Astro Ria

Saluran televisyen hiburan milik Astro Malaysia Holdings.

Astro Ria (awalnya menggunakan nama Ria hingga 28 September 2003) merupakan saluran televisyen aneka Melayu yang beroperasi selama 24 jam setiap hari bagi perkhidmatan satelit rangkaian Astro. Cogan kata dari Astro Ria adalah Dunia Hiburan Anda.

Astro Ria
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
 Singapura
SloganDunia Hiburan Anda
(1996–2003)
Ibu pejabatKuala Lumpur Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
IndukAstro
Orang pentingIdlan Zahari
Pengurus Saluran Astro Ria
Saluran kembarAstro Prima
Astro Oasis
Astro Warna
Astro Citra
Astro Rania
Astro Aura
Sejarah
DilancarkanMalaysia 1 Jun 1996; 27 tahun yang lalu (1996-06-01) (SD)
Malaysia 29 Mei 2015; 8 tahun yang lalu (2015-05-29) (HD)
Singapura 14 Januari 2023; 13 bulan yang lalu (2023-01-14) (HD)
DitutupMalaysia 12 April 2021; 2 tahun yang lalu (2021-04-12) (SD)
Brunei 12 April 2022; 22 bulan yang lalu (2022-04-12) (SD)
Nama dahuluRia
(1 Jun 1996 - 28 September 2003)
Ketersediaan
Satelit
Malaysia AstroSaluran 104 (HD)
Malaysia NJOISaluran 104 (HD)
IPTV
Singapura Singtel TVSaluran 608 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / On Demand

Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Warna, Astro Citra, Astro Ceria, Astro Rania, Astro Aura dan stesen radio dikawal oleh Astro yang mana siarannya berpusat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sejarah sunting

Berdiri awal sunting

Astro Ria melancarkan siaran perdana pada tanggal 1 Jun 1996 jam 9:00 pagi serta beberapa saluran televisyen dalaman yang lain seperti Astro Vaanavil dan Astro Wah Lai Toi setelah sukses mendapatkan jumlah 22 saluran. Pada mulanya, Astro Ria menggunakan nama panggilan Ria hanya digunakan semasa dalam siaran di Astro. Cogan kata utama saluran televisyen ini ialah Dunia Hiburan Anda salah satu elemen dari semua dunia hiburan untuk keluarga di rumah dipertimbangkan oleh kaedah saluran ini. Program televisyen pertama Astro Ria berbentuk permainan dengan kata-kata misteri dan hadiah jutaan ringgit serta sebuah kereta bertajuk Roda Impian sehingga lagu-lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an, menonton filem Melayu klasik masa dulu sejarah dari era 50-an hingga 60-an berupa hitam-putih, rancangan permainan atau kuiz, kanak-kanak, dokumentari dan sukan.

Pada 6 Mei 2002, Astro Ria telah rasmi melancarkan rancangan berita bisnes dan kewangan dikenali sebagai Bloomberg RIA News yang pada asasnya ialah versi bahasa Melayu bagi Bloomberg Malaysia. Berita itu disiarkan pada pukul 10:45 malam pada hari bekerja. Hos pertama ialah Amir Mahmood Razak, yang akhirnya turut muncul untuk versi Inggeris. Rancangan ini diterbitkan oleh Amy Mahadi.

Pada saat yang sama, Astro Ria melancarkan program berdasarkan siri TV Mexico, La Academia, bertajuk Akademi Fantasia. Peraduan itu mempertandingkan 12 penyanyi untuk menjadi pemenang. Rancangan ini menjadi begitu popular di Malaysia dan Brunei sehingga versi spin-off dibuat di Indonesia dan Thailand. Musim kedua telah dicipta, membolehkan penonton Brunei untuk mengundi juga. Pada musim ketiga, 14 peserta dan bukannya 12 peserta asal bersaing untuk pertandingan itu dan pemenang, Mawi serta-merta menjadi selebriti muzik. Musim keempat bermula pada Mei 2006. Selepas 13 tahun rancangan ini bersiaran di Astro, Akademi Fantasia telah rasmi ditamatkan penyiarannya di Astro Ria pada 9 Oktober 2016 dan digantikan oleh Big Stage pada 5 Ogos 2018.

Astro Ria turut menganjurkan pelbagai acara tahunan berprestij dalam dunia hiburan seperti siaran Anugerah Era (Anugerah MeleTOP Era), Festival Filem Malaysia, Anugerah Siri Angkasa dan juga Siaran Awam UMNO yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTCKL).

Pada awal tahun 2008, Astro Ria muncul buat pertama kali di telapak telefon bimbit iaitu Astro Ria Mobile. Anda boleh menikmati akses melalui Astro Mobile TV dan Astro Ria Plus yang dilancarkan khusus sebelum menyambut Aidilfitri. Astro Ria mempersembahkan program istimewa yang lebih menghiburkan dan mesra ukhwah di hari raya Aidilfitri. Anda juga boleh menonton penstriman langsung secara premium di aplikasi telefon pintar dan tablet PC Astro On-The-Go.

Perkongsian Bloomberg TV dan Astro dibubarkan pada 29 September 2003 dan telah rasmi melancarkan rancangan berita dikenali sebagai Berita Astro. Pada 15 April 2007, Berita Astro telah dijenamakan semula sebagai Berita Bernama. Astro News menghentikan pengeluaran pada penghujung Januari 2007 dan seterusnya melancarkan bahagian berita baharu yang mana Astro Awani telah dilancarkan pada September 2007. Rancangan berita utamanya Sinar Awani turut disiarkan serentak di saluran ini setiap hari pada 20:00 MST. Berita Astro dan Berita Bernama ialah rancangan berita waktu perdana semasa ia dalam siaran sebelumnya ehsan Bernama. Singtel TV sedang menyiarkan saluran ini di Saluran 608 kerana Singtel TV telah menggunakan 3 digit sejak pelancaran Saluran Antarabangsa FOX melalui Singtel TV.

Selain Astro Ria Plus, pada 7 Mei 2019, Astro Ria telah mempersembahkan program blok televisyen yang menyiarkan nama Ria X, rangkaian blok televisyen daripada Astro Ria yang memuatkan siaran bual bicara dan siri televisyen dalam menyambut bulan suci Ramadan dan Aidilfitri. Ria X dengan kerjasama kumpulan saluran televisyen berbahasa Melayu iaitu Astro Ria, Astro Prima, Warna dan Naura.

Pada 10 November 2023, Astro Ria telah rasmi melancarkan rancangan personaliti Hero dan Dewi yang pertama di Malaysia dikenali sebagai HeroDewi Remaja. rancangan itu disiarkan pada pukul 10:00 malam pada hari Jumaat dengan Episod Akhir pada 30 Disember 2023. rancangan ini diterbitkan bersama oleh Astro sendiri kerjasama dengan majalah Nu Ideaktiv dan Majalah Remaja.[1]

Astro Ria HD sunting

Astro Ria bersiaran buat pertama kali dalam format kualiti HD untuk siaran langsung terutama Konsert Akhir Akademi Fantasia musim kesembilan dan Mari Menari di Saluran 118 (Astro B.yond). Selepas itu, pada 29 Mei 2015, Astro Ria dengan format HD akan ditayangkan di Saluran 123 berjudul Astro Ria HD dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby 5.1.

Pada mulanya, Astro Ria menekan butang nombor saluran 3 pada alat kawalan jauh pegang tangan yang sepadan dengan satu senarai kedudukan. Tetapi kemudian nombor ini bertukar kepada 3 digit dan namanya ialah 104 buat kali pertama dengan format SD.

Nama sunting

Astro Ria menggunakan kata "Ria". Ria ialah simbolik yang bermaksud kegembiraan, ekspresi dan kebahagiaan juga dikenal sebagai "riang ria" untuk menghibur rancangan dengan penyiar dan artis-artis idola yang menarik.

Astro Ria menggunakan kata Ria ialah simbolik dimaksud kegembiraan, ekspresi dan kebahagiaan merupakan saluran hiburan bermacam-macam untuk keluarga.

sunting

Pada 29 September 2003, Astro Ria secara rasminya telah bertukar nama dan logo Baharu telah digunakan sempena ulang tahun ke-7 dilengkapi dua segi empat tepat dan garis "wave curve" di tengahnya dan digayakan astro RIA warna putih.

Pergantian nombor sunting

Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro Ria:

  • Pada tanggal 1 Jun 1996, Astro Ria dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 3.
  • Pada 1 Januari 2002, Astro Ria telah dinomborkan semula dari saluran 3 ke saluran 4.
  • Pada tanggal 1 Oktober 2007, Astro Ria akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 104.
  • Pada tanggal 29 Mei 2015, Astro Ria dapat boleh disaksikan melalui Astro akan menambahkan siaran kualiti HD di saluran 123.
  • Pada tanggal 1 April 2020, Astro Ria akan diubah nombor lagi menjadi saluran 104 untuk siaran format HD dan saluran 124 untuk siaran format SD.
  • Pada 12 April 2021, Astro Ria telah bersiaran menerusi saluran 104 (HD) dan saluran 124 (SD) telah rasmi ditamatkan dan digantikan oleh TVB Magic yang mula bersiaran secara rasmi di Astro pada 19 Jun 2023.[2]

Azan sunting

Semasa bulan Ramadan Astro Ria akan menyiarkan Azan Subuh dan Azan Maghrib sahaja.

Slot rancangan dan berita sunting

Sedang disiarkan sunting

Tidak disiarkan lagi sunting

sunting

Berikut ini adalah senarai logo Astro Ria:

Rancangan sunting

Intisari rancangan Astro Ria turut diletakkan di akhbar tempatan, satu-satunya saluran berbayar di Malaysia yang sedemikian.[3][4][5][6][7][8][9]

Berita sunting

  • Awani 7:45: Rancangan Berita Nombor Satu di Malaysia Awani 7:45 adalah merupakan siaran malam (Tayangan serentak di Hello sehingga 30 September 2021). Ketika Hari Ini 8 bersiaran, rancangan ini telah dipendekkan sehingga jam 8:00 malam sahaja. Beberapa tahun kemudian, ia kembali kepada waktu asal, iaitu pada jam 8:30 malam bagi menggantikan Hari Ini 8 pada mula jam 7:45 malam dalam berita terkini dan antarabangsa. Mulai tahun 2021, rancangan ini telah kembali dipendekkan sehingga jam 8:00 malam untuk memberi laluan memulakan siaran rasmi iaitu Sinar Awani. Dengan slogan Rancangan Berita 24-jam Nombor Satu di Malaysia (Tayangan serentak di Astro Awani).

Bekas rancangan sunting

Berkas rancangan khusus Aidilfitri sunting

  • Hello Bro, Tolong Masak Raya Ni!
  • Jangan Lupa Lirik! Raya! Raya! Raya!
  • Rumah Terbuka AF5

Berkas rancangan istimewa sunting

  • Konsert Kenangan AFnil Rindu Serindu Rindunya
  • Konsert Aku Sudirman

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Hero & Dewi Remaja 2023 digabungkan. Misi pencarian bermula dengan penuh debaran
  2. ^ Saluran baharu TVB Magic tersedia di Astro, bawakan lebih banyak kandungan Asia
  3. ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 20 November 2016.
  4. ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 25 Oktober 2014.
  5. ^ "PROGRAM Get It Beauty On the Road akan mula disiarkan di Astro". Berita Harian. 25 September 2018.
  6. ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 18 September 2016.
  7. ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 19 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-25. Dicapai pada 2019-01-24.
  8. ^ "Dewi Remaja kembali lagi eksklusif di Astro Ria, Ria HD malam ini". Utusan Borneo. 25 November 2018.
  9. ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 25 September 2016.