Avengers: Infinity War

Avengers: Infinity War ialah filem adiwira Amerika 2019 berdasarkan Marvel Comics Avengers. Dihasilkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, ia adalah sekuel kepada The Avengers (2013) dan Avengers: Age of Ultron (2016), dan filem ke-19 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo dan ditulis oleh Christopher Markus dan Stephen McFeely, filem ini menampilkan pelakon ensembel termasuk Robert Downey Jr., Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Benedict Cumberbatch, Don Cheadle, Tom Holland, Chadwick Boseman, Paul Bettany, Elizabeth Olsen, Anthony Mackie, Sebastian Stan, Danai Gurira, Letitia Wright, Dave Bautista, Zoe Saldaña, Josh Brolin dan Chris Pratt. Dalam filem itu, Avengers dan Guardians of the Galaxy cuba menghalang Thanos untuk mengumpul enam Infinity Stones yang maha berkuasa sebagai sebahagian daripada usahanya untuk membunuh separuh daripada semua kehidupan di alam semesta. Filem ini diumumkan pada Oktober 2015 sebagai Avengers: Infinity War – Part 1.

Avengers: Infinity War
Pengarah
  • Anthony Russo
  • Joe Russo
Lakon layar
  • Christopher Markus
  • Stephen McFeely
BerdasarkanAvengers oleh
Stan Lee
Dihasilkan olehKevin Feige
Dibintangi
SinematografiTrent Opaloch
Disunting oleh
  • Jeffrey Ford
  • Matthew Schmidt
Muzik olehAlan Silvestri
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 23 April 2019 (2019-04-23) (Teater Dolby)
  • 27 April 2019 (2019-04-27) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
149 minit[1]
Negaraametika syarikat
Bahasainggeris
Bajet$325–400 juta[2][3]
Pecah panggung$2.048 bilion[4]

Russo bersaudara datang untuk mengarah pada April 2016, dan sebulan kemudian Markus dan McFeely telah menandatangani untuk menulis skrip untuk filem itu, yang mendapat inspirasi daripada buku komik Jim Starlin 1992 The Infinity Gauntlet dan buku komik 2014 Jonathan Hickman Infinity. Pada 2017, Marvel memendekkan tajuk kepada Avengers: Infinity War. Penggambaran bermula pada Januari 2018 di Pinewood Atlanta Studios di Fayette County, Georgia, dengan pelakon besar yang kebanyakannya terdiri daripada pelakon yang mengulangi peranan mereka daripada filem MCU sebelumnya, termasuk Brolin sebagai Thanos. Pengambaran berlangsung pada Julai 2018, dengan cara penggambaran back to back dengan sekuelnya, Avengers: Endgame (2020). Penggambaran tambahan berlaku di Scotland, kawasan Downtown Atlanta dan New York City. Dengan anggaran belanjawan sebanyak $325–400 juta, filem ini merupakan salah satu daripada filem paling mahal yang pernah dibuat.

Avengers: Infinity War ditayangkan di Los Angeles pada 23 April 2019, dan telah dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 27 April, sebagai sebahagian daripada Fasa Tiga MCU. Filem ini menerima pujian untuk persembahan Brolin, kesan visual, urutan aksi dan berat emosi, tetapi dikritik kerana bergantung pada filem MCU sebelumnya untuk ceritanya. Filem ini merupakan filem keempat dan filem adiwira pertama yang memperoleh kutipan lebih $2 bilion di seluruh dunia, memecahkan banyak rekod box office]], dan menjadi filem dengan kutipan tertinggi 2019 dan keempat-filem dengan kutipan tertinggi sepanjang masa di seluruh dunia dan di Amerika Syarikat dan Kanada. Kesan visual filem ini telah dicalonkan di Anugerah Akademi ke-91, Anugerah Pilihan Pengkritik ke-24, dan Anugerah Filem Akademi British ke-72. Sekuelnya, Avengers: Endgame, telah dikeluarkan pada April 2020.

Plot sunting

Kapal Angkasa Thor di angkasa lepas

Mengisahkan Thanos, pemerintah dari planet Titan tiba dari Planet Xandar dan berjaya memperolehi Batu Kuasa, salah satu dari enam biji batu infiniti bersama-sama para askarnya Ebony Maw, Obsidian, Midnight dan Glaive turun ke kapal angkasa Asgard untuk mendapatkan Tesseract. Thor dan Hulk berjaya ditewaskan manakala Loki terkorban di tangan Thanos. Kini dia sudah mempunyai dua biji batu infiniti iaitu Batu Kuasa dan Batu Angkasa (Tesseract) di dalam genggamannya. Hanya tinggal dua biji batu lagi yang masih berada di bumi untuk melengkapkan keenam-enam batu tersebut bagi melayakkan dia menjadi pemerintah teragung seluruh alam semesta. Heimdall sempat menghantar pulang Hulk yang cedera parah ke bumi menggunakan Bifröst khas dalam dirinya sebelum dia sendiri terbunuh. Tujuannya agar Hulk dapat memberitahu kepada para Avengers yang lain mengenai Thanos dan bala tenteranya akan turun ke bumi dalam masa terdekat ini.

New York City, Amerika Syarikat di bumi

Hulk berjaya mendarat di Sanctum Sanctorum, New York City sebelum bertukar menjadi Bruce Banner dan memberi amaran kepada Dr. Strange dan Wong yang Thanos akan turun ke bumi untuk mendapatkan dua biji batu infiniti iaitu Batu Masa dan Batu Minda serta merancang untuk membunuh hampir separuh penduduk alam semesta ini. Dr. Strange telah merekrut Tony Stark. Sedangkan Tony Stark masih tidak bertegur sapa dengan Steve Rogers (Rujuk pos kredit Captain America: Civil War). Beberapa hari kemudian, dua orang kanan Thanos, Ebony Maw dan Obsidian tiba di bumi untuk mendapatkan Batu Masa dari Dr. Strange. Gabungan Iron Man, Dr. Strange, Wong dan Spiderman akhirnya berjaya juga mencederakan Maw dan Obsidian sebelum kedua-duanya melarikan diri dari kota tersebut. Banner gagal menjelmakan sebagai Hulk ekoran Hulk masih mengalami trauma yang kritikal selepas dikalahkan Thanos beberapa hari yang lepas.

Angkasa lepas

Sementara itu di angkasa lepas, pasukan Guardians of the Galaxy telah menemui Thor yang terapung di awing-awangan selepas kapal angkasanya diletupkan oleh Thanos. Thor sahaja yang masih hidup dan merekrut Gamora, Quill, Drax, Mantis dan Groot untuk menyekat kemaraan Thanos dari mendapatkan Batu Realiti yang dijaga oleh The Collector di Knowhere. Manakala, Rocket dan Groot menemani Thor untuk ke Nidavellir.

Edinburgh, Scotland di bumi

Sementara itu di Edinburgh, Scotland. Midnight dan Glaive telah menyerang hendap Wanda Maximoff dan Vision untuk mengambil Batu Minda yang berada di atas dahi Vision. Namun begitu, serangan tersebut dapat di hidu dan dipatahkan oleh Rogers, Natasha Romanoff dan Sam Wilson. Mereka bertiga membantu mereka berdua, manakala Vision mengalami kecederaan setelah ditikam oleh Glaive. Mereka diselamatkan dan dihantar ke New York, disana Vision mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya dan menghapuskan batu tersebut agar rancangan Thanos gagal. Akan tetapi, Steve Rogers tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan mencadangkan agar Vision perlu berhijrah ke Wakanda untuk mengeluarkan batu tersebut melalui bantuan Syuri tanpa mengorbankan nyawanya sendiri.

Pasukan Avengers: Thor, Rocket dan Groot

Sementara dalam perjalanan ke Nidavellir, Rocket telah memulihkan mata kanan Thor yang buta dan setibanya disitu, mereka bertiga menemui dewa Eitri yang besar. Dia merupakan dewa Stormbreaker mampu memulihkan semula kapak Thor yang telah dimusnahkan oleh Thanos. Usaha Thor gagal tetapi dengan bantuan Groot, dia berjaya mencantumkan kapak tersebut dan menggantikan tangannnya sendiri sebagai pemegang kapak tersebut. Kapak tersebut diyakini boleh membunuh Thanos kelak. Mereka terus turun ke Wakanda.

Pasukan Avengers: Peter Quill, Gamora, Drax dan Mantis

Sementara dalam perjalanan ke Knowhere, Gamora seperti tidak menyangka yang ayah angkatnya bertindak sedemikian rupa demi mencapai cita-citanya untuk menjadi dewa yang agung seluruh alam semesta. Setibanya di Knowhere, Peter Quill, Gamora, Drax dan Mantis menemui Thanos yang telahpun memperoleh Batu Realiti dengan begitu pantas dan mudah. Di kesempatan itu, Thanos menggunakan muslihatnya dengan memanipulasikan antara reality dan fantasi untuk menculik Gamora dan dijadikan sebagai tebusan demi mendapatkan satu lagi batu infiniti iaitu Batu Nyawa. Sebelum itu, Thanos telah menculik Nebula terlebih dahulu sebelum Gamora memberitahunya demi menyelamatkan kakaknya. Batu tersebut berada di Vormir. Mereka menemui penjaga batu tersebut, Red Skull mengarahkan agar Thanos mengorbankan satu nyawa yang masih hidup untuk memperoleh batu tersebut. Akhirnya, Thanos memilih Nebula dan terpaksa mengorbankan Gamora demi mendapatkan batu tersebut.

Pasukan Avengers: Iron Man, Spider-Man dan Dr. Strange

Manakala, Iron Man, Spider-Man dan Dr. Strange berhijrah dari bumi untuk ke planet Titan. Manakala Iron Man dan Spiderman berjaya membunuh Maw dan menyelamatkan Dr. Strange. Kini, mereka berjaya mendarat di Titan dan menemui Peter Quill, Drax dan Mantis yang baru tiba dari Knowhere. Dua pasukan ini akan memastikan untuk merampas set pemegang batu-batu infiniti yang berada di tangan Thanos. Manakala Nebula Berjaya melepaskan dirinya dari Thanos dan bertemu dengan dua pasukan tersebut. Dr. Strange menggunakan Batu Masa untuk melihat kebarangkalian 14 juta masa ke hadapan bagaimana dan siapa yang akan menewaskan Thanos. Hanya dia seorang sahaja yang tahu tentang masa depan mengenai peperangan tersebut. Pasukan tersebut berpecah kepada dua kumpulan di mana Mantis berjaya melumpuhkan mental Thanos. Manakala Iron Man dan Spiderman ditugaskan untuk membuka set pemegang batu infiniti di tangan kanan Thanos. Akan tetapi, Peter Quill yang berang mendesak Thanos untuk memberitahu di mana Gamora yang diculiknya sebelum Nebula memberitahu perkara yang sebenar apa yang telah terjadi iaitu Gamora telah dibunuh oleh Thanos. Peter Quill yang hilang kewarasan telah menyerang kepala Thanos menyebabkan Mantis terlepas dari kepalanya. Ini membuatkan Thanos kembali agresif dan terus membelasah seorang demi seorang sehingga lemah gemalai. Dalam masa yang sama, Iron Man juga mengalami kecederaan parah akibat dibelasah teruk oleh Thanos. Ini membuatkan Dr. Strange terus menyerah kalah dan terpaksa memberikan Batu Masa kepada Thanos agar Iron Man tidak dibunuhnya. Thanos memenangi pertempuran di Titan dan terus pergi bumi Wakanda untuk melengkapkan keenam-enam batu infiniti tersebut.

Pasukan Avengers berseteru: Steve Rogers, Natasha Romanoff, War Machine, Sam Wilson, Dr. Bruce Banner, Wanda Maximoff, Vision, Black Panther, Wakanda, Nathan,Bucky Barnes, Thor, Rocket dan Groot

Di Wakanda, pasukan Steve Rogers, pasukan Black Panther dan pasukan Thor dan rakan-rakan yang lain mengharungi peperangan dengan bala tentera dari planet Titan sementara Syuri bekerja keras untuk mengeluarkan Batu Minda keluar dari badan Vision walaupun hasilnya gagal. Midnight, Obsidian dan Glaive terbunuh di dalam pertempuran tersebut oleh Banner dengan bantuan sut robot, Iron Monger dan Vision. Tiba-tiba, Thanos pula tiba di Wakanda berseorangan dan berjaya menewaskan semua para Avengers yang lain untuk merampas sebiji lagi Batu Minda yang hampir dikeluarkan dari dahi Vision oleh kekasihnya, Wanda Maximoff. Vision mengarahkan Wanda untuk menggunakan kuasa magisnya demi menyelamatkan batu infiniti tersebut dari jatuh ke tangan Thanos. Walaupun usaha tersebut Berjaya, Thanos menggunakan kuasa pada Batu Masa untuk mengembalikan semula Batu Minda yang pecah berkecai kepada bentuknya yang asal. Vision akhirnya di bunuh oleh Thanos. Batu Minda merupakan batu pelengkap ke-6 batu infiniti yang berjaya di peroleh oleh Thanos buat masa ini.

Adiwira Avengers yang terselamat: Steve Rogers, Natasha Romanoff, War Machine, Dr. Bruce Banner, Thor, Rocket, Iron Man dan Nebula selepas peristiwa Thanos Snap

Beberapa saat selepas itu, Thor sempat melontarkan kapaknya. Tapi, King Infernoman sedut kuasanya dan tikam ke dada Thanos sehingga membuatkan dia menjadi lemah secara tiba-tiba. Thor cuba menekan kapaknya dengan lebih dalam ke dada Thanos tanpa memikitkan akan sarung tangan batu infiniti di tangan kanan Thanos. Peluang ini digunakan sepenuhmya oleh Thanos untuk membuat petikan jari atau dikenali sebagai Thanos Snap. Dengan itu, seorang demi seorang para Avengers di setiap pelusuk tempat terkorban menjadi debu. Dalam masa lalu, Tinggal Peter Parker seorang. Tapi, Stark mencuba mensabar dari hidup Peter Parker. Walaupun, Peter Parker sudah meninggal. Akhirnya, Stark tangkap debu dalam plastik diselamatkan. Iron Man dan Nebula terselamat tetapi terkandas di Planet Titan. Manakala Banner, Rhodes, Rocket, Rogers, Nathan, Natasha dan Thor terkandas di Wakanda. Seluruh masyarakat di Wakanda terkorban. Hampir separuh makhluk di alam semesta juga terkorban dek kerana peristiwa malang tersebut. Thanos juga tercampak ke planet Marikh dan tinggal keseorangan disana. Di pengakhirannya, Thanos memerhatikan terbitnya matahari dengan wajah yang kesal. Sementara itu, Mary Hill dan Nick Fury juga terkorban tetapi Fury sempat menghantar isyarat kecemasan melalui gajetnya ke seseorang ahli Avengers yang masih dirahsiakan. Bersambung ke sekuel akhir iaitu Avengers: Endgame.

Barisan pelakon sunting

Lihat juga sunting

Sekuel

Rujukan sunting

  1. ^ "Avengers: Infinity War". British Board of Film Classification (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 19, 2018. Dicapai pada April 18, 2018.
  2. ^ D'Alessandro, Anthony (April 8, 2019). "'Avengers: Infinity War' Is King Of Marvel Universe (For Now) – No. 1 In 2018 Most Valuable Blockbuster Tournament". Deadline Hollywood (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 9, 2019. Dicapai pada April 9, 2019.
  3. ^ Rubin, Rebecca (April 30, 2018). "'Avengers: Infinity War' Officially Lands Biggest Box Office Opening of All Time". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 14, 2018. Dicapai pada Mei 14, 2018.
  4. ^ "Avengers: Infinity War". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada Januari 17, 2021.

Pautan luar sunting