Austin ialah ibu negeri Texas, Amerika Syarikat di Daerah Travis dengan sebahagiannya yang berterusan ke Daerah Hays dan Williamson.

Austin, Texas
Bandar Austin
NegaraAmerika Syarikat
NegeriTexas
Keluasan
 • Jumlah305.1 batu persegi (790.1 km2)
Aras
489 ft (149 m)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah967,629
 • Kepadatan3,182/batu persegi (1,228.6/km2)
Zon waktuUTC-6 (CST)
 • Musim panas (DST)UTC-5 (CDT)
Laman sesawanghttps://www.austintexas.gov/

Austin, Daerah Travis dan Daerah Williamson dijadikan tapak petempatan manusia sejak sekurang-kurangnya 9200 SM. Austin yang merupakan ibu negeri yang paling selatan antara 48 negeri di daratan Amerika Syarikat, terletak di Texas Tengah. Berdasarkan bancian Amerika Syarikat pada tahun 2010, peratusan keturunan di Austin ialah 68.3% orang putih, 35.1% Latino, 8.1% Amerika-Afrika, 6.3% Asia, 0.9% orang asli Amerika, 0.1% orang asli Kepulauan Pasifik dan 3.4% kacukan.[1] Kawasan statistik metropolitan Austin mempunyai keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak $86 bilion pada tahun 2010.

"Kekalkan Kepelikan Austin" ialah cogan kata setempat sejak beberapa tahun, dan ini ditonjol di pelekat kereta dan baju kemeja-T. Banyak penduduk Austin menyokong program olahraga Universiti Texas di Austin yang dikenali sebagai Longhorn Texas. Jabatan Taman dan Rekreasi Austin menerima Anugerah Kecemerlangan Akuatik pada tahun 1999 dan Anugerah Pingat Emas pada tahun 2004 daripada Persekutuan Rekreasi dan Taman Kebangsaan. Penyelidik di Universiti Negeri Connecticut Tengah menilai Austin sebagai bandar yang ke-16 paling celik huruf di Amerika Syarikat bagi tahun 2008. Surat khabar utama Austin ialah Austin American-Statesman. Pada tahun, 72.7% daripada pekerja Austin memandu kereta bersendirian, dan cara selainnya: 10.4% berkongsi kereta, 6% bekerja dari rumah, 5% menggunakan pengangkutan awam, 2.3% berjalan kaki dan 1% berbasikal.

Rujukan sunting

  1. ^ American FactFinder, United States Census Bureau. "Austin city, Texas – Race, Hispanic or Latino, Age, and Housing Occupancy: 2010". United States Census Bureau. Diarkibkan daripada yang asal pada May 20, 2011. Dicapai pada February 19, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)