Ayatollah (Arab: آية الله; Parsi: آيت‌الله; Melayu: Tanda dari Allah) adalah gelaran tertinggi yang diberikan kepada ulama Syari'ie. Mereka yang memiliki gelaran tersebut adalah mereka yang terdiri daripada golongan yang berpengetahuan/profesionalis Islam terhadap ilmu-ilmu agama seperti syari’ah (hukum Islam), falsafah Islam, pengajian Islam dan etika hidup. Mereka seringkali mengajar dalam seminar Islam.

Ayatollah Utama sunting

Hanya sedikit daripada kebanyakan Ayatollah yang penting yang diberikan gelaran Ayatullah Utama / Grand Ayatollah (Ayætollah-e Ozme, "Tanda terbesar dari Allah"). Hal ini terjadi apabila ada pengikut-pengikut dari seorang Ayatullah mengikuti pedomannya dalam pelbagai situasai lalu memintanya untuk mengemukakan fatwa-fatwa yang dianggap jawapan bagi segala pertanyaan dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Buku-buku/kitab fatwa Ayatullah ini disebut Resalah.

Pautan luar sunting