Asyiela Putri binti Azhar (lahir 27 April 2000) merupakan seorang aktris, pelakon suara, dan penyanyi yang menyumbangkan watak Upin dan Ipin dalam siri animasi Upin & Ipin, menggantikan Nur Fathiah Diaz mulai musim keempat hingga sekarang [1].

Asyiela Putri
Kelahiran
Asyiela Putri binti Azhar

(2000-04-27) 27 April 2000 (umur 23)
Nama lainAsyiela Putri
PekerjaanAktris, pelakon suara, penyanyi
Tahun aktif2005–kini
Terkenal keranaPelakon suara Upin dan Ipin
KeluargaAdreena Putri Azhar (Kakak)

Asyiela turut terkenal dengan bakat nyanyian dengan meminjamkan suaranya dalam album Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin yang diterbitkan pada musim Aidilfitri 2011, serta menyanyi dengan memegang watak Upin dan Ipin bersama Najwa Latif untuk lagu "Terima Kasih Cikgu" pada tahun 2012.

Kehidupan peribadi sunting

Asyiela Putri ialah anak kedua kepada pasangan Allahyarham Haji Azhar bin Ahmad @ Salleh dan Hajah Eda Huraini binti Hussain. Bapanya telah meninggal pada Januari 2021. Kakaknya, seorang graduan undang-undang, telah bernikah pada 11 September 2022.

Asyiela Putri sekarang sedang menyambung pelajaran di Universiti Multimedia (MMU) dalam jurusan Asasi Kreatif Multimedia [2] dan buat masa ini sedang menjalani latihan praktikal di Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Filemografi sunting

Animasi sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2010 - kini Upin & Ipin Suara Upin Ipin Musim Keempat hingga kini

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Terbitan
2016 Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! Watak Suara Upin Ipin Les' Copaque Production & KRU Studios
2019 Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Les' Copaque Production

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Pulangnya Tok Misai Yana Astro Prima

Rujukan sunting

  1. ^ Sering Diminta Rakan Buat Suara Upin Ipin, Asyiela Putri Tak Kisah. gempak. Dicapai pada 11 Januari 2019.
  2. ^ Voice behind Upin & Ipin enrols for varsity. the star. Dicapai pada 12 Februari 2019. (artikal dalam Bahasa Inggeris).

Pautan luar sunting