astro Box Office BollyOne HD)
Malaysia 2 Ogos 2019; 4 tahun yang lalu (2019-08-02)
(sebagai Astro Box Office Movies Tayangan Hebat HD dan Astro Box Office Movies Thangathirai HD)
DitutupMalaysia 4 Januari 2013; 11 tahun yang lalu (2013-01-04)
(sebagai Astro Box Office Events SD dan Astro Box Office Events HD)
Malaysia 1 Ogos 2019; 4 tahun yang lalu (2019-08-01)
(sebagai Astro Box Office Movies Tayangan Hebat SD dan Astro Box Office Movies Thangathirai SD)
Malaysia 1 Jun 2021; 2 tahun yang lalu (2021-06-01) (HD)
(sebagai Astro Box Office Movies Tayangan Hebat)
Brunei 1 April 2022; 2 tahun yang lalu (2022-04-01)
Malaysia 30 April 2023; 11 bulan yang lalu (2023-04-30)
(sebagai Astro Box Office BollyOne HD)
Nama dahuluAstro Showcase
(1 Februari 2000 - 28 September 2003)
Season Pass
(1 Februari 2001 - 28 September 2003)

Sejarah sunting

Astro Box Office rasmi dilancarkan pada 29 September 2003 sempena Astro meraikan ulangtahunnya yang ke-7 sebagai Astro Box Office Movies, Astro Box Office Events dan Astro Box Office Sport.

Pergantian nombor sunting

Pada 23 Disember 2006, Astro Box Office Movies telah dinomborkan semula dari Saluran 20 & 21 ke Saluran 48 & 49.

Pada 23 Disember 2006, Astro Box Office Sport dan Astro Box Office Events telah dinomborkan semula dari Saluran 22 & 23 ke Saluran 88 & 89.

Pada tanggal 1 Oktober 2007, Astro Box Office Movies akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 951 & 952.

Pada tanggal 1 Oktober 2007, Astro Box Office Sport dan Astro Box Office Events akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 953 & 954.

Pada 20 September 2008, Astro Box Office Sport telah dinomborkan semula dari Saluran 953 & 954 ke Saluran 971, 972, dan 973 serta Astro Box Office Events di Saluran 955.

Pada 1 Oktober 2008, Astro Box Office Movies telah dipisahkan kepada dua iaitu Astro Box Office Movies Thangathirai di Saluran 951 dan Astro Box Office Movies Tayangan Hebat di Saluran 952 & 953.

Pada 28 April 2014, Astro Box Office Movies mengganti nombor salurannya iaitu Astro Box Office Movies Thangathirai di Saluran 241 dan Astro Box Office Movies Tayangan Hebat di Saluran 130.

Pada 2 Ogos 2019, Astro Box Office Movies telah dinaik taraf ke definisi tinggi (HD) iaitu Astro Box Office Movies Tayangan Hebat di Saluran 130 dan Astro Box Office Movies Thangathirai di Saluran 241.

Kini, ia dikategorikan semula sebagai Astro Box Office Movies Tayangan Hebat, Astro Box Office Movies Thangathirai, dan Astro Box Office BollyOne HD.

Selepas 18 tahun bersiaran, Astro Box Office Movies Tayangan Hebat ditamatkan siaran pada 1 Jun 2021 dan akan beralih kepada On Demand.

Selepas 9 tahun bersiaran, Astro Box Office BollyOne HD ditamatkan siaran pada 30 April 2023 dan digantikan oleh Zee Cinema HD juga beralih kepada On Demand.

Galeri sunting

Rujukan sunting