Austen Chamberlain

Sir Joseph Austen Chamberlain, KG (16 Oktober 1863 – 17 Mac 1937) merupakan negarawan British, anak kepada Joseph Chamberlain dan abang tiri kepada Neville Chamberlain.

Austen Chamberlain

Biografi sunting

Austen dilahirkan di Birmingham pada 16 Oktober 1863, dua hari sebelum ibu kandungnya meningga dunia. Beliau dan kakaknya, Beatrice telah dijaga oleh datuk dan neneknya. Austin telah memasuki sebuah sekolah swasta yang popular sekolah Rugby sebelum ke Universiti Cambridge. Beliau kemudiannya mamasuki sebuah kolej politik di Paris dan sebuah universiti di Berlin sebelum kembali ke Britain pada tahun 1888.

Pada tahun 1892, Chamberlain menjadi ahli Parlimen untuk Worcestershire, sebagai ahli politik Parti Kesatuan Liberal. Parti ini bekerja untuk memastikan Ireland menjadi sebahagian daripada United Kingdom. Chamberlain telah bekerja keras untuk bapanya, dan pada tahun 1895, Perdana Menteri telah memberi beliau tugas mengendalikan Tentera Laut Diraja British. Pada 1903, Perdana Menteri Balfour memberi beliau tugas untuk mengawal Royal Mail. Pada tahun 1904, beliau menjadi Menteri yang menjaga ekonomi negara.

Pada tahun 1906, pilihan raya umum telah menyebabkan pihak kerajaan kalah dan Chamberlain kehilangan kerja di dalam kerajaan. Ketika ayahnya sakit kerana angin ahmar, beliau membantu bapanya melawan pemerintahan dalam negeri, rancangan untuk memberi kemerdekaan kepada Ireland. Ketika Perang Dunia Pertama, Chamberlain ditugaskan ke India dan selepas perang, beliau mendapat semua portfolio menguruskan ekonomi negara. Beliau telah membantu Britain puluh dari perang. Beliau menjadi pemimpin Parti Konservatif bermula 1921 sehingga 1922.

Pada tahun 1924, Perdana Menteri Stanley Baldwin memberi Chamberlain tugas sebagai Setiausaha Luar, bekerja dengan orang-orang penting dari negara lain. Pada 1925, ketika ini, Perancis dan Jerman mempertikaikan mengenai pampasan perang, wang yang dibayar oleh Jerman kepada negara-negara yang memenangi Perang Dunia Pertama. Banyak pihak risau perang akan tercetus kembali. Chamberlain telah bertemu dengan Gustav Stresemann, Setiausaha Luar Jerman, bersama-sama Aristide Briand dan termetarailah Perjanjian Locarno, perjanjian tidak menggunakan semula ketenteraan untuk menyelesaikan masalah. Ketiga-tiga mereka iaitu Chamberlain, Stresemann dan Briand telah dihadiahkan Hadiah Keamanan Nobel; Chamberlain telah menerimanya pada tahun 1925, manakala Stresemann dan Briand menerimanya pada tahun 1926.

Selepas pilihanraya umum 1929, Chamberlain telah kehilangan tugasnya sebagai Setiausaha Luar. Beliau kekal di dalam Parlimen, and sering mempertikaikan mengenai polisi luar kerajaan. Dari tahun 1934 sehingga kematiannya pada 1937, Chamberlain telah memberi amaran kepada kerajaan mengenai Jerman Nazi yang membina ketenteraan yang lebih besar. Beliau bersama-sama dengan Winston Churchill telah meminta agar Britain membina ketenteraannya juga.

Austen Chamberlain meninggal dunia pada 17 Mac 1937, sebelum abang tirinya, Neville Chamberlain dipilih menjadi Perdana Menteri.

Bacaan tambahan sunting

  • Dutton, David (1985). Austen Chamberlain: Gentleman in Politics. Bolton: R.Anderson.
  • Dutton, D. J. (Jan 2011) [2004]. "Chamberlain, Sir (Joseph) Austen (1863–1937)". Oxford Dictionary of National Biography (ed. online edn). Oxford University Press. |edition= has extra text (bantuan)
  • Grayson, Richard (1997). "Austen Chamberlain and the Commitment to Europe: British Foreign Policy, 1924–1929". London: Frank Cass. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  • Johnson, Gaynor (March 2011). "Sir Austen Chamberlain, the Marquess of Crewe and Anglo-French Relations, 1924–1928". Contemporary British History (25#1): 49 –64. - argues that Crewe gave Chamberlain key ideas about French security and disarmament policy, the implementation of the Geneva Protocol, the Treaty of Locarno, and the Kellogg-Briand Pact.
  • Johnson, Gaynor (2006). "Austen Chamberlain and Britain's Relations with France, 1924–1929". Diplomacy & Statecraft (17#4): 753–769.
  • Sir Charles Petrie (1938). The Chamberlain Tradition. London: Lovat Dickson Limited.
  • Petrie, Sir Charles (1939). The Life and Letters of the Right Hon. Sir Austen Chamberlain. London: Cassell & Co.
  • Self, Robert C. ed. (1995). The Austen Chamberlain Diary Letters: The Correspondence of Sir Austen Chamberlain with his Sisters Hilda and Ida, 1916–1937. Cambridge: Cambridge University Press.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  • Alexander, M.S.; Philpott, W.J. (1998). "The Entente Cordiale and the Next War: Anglo-French Views on Future Military Cooperation, 1928 –1939". Intelligence and National Security. 13 (1): 53–84. doi:10.1080/02684529808432463.

Pautan luar sunting

 
Wikisource