Atossa (dari Parsi Purba *Utauθa, dan Avestan Hutaosā) adalah seorang ratu Achaemenid dan anak perempuan kepada Cyrus Agung. Beliau hidup pada 550 SM sehingga 475 SM dan kemungkinan saudara perempuan (atau saudara tiri perempuan) kepada raja Parsi, Cambyses II.

Puteri Parsi, Atossa.

Atossa mengahwini Darius I pada tahun 522 SM selepas Darius, dengan bantuan Otanes, mengalahkan para pengikut seorang lelaki yang mendakwa sebagai Bardiya, adik lelaki kepada Cambyses II.

Xerxes I merupakan anak lelaki sulung kepada Atossa dan Darius. Atossa masih hidup semasa Xerxes menyerang Greece. Menjadi keturunan terus daripada Cyrus, Atossa mempunyai kuasa besar dalam keluarga di raja dan istana Achamenid. Kedudukan istimewa Atossa membolehkan Xerxes, yang bukan merupakan anak lelaki sulung kepada Darius, menaiki takhta untuk mengantikan bapa beliau. [1]

Rujukan sunting

  1. ^ Schmitt, Rüdiger (1989). "Atossa". Encyclopaedia Iranica. 3. Encyclopaedia Iranica Foundation. ISBN 0710091214.