Awan malam, atau awan bersinar malam, ialah fenomena bagai awan yang halus di atas atmosfera Bumi. Awan-awan ini terdiri daripada hablur air batu dan hanya dapat dilihat semasa aram-temaram astronomi. Awan ini paling kerap diperhati semasa bulan musim panas dari latitud antara 50° dan 70° utara dan selatan Khatulistiwa. Awan ini hanya dapat dilihat semasa bulan-bulan musim panas tempatan dan apabila Matahari di bawah ufuk pemerhati, namun sementara awan masih dalam cahaya matahari. Kajian terkini mencadangkan bahawa pengeluaran metane atmosfera meningkat mengeluarkan wap air tambahan sebaik sahaja molekul metana mencapai mesosfera - mencipta, atau memperkukuh awan malam yang ada.[1]

Awan malam
Awan malam di atas bencah Kuresoo,
Viljandimaa, Estonia
SingkatanNLC/PMC
Altitud76,000 hingga 85,000 m
(250,000 hingga 280,000 ft)
Awan mendap?Bukan

Awan ini merupakan awan tertinggi dalam atmosfera Bumi, terletak di mesosfera di latitud sekitar 76 hingga 85 km (47 hingga 53 Batu|bt). Awan ini terlalu kelam untuk dilhat dalam cahaya siang, dan dapat dilihat hanya apabila diterangi cahaya matahari dari bawah ufuk sementara lapisan bawah atmosfera di bayang Bumi.

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ "Climate Change Is Responsible for These Rare High-Latitude Clouds". Smithsonian. 2018.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Cloud types